Sinaran Iman Di Laman Masjid Ibu Negeri Sabah

Sinaran Iman Di Laman  Masjid Ibu Negeri Sabah
di Sambulan Kota Kinabalu.

Ini gambar depan masjid Ibu Negeri Sabah..sungguh cantik..
tak puas memandang keindahan Masjid ini
Solat Jamak ( Rakaat Dihimpunkan )

   Agama Islam ini mudah, agama yang tidak menyusahkan pengikutnya, dan Allah memang maha pengasih dan pemurah sebab selalu tidak beratkan sesuatu urusan tetapi dimudahkan agar lagi senang dan mudah kita melaksanakannya. Sebagai contoh hal solat WAJIB kepada muslim dan muslimah yang telah baligh yakni WAJIB solat sujud kepada Allah yang maha esa.

     Solat jamak takdim / qassar ( rakaat dihimpunkan menjadi dua ) harus kita lakukan apabila kita bermusafir dengan jarak melebihi 100 KM. Bila kita bermusafir Allah beri kita panduan dan cara agar kita laksanakan solat Johor dan Assar dihimpunkan sekali dengan cara 2 rakaat Johor dan 2 lagi rakaat solat asar. Bermakna kebiasaan kita solat 4 rakaat pada Johor dan Asar kita kurangkan menjadi 2 rakaat. Ini di bolehkan bagi orang yang bermusafir umpama pejuang yang berjuang di jalan keredahaan Allah. Musafir seketika untuk urusan hidup tanpa melupakan perkara yang wajib dan iman kepada Allah. Begitu juga solat Ishak boleh di jamakkan selepas solat 3 rakaat maghrib.Sementara solat subuh tetap 2 rakaat. Bagaimana pun sebaik telah sampai di rumah selepas bermusafir seketika kita tidak lagi dibenarkan solat cara jamak takdim dan jamak qassar.


Ini Kubah Masjid Kota Kinabalu..unik dan gagah perkasa..
sangat cantik Subahanallah...
Kubah Masjid Ibu Negeri Sabah Di Kota Kinabalu

    21hb dan 22hb Januari 2015 Etuza, isteri dan anak-anak perempuan Etuza singgah untuk tunaikan solat di Masjid Kota Kinabalu ini. Selepas solat sambil menunggu muslimah selesai solat, Etuza ambil kesempatan ambil gambar Masjid ini. Etuza kan visitor di negeri sendiri pada hari itu. Hasilnya inilah gambar Masjid Kota Kinabalu, Sabah. Besar masjid ini ada setingkat di atas yang luas dan lengkap dengan permaidani bercorak biru dan kuning serta merah. Sangat bersih dan cantik di dalam masjid ini.

   Melihat kubah masjid ini terasa ada kedamaian melihatnya. Memang besar perbezaan kelihatan masjid ini pada mula Etuza melihat pada tahun 1987, masa itu Etuza bersama ayah singgah di masjid ini. Masa itu Etuza hadir temuduga kemasukan ke UITM. Masjid ini masa itu masih kelihatan semak dengan pokok di sekeliling serta tandas belum di naik tarafkan. Parking kereta juga sempit dan belum ada jalan menghubung antara Wisma Muis dan Masjid Negeri Sabah ini.

    Pada Etuza Masjid ini cantik Masjid yang terletak di Sambulan, kubah yang kukuh, stabil dan unik kelihatannya. Masjid ini menjadi daya tarikan pelancong dan ribuan muslim dan muslimah yang datang dari pelusuk Sabah datang bersolat di Masjid ini. Masjid ini berpagar sekeliling pada tiga ruang masuk yang di buka pada masa siangnya bagi memudahkan muslimah dan muslim datang bersolat. Ruang parkir sangat luas hingga menghubung ke arah Wisma Muis. Pokok palma di tanam sangat tersusun. Di dalam masjid ini ada air pancuran dan bentuk ukiran bentuk yang menarik. Di sisi depan masjid bersebelahan dengan tandas muslimah ada beberapa bilik khas untuk mesyuarat, bilik VIP dan bilik rehat. Etuza tidak sempat ambil gambar kerana terlupa bawa kamera ke dalam masjid.

Ini Bangunan WISMA MUIS salah satu mercu tanda
di Kota Kinabalu Sabah dan bangunan ini berhadapan dengan
Masjid Ibu Negeri Sabah, terletak di Sambulan.
Kepada anda yang berniat ke Kota Kinabalu, Sabah
Singgah lah bersolat Wajib di Masjid Kota Kinabalu ini
yang terletak di Sambulan.

Catat Ulasan

37 Ulasan

  1. insyaAllah jika ada kesempatan ke KK. Terima kasih atas penerangan solat jamak dan qasar

    BalasPadam
  2. Setuju dengan perenggan pertama. Islam itu agama yang syumul ( lengkap) dari sebesar-besar perkara sehingga sekecil-kecil perkara. Dan mudah dilaksanakan.

