Selamat Hadapi Era Baru Persekolahan 2015

Selamat Hadapi Era Baru Persekolahan 2015

Selamat Hadapi Era 
Baru Persekolahan 2015
Gambar pasport Ibnu Mustaqim untuk pendaftaran di lekatkan
ke borang maklumat pendaftaran pelajar Tingkatan 1 2015. 
      
      Esok awal pagi harus bergerak ke SMK Agama, Keningau. bukan lah terlalu jauh hanya sekitar 15 KM dari rumah Etuza, tetapi hendak mengelak dari kehabisan parking dan mengikut kehendak Afif yang mahu etuza hantar ke asrama lebih awal. Katanya akan sesak jika lambat ke sekolahnya. Sesak hingga ketiadaan parking, disebabkan pelajar di SMK Agama Keningau kini bertambah ramai ekoran pertambahan kelas tingkatan 1 dan kelas tingkatan 3. Pada tahun lalu SMK Agama ,Keningau belum ada pelajar Tingkatan 3. 

    Masa ini mama sibuk stereka baju Ibnu Mustaqim di bantu oleh Azie. Etuza baru seketika tadi menurunkan tandatangan semua borang maklumat Ibnu Mustaqim yang diberi pada 4hb Jan 2015 yang lalu. Diharap pengalaman baru dan era hidup di asrama akan mampu mendidik anak-anak lelaki Etuza agar lebih berdikari dan dapat berfikir perkara baik dan buruk di asrama. 

Sedikit tips menyesuaikan diri di asrama menurut Etuza.Ini berdasarkan pengalaman Etuza sendiri semasa pertama kali memasuki asrama suatu masa lalu iaitu:-

Patuh dan sentiasa berdisiplin.

* Pelajar asrama mesti patuh pada peraturan asrama atau undang-undang asrama.
* Mesti sentiasa melihat jadual terutama jadual minggu suai kenal yang dijalankan.
*Menepati masa jadual sekolah dan jadual makan di dewan.
* Tidak malu berbual dengan rakan sebilik, agar mudah mendapat kawan yang baru.
*Rajin mengemas tempat tidur agar tidak di denda oleh warden apabila tempat tidur tidak di kemaskan.
* Tidak terikut perbuatan kawan-kawan yang melepak atau membuang masa di asrama.
* Sentiasa mempastikan alat-alat milik sendiri tidak di ganggu oleh pelajar lain.
* Menghormati pemimpin dikalangan pelajar yang di lantik.
* Tidak merasa malu kepada kawan-kawan atau guru-guru sekolah.
* Melahirkan rasa bersyukur kerana dikelilingi oleh kawan baru yang lain dan dapat mengenali budaya kehidupan di asrama.
* Mesti menjaga solat dan mengikut jemaah pelajar ke masjid. 

    Etuza berharap agar Ibnu Musatiq serta Afif dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di asrama serta kawan-kawan dan guru-guru sekolah mereka berdua. Etuza berdoa dan terus berdoa agar anak-anak Etuza maju jaya dalam bidang pelajaran. InshaAllah.

   Etuza hendak berpesan " Usaha yang berterusan pasti mebuahkan hasil yang baik. Usaha tangga kejayaan. Selamat menempuh persekolahan buat seluruh  masyarakat Malaysia serta walau di mana. Semoga rahmatnya sentiasa mengiringi kita. Kepada rakan blogger juga, selamat memulakan persekolahan esok kepada anak-anak anda.

    

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

19 ulasan

Alhamdulillah ...Semoga Ibnu Mustaqim akan terus berjaya mengorak langkah lebih maju di tingkatan satu ...InsyaAllah ..Aaamin aamin ..All the best ya..

Bagus jugak tu Cikgu Etuzadapat bertolak awal ..Sama la macam Lya kalau nak ke mana2 mmg suka awal sebab tak suka la kalau parking duk jauh dari tempat yang di tuju hehhee ..Semoga selamat tiba di destinasi ya Cikgu..

terima kasih ya Lya..

tu lah antara sebab juga nak awal..lagipun Afif , abang Ibnu tu dah tak sabar jumpa kawan2 dia...

singgah sini lagi ! semoga berjaya anak2 pakcik/cikgu/papa/daddy :)

Semoga anak cikgu etuza berjaya dalam bidang yang diceburi serta menjadi anak yang soleh

Elken White Coffee selamat tiba terima kasih
http://www.arzmoha.com/2015/01/sabtu-yang-ceria-istimewa-dari-blogger.html

tahniah dan selamat menyesuaikan diri dgn alam persekolahan baru-tinggal di asrama..

lupa pulak...terimakasih cikgu..atas pemberian hadiah tu...saaya sekeluarga sangat2 menyukainya...

Ril mana satu nak cal ni...uncle ja ya..hehehe..terharu dapat title semua dari mulut Ril ni..Uncle sedap ya...terima kasi ya Ril..alhamdulilah blogger termuda wish hari istemewa Etuza..

syukran..dah sampai ya aRz..tahnia selamat ke tangan..rasa macamana sedap kan..tak payah letak gula lagi ya...

semoga menjadi pelajar cemerlang dan anak yang soleh =)

semoga menjadi pelajar yang cemerlang ya..

kiranya abg dan adik belajar di sekolah yang sama lah ye cikgu

kiranya sekolah mengenah agama keningau ni ambil pelajar sehingga tingkatan 3 sahaja? nati bila masuk tingkatan 4 & 5 perlu tukar sekolah lah ye..

Sebaya dgn anak kedua saya yg lelaki tu. Tahun ni pun baru masuk tingkatan satu. Semoga berjaya menghadapi era baru persekolahan... aamiin.

Smartnya Ibnu Mustaqim, bakal mewarisi kekacakan bapanya..

Pada pemahaman saya, sek tersebut baru dibuka, 2015 adalah tahun ketiga.. betul tak Cikgu?

**seterika, bukannya stereka, maaf..

ahakss..JM pun perasan kesalahan di situ tapi malas nk tegur nanti di cop asyik betulkan ejaan :-)

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (433) Ceritaku (417) Berita (380) Agama (368) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (294) Info Lelaki (266) Tips Blog (265) Pengalaman (234) Anak (212) Nasihat (205) Pendidikan (203) Rasa Bahagia (183) Kasih sayang (179) Berita Keningau (173) Hadiah (150) Pelancongan (129) Gambar (120) Alam Semulajadi (116) Sejarah (103) Ekonomi (102) Segmen (101) Keluarga (85) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (62) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (42) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (35) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Percutian (25) Masyarakat (24) Haiwan (22) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Kucing (19) Perkahwinan (19) Tips (19) Seni (18) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Majlis Kahwin (8) Hari Jumaat (7) Lanskap (7) Lirik Lagu (7) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Grafik (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Anak Buah (2) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Makanan (2) Takziah (2) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger