Sejak Bila Etuza Jadi Penyayang Dengn Kucing

Sejak Bila Etuza Jadi Penyayang Dengn Kucing
Melebih lebih dan berlebihan dah
sayang kasih Etuza pada meow..alamak..

Ini kucing jalanan entah dari mana arah mana..huuuu meow..
semacam ja tengok Etuza..hiiiikkk! bawa pulang baru tau!!..
Hadui.....nak bawa ..tapi banyak meow di rumah..kesian...

Pelik lah Etuza rasa bila Etuza melebih-lebih sayang kucing ni...
ini meow gesel gesel kaki Etuza meow meow depan mata  sedang
pula Etuza makan di Sweet Hony mini restaurant di Keningau...

      Pertama kali Etuza melihat meow ini, hati terpanah dan jatuh cinta, Etuza merasa sayang dan suka sekali melihat  dua ekor meow ni. Tadi baru tiba dekat kedai makan Sweet Honey bersama mama tak ada meow pun dekat sini.Ini lah meow Etuza jumpa di kedai makan Swwwt Honey, bulu cantik gevu dan bersih kucing dua ekor ni. Gemuk pula tu. Agaknya lah hari - hari makan kepala ikan goreng, sebab seketika makan Etuza bagi meow ni makan kepala ikan yang Etuza  buang. Makan banyak meow ni, pandai pilih restauran yang pemilik kedai makan seperti menyukai dua ekor kucing ini. Tetapi katanya buka dia bela pun kucing ini. Tengok ..cantik kan, bersih dan gemuk.

    Bila siap oder Etuza dan mama di Sweet Honey ni,tiba-tiba muncul dua ekor kucing ke arah kami dan memandang dengan pandangan tak lepas ke arah Etuza. Kemudian datang gesel-gesel kan kepala ke kaki Etuza dan mama. Mujur kucing itu tidak naik atas meja, hormat tul meow dua ekor ni, seekor naik kerusi dan seekor duduk mendongak, Etuza  ambil kesempatan ambil gambar, macam faham saja lah meow tu nanti masuk blog maya. Tengok pose special meow tu. Comel kucing ni.

    Etuza lalu bagi lah sisa makanan, mama juga begitu. Tapi maafkan lah kami, kami tak berdaya membawa pulang ke rumah. banyak kucing di rumah kami tu meow. Cukuplah pertemuan kita ni. Harap dua ekor meow ni sihat dan membawa rezeki kepada pemilik kedai makan Sweet Honey. Menurut pemilik Sweet Honey, katanya kucing yang sedang duduk tu tinggal di atas bangunan di bawah syiling. Tidak pernah jalan jauh sejak mereka buka kedai makan Sweet Honey. 

     Bila Etuza dan mama beredar, dua ekor meow tu berbunyi, seolah ucapkan selamat jalan kepada kami. Sementara meja makan kami terus dibersihkan oleh seorang ibu tua yang bekerja di Sweet Honey.

Buget Makanan Kucing Peliharaan  Keluarga Etuza.

1. Makanan kucing dalam tin bernilai RM 3.95 sen setiap kali membeli.
2. Whiskers  harga RM  5.60 sen sekali membeli.
3. Sardin dalam tin tin besar RM 5.60 sen sekali membeli. 
4. Seminggu dua kali di beri makanan tablet Spirulina Elken.
5. Seltok - racun nyamuk di pasang setiap malam di rumah kucing.

Makanan Free Kucing Peliharaan Keluarga Etuza.

1. Sisa makanan seperti tulang ikan, kepala ikan
2. Lagi makan besar kucing peliharaaan keluarga Etuza apabila ada kucing berjaya menangkap tikus liar.
3. Makanan biskut dan  makanan lain jika anak-anak Etuza berkesudian membeli kucing makanan mereka.
4. Tulang ayam goreng atau daging apabila ada lauk jenis ini di masak.

Sejak Bila Etuza Jadi Penyayang Dengan Kucing?

    Sebenarnya Etuza buka suka sangat dengan kucing ini, tidak pernah pun ada niat hendak memelihara kucing di rumah. Etuza tahu sangat effect memelihara kucing ketika anak-anak Etuza masih kecil. Tapi apa kan daya, Etuza tidak berdaya menghalau kucing yang datang ke rumah baru Etuza sekitar tahun 2003. Apa lagi suatu hari kucing itu berjaya menangkap kesemua tikus yang sudai mulai bermain bola di atas syiling setiap malam. Sejak ada kucing tiada lagi tikus berlarian atas syiling. Namun Etuza tetap tiada perasaan yang dalam menyukai kucing ini. 
Imbasan kembali inilah Bulat dan Comel anak kucing
peliharaan keluarga Etuza

    Tetapi pada sept 2014 anak sulung Etuza berjaya menyelamatkan seekor anak kucing kami yang tidak di perdulikan oleh ibu kucing itu. Kini kucing tu namanya BULAT. Saiz badan bulat semakin panjang dan sifat BULAT  lain dari kucing yang lain. Bulat hampir nyaris di makan oleh ibu kucing itu selepass 2 ekor saudara BULAT habis dimakan oleh ibu bulat tanpa pengetahuan kami. Mujur anak syulung menyedarinya dan segera mengambil bulat masuk di bilik..di jaga dan di beri susu setiap hari. Bulat masa itu kelihatan sangat hodoh, tapi Etuza pelik dengan anak sulung Etuza tetap nak jaga Bulat. Kini bulat selalu menghias blog Etuza ini. Terbaru Bulat masuk blog dan WISH selamat hari ulang tahun kelahiran Etuza. Anda nampak kan. Tu lah Bulat. 