    BalasPadam
  3. Alor Setar pun terkenal dengan Masjid Zahir, masjid tertua..ari tu masuk paper No.3 masjid tercantik Di Asia...sangat bangga kot =)
    Bila tengok masjid tu memg damai sangat, terletak di tengah2 bandaraya Alor Setar tu. Kalau orang datang melancong ke Alor Setar memg wajib singgah masjid tu juga =)

    zinziemeewah

    BalasPadam
    Balasan
    1. makannya masjid tercantik tempat ke tiga di Asia terdapat di Malaysia lah kan Norsalihah..di negara kita semua. Syukran

      Padam
    2. betul tu..masjid zahir..saya selalu bwk kwn2 dri luar kedah solat di masjid zahir

      Padam
    3. belum pernah masuk solat di masjid nih

      Padam
    4. ada kolah air or guna paip seperti biasa

      Padam
  4. Betul tu cikgu.....Islam sangatlah mudahnya, sehingga solat pun boleh dijamak qasarkan. Malunya kita kalau kita masih lagi lalai mengerjakan solat.

    Memang tak dapat disangkal, adalah satu kedamaian kalau dpt sujud di rumah Allah....kan cikgu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju dengan nom..tepat sekali..jika punya kelapangan laksanakan cepat yang Wajib kan

      Padam
  5. Terima kasih atas penerangan. Sedih terpaksa batalkan travel ke KK.

    BalasPadam
  6. Ye Islam itu mudah tetapi ada cetain person anggap ia sukar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih ya Jm sedarkan kesilapan tahun tu ..dah di betulkan. OOo ..yang anggap Islam itu sukar yang belum nampak hidayah sebenar tu JM. tak apa kita teruskan mantapkan iman ..hal orang lain kita serahkan pada Allah ya..

      Padam
    2. kalau 1987 masuk Uitm, then JM boleh guess berapa umur cikgu sekarang hihihhi

      Padam
    3. 1987 saya sudah masuk sekolah menengah..

      Padam
  7. jika tahun 1996 cikgu pegi temuduga untuk masuk ke Uitm so JM boleh guess berapa umur cikgu sekarang hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. alala lalala .tersilap ..aduh! bukan 1996..silap oooo JM silap tu 1987..malu ni..JM tq bagi Etuza tersedar kesilapan...

      Padam
    2. ahaksss....JM ni kena teliti baca setiap patah perkataan ahaha...dh mcm guru bahasa pulak kan...

      Padam
    3. 1996 saya punyai kerjaya tetap & punyai anak sulung

      Padam
  8. tahun 1987 dah pegi interbiu untuk kemasukan ke Uitm ke Cikgu Etuza ...itu bermakna JM masih di sekolah rendah..ahaahhaha....standard berapa waktu 1987 biarlah rahsia heee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya..Jm memang masih di sekolah rendah..boleh panggil uncle pun ok jm..kan JM ni masih remaja bujang. Umur hanya angka..kita kena fikirkan apa kah amalan kita ke arah kebahagiaan di akhirat kan JM..

      Padam
    2. Ya..Jm memang masih di sekolah rendah..boleh panggil uncle pun ok jm..kan JM ni masih remaja bujang. Umur hanya angka..kita kena fikirkan apa kah amalan kita ke arah kebahagiaan di akhirat kan JM..

      Padam
    3. 1987 saya belum dilahirkan lagi tu..hihi

      Padam
    4. ye betul tu cikgu..Dunia adalah JAMBATAN akhirat...ramai yg kejar dunia tapi tidak pernah hitung berapabyk bekalan utk akhirat termasuklah JM yg kekadang lalai..astaqfirullah..ajal tidak mengenal usia. Dua org malaikat kiri dan kanan sentiasa menulis setiap amalan yg kita lakukan setiap detik dan ketika termasuk aktviti reply komen nih..huhuh...adakah itu satu perbuatan 'lagho'

      Padam
    5. ape..panggil pakcik?..no..no..no..cikgu still muda boleh call u 'abang' lagi ahahaah

      Padam
    6. Zarul farhana, kami sudahpun memasuki era kilauan emas, dengan erti kata lain 40an..

      Padam
  9. Bila dah selalu travelling, saya belajar mengenai solat jamak, alhamdulillah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. lebih 100 Km kena jamak tu Umi..dimudakan Allah tak menyusahkan musafir

      Padam
    2. saya pon bila pergi tempat jauh2 baru belajar mengenai solat jamak..

      Padam
    3. ZF...sis JM yg kerap travel ni mmg wajib lah laksanakan solat jamak tu

      Padam
  10. Subhanallah indahnya rumah Allah..

    BalasPadam
  11. Wisma MUIS = Majlis Ugama Islam Sabah, cantikkan bangunannya..

    BalasPadam
  12. sy pernah lalu masjid ni...tp lom ada kesempatan untuk beribadah di dalam nye... :)

    BalasPadam
  13. terimakasih cikgu atas info yg diberikan..

    BalasPadam
  14. insyallah kalau bwrkesempatan, saya akan singgah solat disini

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.