Kematian Itu Amat Dekat.

Kematian Itu Amat Dekat.

Kematian Itu Amat Dekat.

    Terasa amat sayu dan hiba melihat mereka yang mengalami kematian ahli dalam keluarga. Terasa amat pilu melihat mereka menangis hiba dan merintih bagaikan tidak rela ditinggalkan. Di hadapan mereka sekujur tubuh kaku seolah tidur lena tanpa sedar apa berlaku disekelilingnya.

   Ya kematian itu selalu diperkatakan oleh manusia walau di mana berada, ketika dalam rumah, di surau, di masjid dalam keadaan kita lepak menunggu seseorang yang di nanti, ada kalanya topik kematian itu menjadi pucuk perbualan. Sebabnya kematian itu amat dekat dengan kita. Sangat dekat sekali. Oleh itu kepada yang membaca juga diri ini, marilah kita perbanyakkan amal. Amal yang baik. Dalam blog juga kita lakukan amal yang baik-baik. Kerana kita di tutut memperbanyakkan amal yang baik, kerana amal yang baik itu sahaja menjadi peneman kala di alam barzak atau di akhirat nanti.

    Kematian itu amat dekat sekali. Sangat dekat, maka marilah memilih untuk sentiasa bersedia. Kerana inilah yang akan berlaku tanpa di duga. Begitulah keadaannya yang berlaku kepada suami adik Etuza, pergi dengan begitu tenang sekali. Dia pergi bukan kerana sakit teruk tetapi pergi menemuiNya dengan cara yang paling tenang. Anak dan isteri di tinggalkan. Memang sedih melihat isteri dan anak-anak yang ramai di tinggalkan. Perginya meninggalkan kesan yang perit, bukan kami tidak rela kepergiannya tetapi nampak jelas ada insan yang masih perlukan dia di Dunia ini. Semua tanggungjawab arwah kini di pikul oleh adik, menyekolahkan anak-anak, banyak urusan yang ditanggunginya. Ya Allah berilah kekuatan kepada adik untuk memikul tugas yang berat itu. Ya Allah limpahkan kesihatan kepada adik agar terus hidup dan tabah serta sabar memberi bimbingan asuhan kepada anak-anaknya. Hanya padaMu ya Allah kami berserah dan memohon yang baik.

   Kematian yang amat dekat itu marilah kita hadapi dengan yakin bahawa, saatnya akan tiba dengan janjiNya. Akan tetapi biarlah saat itu datang dengan keadaan kita bersedia dan telah selesai semua tanggungjawab kita terhadap keluarga. Allah suka hambaNya yang berusaha dan berusaha. Allah maha mendengar doa kita, mampu memanjangkan usia kita dengan usia itu kita dapat melihat dan berpeluang melihat kebahagiaan anak-anak kita. Untuk diri ini, serta kepada sesiapa bersedialah apabila hadapi hakikat kematian. Bila, di mana tempat dan bagaimana pun kita tidak tahu, tetapi yang kita tahu semua manusia akan menemui kematian yang amat dekat itu. Hanya mampu kongsikan catatan ini, sebagai ingatanku dan peringatan kepada semua.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

21 ulasan

tiada siapa yang tahu bila kita akan mati...mati tu pasti akan tiba

bersama kita berdoa agar diberi pengakhiran yg baik..

Salah satu rahsia ghaib yang datangnya secara tiba-tiba. Beruntunglah mereka yang sentiasa menyambut ketibaannya kan cikgu etuza..

ya kematian itu pasti tiba..

perbanyakkan amal ya SP..

SP orang Keningau..tapi tak pernah kenal..rasa kecewa jika tak mengenali SP ni..

Psssstt: Komen SP kat bawahlah Cikgu..hi3

Kita semua tidak pasti bila akan sampai masa untuk kembali kepadaNya. Bermuhasabah diri

Saya mohon tiada dendam sesama kita rakan2 blogger , yalah kadang2 gurau senda saya agak keterlaluan terutamanya kepada JM, Cikgu & Hainom Okje, ampun maaf dipinta jika ada terguris hati..

Sayapun tak pasti bila akan dijemputNya (bicara dipagi nan hening, sayu pula rasa dihati...)

Al fatihah buat arwah, moga rohnya dicucuri rahmat, aamiin..

pernah mendengar ceramah.ada ustaz ckp.. kita perlu bersedia, kita tak tahu bila tibanya masa kita dan bagaimna kita akan pergi...

semoga adik cikgu tabah menghadapi ujian ini...

:-(( berat mata memandang..berat lagi bahu yang memikul..

betul tu UMI..banyakkan amalan yg baik2 ya..inshaAllah

doa banyak2 Allah mendengar doa hambaNya yang beriman..minta dipanjangkan usia dan melihat anak-anak bahagia..inshaAllah UMI akan Allah kabulkan..mintalah padaNya

alhamdulillah ada teman blogger hadiahkan al fatihah..buat arwah iskandar hakim..

iya betul tindakan yang terbaik..pasti temui redha Allah

inshaAllah ZF..terima kasih bagi pihak dia

Allah uji kami dan khasnya adik dan anak2 dia..alhamdulillah adik dan anak2 tenang sedsikit setelah kami abang dan adik2 dia berusaha jumpa sana sini untuk pindahkan sekolah anak2 adik Etuza serta tempat adik Etuza mengajar..dia guru juga..

Hanya amalan yang menjadi bekalan kita untuk ke sana.

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (445) Ceritaku (431) Agama (384) Berita (384) Dunia Blog (339) Promosi. (313) Doa (312) Info Lelaki (272) Tips Blog (271) Pengalaman (240) Anak (226) Pendidikan (215) Nasihat (210) Kasih sayang (190) Rasa Bahagia (186) Berita Keningau (180) Hadiah (156) Pelancongan (140) Alam Semulajadi (125) Gambar (122) Sejarah (109) Ekonomi (108) Segmen (106) Keluarga (96) Blog (77) Tentang lelaki (74) kesihatan (71) Isu Semasa (58) Cinta (56) Rumah tangga (53) Tumbuhan (51) Bunga (43) Resipi (41) Cari Makan (38) Motivasi (37) Budaya (34) Nilai Moral (34) Award (31) Percutian (31) Herba (29) Sahabat Blog (29) Sajak (28) Harijadi (26) Masyarakat (26) Haiwan (23) Promosi Nuffnang (23) Perkahwinan (22) Artis (20) Kucing (20) Rasullah SAW (20) Seni (19) Tips (19) Sukan (18) Sekolah (14) Iklan (10) Petua (10) Kalender (9) Majlis Kahwin (9) Bulat (8) Lanskap (8) Lirik Lagu (8) Hari Jumaat (7) Kuiz (6) Makanan (6) Politik (6) Elken (5) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Grafik (4) Anak Buah (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Takziah (2) BRIM (1) Cuaca (1) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger