Pertama Kali Makan Bubur Nasi Di KFC

Pertama Kali Makan Bubur Nasi Di KFC 
( Minta maaf agak late buat entry )
Penting :  Kepada blogger JM - Hadiah special telah Etuza terima ( terkejut nampak  ada
berbagai hadiah..terima kasih JM
Kepada blogger Nurzakiah Hanum juga Etuza telah terima..terima kasih .
Menu yang disajikan kepada Etuza dan Mama di KFC Traminal 2 Air Asia
Di Kota Kinabalu, Sabah.

Etuza hendak kongsikan bahawa ini lah kali pertama Etuza makan bubur nasi yang lazat di KFC. KFC Traminal 2 Lapangan Terbang Air Asia di Kota Kinabalu Sabah. Harga juga cukup berpatutan iaitu RM 4.50 sahaja. Nampak terpamer terus sahaja isteri Etuza pesan untuk kami bersarapan pagi hari itu di Lapangan Terbang Air Asia.


KFC di sini berada di tingkat satu. Ada beberapa ruang kosong yang boleh kita gunakan untuk bersantai seketika. Kepada anda semua elok juga kita lihat berbagai bentuk kuih muih, semuanya kelihatan sedap dan pasti berpuas hati. Tengok gambar yang di sertakan.

Ada juga makanan lain selain naik ke tingkat atas untuk bersarapan
di Traminal 2   Air Asia
Suasana menunggu ke ruang flight...Traminal 2 Air Asia

Di Traminal 2 Air Asia ni banyak juga snap gambar tetapi Etuza kesuntykan masa ada sahaja urusan keluarga selepas bertugas. Selepas suami adik meninggal , Etuza dan keluarga kerap ke rumah adik untuk memberi sokongan moral dan motivasi kepada adik dan 7 anak mereka. Kamilah yang menjadi harapan bagi adik untuk memberi bantuan, alhamdulillah baru hari ini adik keluar rumah selepas berkabung pemergian arwah suami dia.  Etuza sebenarnya sedih dengan keadaan adik dan anak-anak. Dapat kita bayangkan bagaikan burung yang patah sayapnya. Tiada tempat bergantung.  Adik Etuza ni seorang pendidik dan arwah ipar juga pendidik. Memang dah sampai ajal dia. Kita yang hidup perlu teruskan.

Kepada teman blogger, mohon agar situasi Etuza dapat difahami. Kebajikan adik dan anak-anak nya menjadi keutamaan kami maka Etuza korbankan masa petang dan masa hujung minggu untuk ziarahi adik. Apapun kini adik baru sahaja Etuza bawa balik ke rumah mak di kampung.
Doakan adik Etuza serta anak-anaknya tabah hadapi apabila di tinggalkan oleh arwah ayah mereka.

Minta maaf- Etuza masih sibuk.
Masih terasa nak buat entry hal di tramnial 2 Air Asia.

Catat Ulasan

48 Ulasan

  1. Bubur nasi kfc ni saya belum pernah try. Sayangnya kfc daerah Sik takda menu ni :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedap ..memberikan rasa kesegaran dalam badan kalau rasa sejuk ..awal pagi bagus kan makan bubur...)

      Padam
    2. Bubur nasi, feveret saya dan anak2

      Padam
  2. Baru tahu KFC ada buat bubur... hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sayapun baru tahu di KFCpun ada bubur nasi tapi pastinya KFC di daerah ini tiada.

      Padam
  3. Biasanya bubur nasi ada kat md & marrybrown, mungkin sesetengah tempat kot kfc ada bubur nasi.

    Feveret saya tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. di KFC di terminal ni ada..kfc dekat Keningau tak ada lah UMI hehe

      Padam
    2. Ha'aaa KFC tertentu jer yang ada..

      Padam
  4. Bahan2 jualan pasti lebih mahal berbanding tempat lain..

    BalasPadam
  5. Sudah namanya blogger, segenap sudut snap gambar, ahakkk...

    BalasPadam
  6. Balasan
    1. yup betul..madam kamsiah ada tak makan nasi bubur di KFC..kfc keningau tak ada bubur ni

      Padam
    2. Akak Kamsiah pernah makan ke bubur nasi di KFC?

