View Di Puncak Menara Kayangan Di Lahad Datu, Sabah Part 1

View Di Puncak Menara Kayangan Di Lahad Datu, Sabah Part 1

View Di Puncak Menara Kayangan
 Di Lahad Datu, Sabah Part 1

Pintu Gerbang / Pintu Utama  Naik Ke
Puncak Menara Kayangan Lahad Datu, Sabah
     Tahun 2012, keluarga Etuza mendapat jemputan ke Majlis Perkahwinan anak saudara kandung Ibu Etuza yang berada di Lahad Datu, Sabah. Lahad Datu, Sabah memang belum pernah Etuza jejak dan terasa teruja hendak pergi lagi pun kami sekeluarga wajib datang ke perkahwinan anak buah Ibu Etuza atas kehendak pengantin yang hendak sangat menemui ibu Etuza serta  kami semua.  Lalu kata sepakat telah di atur maka kami, iaitu keluarga Etuza, keluarga kakak Etuza dan kedua ibubapa Etuza nekad pergi ke sana selama 3 hari 3 malam berada di Lahad Datu, Sabah.

     Kami menginap di rumah keluarga Ameng, Etuza sangat bersyukur kerana kami dilayan dengan baik sekali. Apa yang paling menarik sekali ialah, selepas pernikahan Ameng dan Milare Lane Madai telah di bawah ke satu puncak yang menjadi kejutan kepada kami semua. 3 buah kereta telah membawa kami sekelurga manakala rombongan yang lain balik ke rumah pengantin, selepas di nikahkah di Masjid Besar Lahad Datu. Masa itu ada 4 pasangan di nikah kan sekali. 

     Rupanya tempat kami di bawah ialah di Puncak Menara Kayangan, di Lahad Datu yang sangat terkenal di Lahad Datu, Sabah. Sangat menarik sekali. Anda boleh membayangkan keindahan view di puncak Menara Kayangan menerusi gambar yang Etuza rakam kan. Masa itu Etuza tidak berapa kuat mood berblog. Maka segalanya tiada makna, walhal masa ini baru Etuza merasa kesal kerana tidak mengambil gambar pada keadaan pemandangan yang sangat indah sekali di sini. Bandar Lahad Datu, juga sebenarnya amat menarik, sangat kesal kerana tiada yang mampu di persembahkan yang lebih menarik ketika kami melawat di Lahad Datu. Hanya inilah kenangan yang dapat diabadikan.InshaAllah pada masa akan datang sekiranya akan membuat lawatan ke luar dari Keningau, akan Etuza lakukan tugasan sebagai blogger.InshaAllah.
Saksikan kenangan Family Etuza di Puncak Menara Kayangan Di Lahad Datu, Sabah.
Tempat Bayar RM 2.00 seorang, tetapi kami semua telah
di bayar oleh pasangan pengantin Ameng dan Lane Madai.
Ini tangga naik ke Menara Kayangan, lupa pula kira bilangan
 anak tangga.Tetapi untuk pengetahuan anda..
memang tinggi.dan ini lah puncak tertinggi di Lahad Datu
Sabah, kerana dari atas menara Kayangan
kita akan lihat view lautan yang sangat indah sekali, saksikan..
Family Etuza, hanya anak sulung dan anak ke dua tidak bersama..
Azie & Nick Irfan abadikan kenangan depan papan tanda
mengalu-alukan,kehadiran visitor ke Puncak Menara Kayangan ini.
Kawasan hutan yang di jaga ketat oleh
Perhilitan di Lahad Datu Sabah.
Kami berada di Puncak Menara Kayangan..
melihat ke bawah memnag sangat menarik..indahnya tak terkata..
Azim & Ibnu Mustaqim nak naik lagi teratas..sangat tinggi..huuuu
kepada anda di mana berada..datanglah melawat ke Lahad Datu, Sabah..
Inilah VIEW yang kita lihat di atas Puncak Menara Kayangan
Di Lahad Datu Sabah.
Antara VIEW yang sangat menarik..lautan dekat bawah
menara ..indah nya sambil di tiup bayu ...
Anda nampak kan..nampak kecik orang di bawah menara..
Subahanallah ..keindahan alam semula jadi..amat mempersona...
Ibu Etuza, pasangan pengantin ketika berada di
 puncak menara kayangan Lahad Datu, Sabah...

Photografhy : Blogger Etuza
Informasi Lokasi  Di Lawati : Puncak Menara Kayangan
Tempat Lokasi : Lahad Datu Sabah.
Kenderaan Di Gunakan : 4 x 4 
Guide : Ameng  Group
Tarikh : 8hb Disember 2012

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

20 ulasan

cantiknya view..memang sesuai pengantin nak bergambar

8 disember 2012...2 years back ..kiranya pasangan pengantin tu pun dah ada 'baby' kan..ini kira throwback story lah ye

Nilah akibatnya jika blogger tak updated blog tiap hari, tiap bulan dan tiap tahun. Rugi rasanya baru di kongsi ..memang dah berlalu...lama dah ni JM.Etuza ada nyatakan kesalan dalam entry ni JM tak baca ke tu..ada dah seorang baby...sepupu Etuza tu.

aduhhh!! Terkono eden..ahaha..mmg tak baca lagi..baru tgk pic n scroll down...pastu baru nk baca dari awal hahaha...JM kena 'tangkap'

Untuk pengetahuan JM/..entry pelancongan di blog Etuza ni wujud apabila melihat pesoan Trip Travel JM dalam blog JM tau..idea berblog kembali segar semula dan etuza ada bahan nak di ceritakan. Kini semua keluar di minda. So blog Travel JM sesungguhnya telah menyuntik semangat baru untuk Etuza teruskan berblog dengan mempelbagaikan bahan sumber entry termasuk pelancongan dalam negara dan dalam negeri. TQ JM awak sebenarnya SUPER TRAVEL yang terbest!!..huuuu best tu laman JM penuh aura travel..

kalau cikgu nak ke Lahad Datu lagi tunggu lah JM kita pegi sama-sama..hajak org rumah sekali hihihih....ahakss..gurau je

JM terigin nak explore semua banda yg ada di Sabah tu kalau boleh seminggu di sana then explore semua tempat yg ada..maybe one day in sha Allah termasuk lah Mount Silam dna Menara Kayangan nih

*banda? bandar lah heee. dn = dan

wah..wahh...Syabas!!! tapi jgn puji lebih-lebih..nanti hidung dan montot JM kembang ahahah

ada ja kesila[an ..trade mark ada erro ..hehehe malu pun ada ..harap faham reader ..kena edit balik ejaan

betul paling menarik kala berada di puncak

Ha3 kan dah kena, selama ini kita kuat komen Cikgu Etuza, adoiiii akakpun tumpang terasa, hi3

Sihat lagi Ibu Cikgukan? Alhamdulillah syukur masih punyai orang tua..

Kalau saya naik tangga Menara Kayangan, mau semput, maklumlah stamina tak kuat...

haahahah....baru fair n lovely

hikss...sorry tau..publish tanpa check begini lah jadi nya heee

kuat Etuza panjat ye..kalau CP mau semput hehe

Walaupun dah lama, tahniah juga diucapkan buat pasangan pengantin. Kenangan yg pastinya manis & tidak dilupakan... :)

speechless tgk view nya yg sangat indah ...

Wah menarik ni CIkgu Etuza ..View yang sangat cantik dgn pemandangan yang cukup indah ..Wah pengantin pon ada sekali tuuu ..Menarik jugak ni ambil gambar pengantin kat atas sini hehehe ..Tu ibu Cikgu ...Kecik molek orangnya ..

kenangan lama ni...seronokny

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (433) Ceritaku (417) Berita (380) Agama (368) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (294) Info Lelaki (266) Tips Blog (265) Pengalaman (234) Anak (212) Nasihat (205) Pendidikan (203) Rasa Bahagia (183) Kasih sayang (179) Berita Keningau (173) Hadiah (150) Pelancongan (129) Gambar (120) Alam Semulajadi (116) Sejarah (103) Ekonomi (102) Segmen (101) Keluarga (85) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (62) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (42) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (35) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Percutian (25) Masyarakat (24) Haiwan (22) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Kucing (19) Perkahwinan (19) Tips (19) Seni (18) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Majlis Kahwin (8) Hari Jumaat (7) Lanskap (7) Lirik Lagu (7) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Grafik (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Anak Buah (2) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Makanan (2) Takziah (2) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger