Pokok Tanaman 1 Jan 2015

Pokok Tanaman Etuza 1 Jan 2015
Gimik Tanam Pokok Kari 1 jan 2015.
Anda ada tak tanam apa-apa?
Etuza tanam pokok kari, bunga baiduri dan bunga jenis  pakis pada 1 jan
201`5 sebagai simbol tanda kenangan bermulanya era 2015. Pokok
kari pastinya tanaman yang bakal mengingatkan Etuza detik 2015 hari ini.
Tanama pokok bunga jenis dau yang tahan lasak juga menjadi pilihan
utama Etuza pada gimik 1 Jan 2015. selain pokok bunga ati-ati.

      Sebagai tanda gimik bermulanya 2015 ada tak anda terfikir hendak membuat sesuatu yang mana akan membantu anda refresh semula detik bermulanya era layar kehidupan 2015 yang bermula seawal hari ini. Etuza hari ini tidak ke mana, sementara anak sulung Etuza Ikmal dan Azie anak ketiga serta mama pergi ke rumah kakak ipar hari ini, kerana dijemput oleh kakak ipar sempena anak gadis pertama kakak ipar bertunang hari ini. Pemuda menjadi pilihan anak gadis kakak ipar adalah dari Kampung Bayangan, Keningau. 

    Sebaik mereka pergi dengan menaiki wira arobik Etuza yang di pandu oleh Ikmal, Etuza buat hal sendiri di halaman rumah. Sementara anak-anak lain sedang menonton TV sekitar jam 9.00 pagi.Etuza ternampak benih pokok kari yang belum ditanam. Inilah kesempatan Etuza tanam pokok kari tersebut serta beberapa anak benih bunga lain ke dalam pasu.Cuaca kelihatan mendung hingga petang ini, jam dah 5.42 petang di kawasan Keningau mendung dan terasa damai dengan rasa sejuk di lembah ini. Lembah sebab depan rumah Etuza bukit ya.

    Selepas ditanam dan di letakkan ke tempat yang sesuai maka Etuza terfikir bahawa inilah pokok tanaman gimik menjelang 1 Jan 2015. Pokok kari akan Etuza jaga dan mempastikan pokok kari tanaman herba yang sangat berguna ini, sentiasa subur dan dapat dimanfaatkan daun-daun kari tersebut. Jimat dan tidak lagi membeli daun kari di Pasar Umum Keningau.Ibarat inilah pokok tanaman herba yang pertama Etuza tanam tahun 2015. Pasti akan teringat saat menanam pokok ini, seiring dengan jiwa blog Etuza ini. Macam bagus ja kan...

Nota : Tanam pokok kari gimik menjelang 1 Jan 2015 hari khamis jam 10.30 pagi di halaman rumah Etuza.Alhamdulillah.

Catat Ulasan

20 Ulasan

  1. kenapa cikgu tak follow mereka ke majlis pertunangan tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau Etuza ikut mesti jadi pertengahan antara ibubapa lelaki dan ibubapa wanita..dah dua kali pengalaman Etuza jadi penegrusilah tu namanya. Mood tak baik..apapun dah pesan tak dapat pergi.ramai adik beradik sebelah isteri pergi..saja nak rehat 1/1/2015..Alya juga meragam nangis mak di marah..lagilah Etuza rak jadi..

      Padam
  2. pokok kari mmg senang di jaga..JM yg tiggal di apartment juga tanam pokok kari..tanam dalam pasu..alhamdulillah bila nk masak kari x perlu g cari di kedai

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah rajin jua ya JM ni...bagus ..mesti dah besar pokok kari tu kan..

      Padam
    2. pokok kari tu selang 2 hari perlu siram jika tak daun jadi kering..alhamdulillah makin subur daun2 nya..mmg x de masalah..nk buat kari g petik je

      Padam
  3. daun karii....waa...best nyer...leh guna masa masak kari hihihihii

    BalasPadam
  4. bagus juga idea etuza ni...tanam pokok sebagai kenangan peristiwa...

    BalasPadam
  5. Tak terfikir nak tanam pokok walau ada ruang di belakang rumah.. cuma baru-baru ni en. suami ada tanam pokok serai dan serai wangi. Harap ianya membesar dengan baik hendakNYA.

    BalasPadam
  6. pokok/daun kari tu banyak gunanya,kan cikgu..

    BalasPadam
  7. Petik daunnya saja bila masak... Senang

    BalasPadam
  8. Bagusnya Cikgu, bertambah lagi tanaman di halaman rumah

    BalasPadam
  9. hehehhe... ekin semua pokok dah tersedia tanam cuma keje ekin ambik jah bila nak mengunakannya nanti... dulu2 masa ayah mentua ada dia suka menanam.. menantu ni pulak bab2 menanam terlebih kurang huhuhu....

    BalasPadam
  10. JM was here...lama rasa nya x singgah di blog ni..harap2 cikgu etuza x lupakan JM ye heee

    BalasPadam
  11. Bagaimana dengan tanaman cikgu Etuza tu..masih hidup subur ke..skrg dh masuk Feb..maybe dah membesar kan

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.