      Padam
  7. ahahaah..mmg betul2 terkejut tu sebab TERKEJUT dah jadi terjeut

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha..dah dibetyulkan..entahlah selalu ja salah eja..aduh maaf kan lah ya

      Padam
  8. cikgu Etuza..bukan Traminal atau Tramnial tetapi TERMINAL...sorry...tegur sbb nampak x cantik bunyi pun pelik je hihih

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih JM ya akan perbetulkan...aduh..ada saja salah ejaan kan

      Padam
    2. hehehe... nk tanya juga tp takut saya yg salah. mana la tau kot2 memg ejaan dia Traminal... =)

      zinziemeewah

      Padam
  9. x per cikgu Etuza..uruskan dahulu tugas2 penting tu kami faham yang penting jangan hilang terus..sunyi kami nanti..JM x boleh nk usik cikgu lagi hhihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. pasti akan teruskan blogg..best kan berblog ..cuma ada masa kita benar2 tidak ada masa..so sepi seketika...

      Padam
    2. Sayapun lama dah tak usik JM & Cikgu, peel lama suka mencuit rakan2 blogger sudah mari, ahakkkkk

      Padam
  10. JM pun suka mkn bubur...hurmm....dapnye!!!

    BalasPadam
  11. salam jumaat...sedap bubur nasi kfc ya...nanti boleh diulang menikmatinya lagi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. insha Allah masak kat rumah ja ya paridah..boleh tu

      Padam
  12. saya pun selalu makan di sini... tapi belum pernah makan bubur nasi di sini... selalu makan bubur nasi kat mekdee jer...

    sedap katanya... okay lah tu... nanti boleh try

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya,..kalau datang kat Sabah try ya Najib..pasti sedap..secukup rasa..Etuza memang suka yang tak berapa rasa masin...tu yang sebenarnya Etuza puji tu..

      Padam
    2. Etuza... saya tinggal di KK... memang lah saya ada di Sabah,,,

      Padam
    3. Cikgu Etuza & Najib sama2 warga Sabah, bolehlah buat perjumpaan blogger..

      Padam
  13. KFC pun ada bubur yeh Cikgu....ingatkan Mc D jer...
    Salam takziah buat adik cikgu dan family, moga tabah menghadapi dugaan dari Allah ni ye.... Fahamnya, sebagai abg kenalah ambik berat dan tolong apa yg patut di saat adik kita tgh dlm kesedihan macam ni. Cikgu pun kena kuat jugak ye

    BalasPadam
  14. wah dah sampai ke terminal 2 yer...sedapkah bubur kfc tuh..maaf bukan tak mau berkunjung ke sini tapi kekangan masa ..harap cikgu faham

    BalasPadam
  15. Dapat rasai keperitan akibat kehilangan orang tersayang, moga adik & anak2 saudara Cikgu tabah hadapi ujian ini.

    Al fatihah buat arwah adik ipar Cikgu, moga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 beriman,

    BalasPadam
  16. Tak pernah lagi makan bubur KFC ni. Cuma kalau dah sebut pasal KFC, memang sedap sampai menjilat jari..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Trade mark KFC, ha3

      Dulu ada gak iklan kat tv tapi sekarang ini tiada, maklumlah sudah dikenali.

      Padam
  17. Traminal ka Terminal.. ka mmg nama Traminal kat sana..

    BalasPadam
  18. menariknya nmpak bubur nasi dia..rasa mcm sekrg juga nk pergi mkn..hehe

    zinziemeewah

    BalasPadam
  19. takziah lagi sekali utk keluarga adik Etuza. Semoga Allah tambahkn kesabaran dan ketabahan kpd dia n anak2 utk meneruskan hidup ini. semoga setiap urusan mereka dipermudahkan Allah swt dunia n akhirat :-)

    zinziemeewah

    BalasPadam
  20. Cikgu, gambar donut tu cam jenama big apple jer, betul tak?

    BalasPadam
  21. Pilihan bila CP sibuk dekat ofis. Mudah dan sedap. Singgah beli sebelum masuk ofis.

    BalasPadam
  22. owh! KFC dah ada bubur nasi ek?..baru tahu, selalu makan bubur Mc D jer...

    BalasPadam
  23. done follow cikgu;)

    eh, baru tahu kfc pon ada bubur ye..(haha)

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.