Kematian Itu Amat Dekat.

Kematian Itu Amat Dekat.

    Terasa amat sayu dan hiba melihat mereka yang mengalami kematian ahli dalam keluarga. Terasa amat pilu melihat mereka menangis hiba dan merintih bagaikan tidak rela ditinggalkan. Di hadapan mereka sekujur tubuh kaku seolah tidur lena tanpa sedar apa berlaku disekelilingnya.

   Ya kematian itu selalu diperkatakan oleh manusia walau di mana berada, ketika dalam rumah, di surau, di masjid dalam keadaan kita lepak menunggu seseorang yang di nanti, ada kalanya topik kematian itu menjadi pucuk perbualan. Sebabnya kematian itu amat dekat dengan kita. Sangat dekat sekali. Oleh itu kepada yang membaca juga diri ini, marilah kita perbanyakkan amal. Amal yang baik. Dalam blog juga kita lakukan amal yang baik-baik. Kerana kita di tutut memperbanyakkan amal yang baik, kerana amal yang baik itu sahaja menjadi peneman kala di alam barzak atau di akhirat nanti.

    Kematian itu amat dekat sekali. Sangat dekat, maka marilah memilih untuk sentiasa bersedia. Kerana inilah yang akan berlaku tanpa di duga. Begitulah keadaannya yang berlaku kepada suami adik Etuza, pergi dengan begitu tenang sekali. Dia pergi bukan kerana sakit teruk tetapi pergi menemuiNya dengan cara yang paling tenang. Anak dan isteri di tinggalkan. Memang sedih melihat isteri dan anak-anak yang ramai di tinggalkan. Perginya meninggalkan kesan yang perit, bukan kami tidak rela kepergiannya tetapi nampak jelas ada insan yang masih perlukan dia di Dunia ini. Semua tanggungjawab arwah kini di pikul oleh adik, menyekolahkan anak-anak, banyak urusan yang ditanggunginya. Ya Allah berilah kekuatan kepada adik untuk memikul tugas yang berat itu. Ya Allah limpahkan kesihatan kepada adik agar terus hidup dan tabah serta sabar memberi bimbingan asuhan kepada anak-anaknya. Hanya padaMu ya Allah kami berserah dan memohon yang baik.

   Kematian yang amat dekat itu marilah kita hadapi dengan yakin bahawa, saatnya akan tiba dengan janjiNya. Akan tetapi biarlah saat itu datang dengan keadaan kita bersedia dan telah selesai semua tanggungjawab kita terhadap keluarga. Allah suka hambaNya yang berusaha dan berusaha. Allah maha mendengar doa kita, mampu memanjangkan usia kita dengan usia itu kita dapat melihat dan berpeluang melihat kebahagiaan anak-anak kita. Untuk diri ini, serta kepada sesiapa bersedialah apabila hadapi hakikat kematian. Bila, di mana tempat dan bagaimana pun kita tidak tahu, tetapi yang kita tahu semua manusia akan menemui kematian yang amat dekat itu. Hanya mampu kongsikan catatan ini, sebagai ingatanku dan peringatan kepada semua.

Catat Ulasan

21 Ulasan

  1. tiada siapa yang tahu bila kita akan mati...mati tu pasti akan tiba

    BalasPadam
  2. bersama kita berdoa agar diberi pengakhiran yg baik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. SP orang Keningau..tapi tak pernah kenal..rasa kecewa jika tak mengenali SP ni..

      Padam
    2. Psssstt: Komen SP kat bawahlah Cikgu..hi3

      Padam
  3. Salah satu rahsia ghaib yang datangnya secara tiba-tiba. Beruntunglah mereka yang sentiasa menyambut ketibaannya kan cikgu etuza..

    BalasPadam
  4. Kita semua tidak pasti bila akan sampai masa untuk kembali kepadaNya. Bermuhasabah diri

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu UMI..banyakkan amalan yg baik2 ya..inshaAllah

      Padam
  5. Saya mohon tiada dendam sesama kita rakan2 blogger , yalah kadang2 gurau senda saya agak keterlaluan terutamanya kepada JM, Cikgu & Hainom Okje, ampun maaf dipinta jika ada terguris hati..

    Sayapun tak pasti bila akan dijemputNya (bicara dipagi nan hening, sayu pula rasa dihati...)

    BalasPadam
    Balasan
    1. doa banyak2 Allah mendengar doa hambaNya yang beriman..minta dipanjangkan usia dan melihat anak-anak bahagia..inshaAllah UMI akan Allah kabulkan..mintalah padaNya

      Padam
  6. Al fatihah buat arwah, moga rohnya dicucuri rahmat, aamiin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah ada teman blogger hadiahkan al fatihah..buat arwah iskandar hakim..

      Padam
  7. pernah mendengar ceramah.ada ustaz ckp.. kita perlu bersedia, kita tak tahu bila tibanya masa kita dan bagaimna kita akan pergi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. iya betul tindakan yang terbaik..pasti temui redha Allah

      Padam
  8. semoga adik cikgu tabah menghadapi ujian ini...

    BalasPadam
  9. :-(( berat mata memandang..berat lagi bahu yang memikul..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Allah uji kami dan khasnya adik dan anak2 dia..alhamdulillah adik dan anak2 tenang sedsikit setelah kami abang dan adik2 dia berusaha jumpa sana sini untuk pindahkan sekolah anak2 adik Etuza serta tempat adik Etuza mengajar..dia guru juga..

      Padam
  10. Hanya amalan yang menjadi bekalan kita untuk ke sana.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.