    Sejak melihat bulat lah Etuza merasa semakin menyayangi meow meow ni, di mana sahaja kalau Etuza ternampak meow mesti ingat Bulat..dan merasa ada nikmat menyayangi kucing ini. Rasa kena tempias dengan anak sulung menyayngi kucing. Terlebih lebih dah lah rasanya Etuza menyayangi kucing ni, kerana Etuza sangup bawa Bulat dan anak kucing lain pergi ke Klinik Haiwan serta Etuza membeli  pasir untuk dijadikan tempat Bulat membuang najis. Nampak tak dah terlebih ni. Setiap kali melihat Bulat, Comel, Poroi, Lili dan Kender Etuza rasa seronok. Yang peliknya bila Etuza belai Bulat dan Comel tu, Etuza membelai sambil dalam hati berzikir Subahanallah dan berselawat ke atas nabi. Etuza baca ayat suci itu kerana Etuza benar2 kagum dengan makhluk kucing ciptaanNya. Etuza terfikir mahkluk ni tidak bersalah apa-apa kenapa kita sesuka hati menyakitinya dan menghalau  dari rumah kita. Inilah perlakuan luar biasa Etuza, Etuza yakin dan pasti anak-anak kucing itu mendoakan keluarga Etuza dengan bahasa kucing sesama kucing. Inilah entry tertangguh pagi tadi. Harap anda dapat membaca dengan penuh ikhlas.

Berilah kucing anda makanan. Berilah kasih sayang yerhadap kucing . harap maklum

Catat Ulasan

25 Ulasan

  1. naluri deria kucing taw kita ni suka kucing.... ekin pun syang kat kucing... hihihi igat dulu2 sempat jaga 20ekr kucing.. itu semua tak hidup lama... sakit n kena langgar, hilang mati...

    BalasPadam
  2. COMELNYA MEOW2 NI...SEORANG YG SUKAKAN KUCING MENGIKUT SUNAH NABI SAW...PASTI MURAH REZKI INSYA ALLAH...

    BalasPadam
  3. alhamdulillah....dgn menyayangi kucing2....semoga bertambah pahala cikgu sekeluarga...

    BalasPadam
  4. Cantiknya kucing yang atas sekali tu..

    BalasPadam
  5. Suka kucing tapi tinggal kawasan taman, susahlah sikit nak pelihara sebab perlu hormati juga jiran tetangga, kang tak padal2 berak depan rumah dorang..

    BalasPadam
  6. kalau mampu bela...
    kalau tak mampu, kalau kesian, bagilah sikit apa yg kita makan pada dia....
    tp kalau taknak bg makan pun, jgn kasari dia..dia mintak belas ihsan kita jaa....

    BalasPadam
  7. Saya juga ada membela kucing yg asalnya kucing jalanan. Saya sendiri pernah hampir kemalangan apabila berhenti di tepi jalan utk selamatkan kucing. Beberapa bulan lepas pernah masuk dalam parit yang agak dalam kerana terlihat anak kucing di dalamnya.

    BalasPadam
  8. Terima kasih encik etuza..hadiah dah tiba...tapi frame pecah.....its ok. Nnti tunggu sy post entri..

    BalasPadam
  9. banyak pahala jaga kucing ni cikgu etuza..

    BalasPadam
  10. Saya kalau makan dekat luar, ada sisa makanan, saya ambil bawak balik untuk kucing dekat rumah :D sampai ada orang kedai pelik napa saya bawak balik tulang-tulang. hahahah

    BalasPadam
  11. JM pun suka dan sayang kucing tapi ada kawan JM tu nampak kucing je terus lari, kalau g kedai mkn tetiba ada kucing gesel2 di kaki menjerit2 terus lompat atas kerusi

    BalasPadam
  12. Suka bela kucing compare tu Ayam..Why? sbb kucing comel dan boleh di peluk semasa tidur hiksss

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau JM travel, tak dapatlah peluk kucen masa tidur.. :D

      Padam
    2. ahahaha...kelakar juga rupanya bro KK ni...time travel JM peluk bantal je hihihhi

      Padam
    3. Akak ingatkan nak balas komen di atas itu tapi xperlah, agak privasi, jadi pendam jer di hati, hu3

      Padam
    4. ahakss....jika itu yg sebaiknya..better simpan je tul tak

      Padam
    5. Tapi sebak jer rasa di hati le kalu pendam2 cenggini. hi3

      xder apalah JM, akak sengaja kuarkan statement cenggini, maklumlah tiada idea bak balas komen JM.(ada juga gitu erkkk, xbek tau akak tipu diri sendiri, hi3)

      Padam
    6. psst : x perlu balas komen JM tu

      Heeeee....hanya mampu tersenyum tanpa kata apa2

      Padam
  13. Saya pun suka kucing.. paling kesian klu yg tiba2 tak tahu dari mana datang rumah minta makanan.. lepas tu terus bermastautin pulak hehee.. Betul tuan MKL cakap tu... kucing binatang kesayangan nabi.. :)

    BalasPadam
  14. Kita pon suka kucing tapi takleh la nak bela kat rumah sebab kita suka jalan2 ..Tak tahu nak tinggalkan kat mana la kucing tu nanti kalu nak jejalan..Satu lagi alahan ngna bulu kucing huhuhu ..Anak2 mmg suka tapi nak buat camner ..

    BalasPadam
  15. selalu bg ikan ja bg kucing mkn kt rumah

    BalasPadam
    Balasan
    1. kucing Zarul sukai kan mentah or ikan yg telah di masak..ada certain kucing tu dh x mkn ikan mentah

      Padam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.