Tarikh Pembayaran Kadar Dividen Dan Bonus ASB 2014

Tarikh Pembayaran Kadar Dividen Dan Bonus ASB 2014
Ini berita yang memang dah pasti..( sampaikan berita yang baik dan menggembirakan)


       ASB akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun pemegang unit mulai 2 Januari 2015. Sementara itu, semua urus niaga bagi ASB akan ditangguhkan pada 23 Disember 2014 sehingga 1 Januari 2015 bagi tujuan pengiraan pendapatan dan bonus.( telah dibuka pada 2hb Jan 2014- Ini pasti sebab ada kawan di Bank Etuza sempat bertanya hal ini, dan inilah tarikh yang dikatakan oleh Pegawai Bank itu - Apapun Etuza setakat ini belum semak )

     Etuza sebenarnya ada perasaan frust bila baca di internet hal berita bonus 5hb Jan 2015 tu adalah cadangan sahaja dan belum pasti dapat ditunaikan. Oleh yang demikian kita sebagai kakitangan kerajaan diminta agar sabar menunggu bonus setengah bulan gaji dengan minmun RM 500.00 pada 22hb Jan 2015 hari khamis. Rasanya mula-mula membaca di internet hal pembayaran awal itu, Etuza mengambil langkah tak kisah sangat pun. Tapi bila ada beberapa laman menyatakan bonus tu akan diagihkan pada 5hb Jan 2015, maka Etuza rasa tertarik hendak kongsikan berita baik ini di blog Etuza. Huuu luar biasa memang entry ni meletup hingga cecah 1229 lebih klik ..menjadi top entry disember 2014 di laman Etuza. Rupanya khabar berita yang tak pasti, sebab seorang guru di SMK Agama Keningau bercerita dengan Etuza . Katanya " Harap bonus 5hb Jan 2015 rupanya berita palsu saja " Katanya sambil tersenyum melihat Etuza. ' Ya lah..yang pasti 22hb Jan 2015 saja lah cikgu..ni lah ramai yang perlu wang belanja..tengok sampai RM 233 juga pendaftaran hari ini..) " Ini pula kata-kata Etuza.

     Kita tinggalkan berita BONUS setengah bulan ini. Mari kita baca pula dan ambil perhatian hal BONUS ASB  yang nyata telah diedarkan atau diagihkan kepada  pemilik saham ASB ini di Malaysia. Ha ini berita yang pasti. Anda ada membuat pelaburan ASB ..ini pasti memberikan sedikit kegembiraan kepada kita kerana pada 2hb Jan 2015 yang lalu telah di lancarkan pengagihan dengan kita datang semak sahaja di bank cawangan atau di Pejabat ASB anda.Tengok tambahan infor bonus ASB 2014 yang Etuza copy. Mari semak bonus ASB esok, dengan harapan ada wang simpanan untuk di manfaatkan dalam kehidupan sehar-hari anda. 

Klik SINI info bonus ASB 2014 ( jangan lupa klik ya...)
      
    

Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. Etuza sebenarnya suka jika ramai kita yang hidup gembira dengan berita2 yang baik..agar tidak terlalu bersedih hati...happy kan ada bonus ASB..itupun jika anda ada melabur ASB

    BalasPadam
  2. Berita baik buat semua yg melabur di ASB.. lagi banyk simpan, lagi banyak bonusnya.. :)

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. umi dan suami juga ada loan ASB boleh lah semak jika ada masa esok....Bonus boleh tu dikeluarkan...)

      Padam
  4. salam etuza.. nak tanya kalau bonus ni dikira semua dapat atau prorate atau kena ada minimum bulanan pelaburan?

    contohnya setahun melabur baru dapat bonus, atau bonus dikira berdasarkan berapa bulan kita melabur utk tahun lepas?

    saya ada buat loan ASB, start bayar bulan 9 hari tu.. boleh encik etuza cerita tak? heheh terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam Syafiq, agihan bonus ASB syafiq di kira dari bulan tersebut Sept kan..maknanya ada 4 bulan pelaburan ASB anda di kira bonus.

      Tetapi jika anda ada loan, jumlah loan anda menentukan berapa sebulan anda bayar tetap ke ASB. Bonus untuk simpanan ASB loan juga sudah dikira, tetapi usia loan ASB anda masih muda. Bonus tambahan ke atas nilai loan ASB anda juga sudah di kira dan anda boleh semak di pejabat ASB.

      Selain itu syafiq boleh keluarkan bonus tahunan anda, tetapi loan ASB tidak boleh dikeluarkan tunggu hingga matang dan anda ketika itu boleh keluarkan sekali dengan loan ASB dan bonus .

      Untuk lebih lanjut sila datang bertanya ke ASB loan di tempat anda melakukan loan ASB.
      Etuza juga sedang menanti matang nya loan ASB ..)

      Padam
  5. Walaupun ramai yang bercerita tentang perkara negatif pasal ASB ni, tapi bagi CP ASB memang terbaik. CP dah simpan dari zaman sekolah lagi.

    BalasPadam
  6. masa ni berederet2 kat kaunter...mengeluarkan ASB..

    BalasPadam
  7. Terima kasih ya Cikgu Etuzaatas info yang cukup berguna ini..Jom pakat2 klik untuk terus mendapatkan info2 menarik ..

    BalasPadam
  8. takpelah, bonus cepat ke, lambat sikit ke, janji masuk dalam akaun.

    BalasPadam
  9. ye...2 hb tu JM tunggu almost 4 jam baru sampai turn untuk update buka ASB huhuh..mmg hazab

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.