Pokok Tanaman 1 Jan 2015

Pokok Tanaman 1 Jan 2015

Pokok Tanaman Etuza 1 Jan 2015
Gimik Tanam Pokok Kari 1 jan 2015.
Anda ada tak tanam apa-apa?
Etuza tanam pokok kari, bunga baiduri dan bunga jenis  pakis pada 1 jan
201`5 sebagai simbol tanda kenangan bermulanya era 2015. Pokok
kari pastinya tanaman yang bakal mengingatkan Etuza detik 2015 hari ini.
Tanama pokok bunga jenis dau yang tahan lasak juga menjadi pilihan
utama Etuza pada gimik 1 Jan 2015. selain pokok bunga ati-ati.

      Sebagai tanda gimik bermulanya 2015 ada tak anda terfikir hendak membuat sesuatu yang mana akan membantu anda refresh semula detik bermulanya era layar kehidupan 2015 yang bermula seawal hari ini. Etuza hari ini tidak ke mana, sementara anak sulung Etuza Ikmal dan Azie anak ketiga serta mama pergi ke rumah kakak ipar hari ini, kerana dijemput oleh kakak ipar sempena anak gadis pertama kakak ipar bertunang hari ini. Pemuda menjadi pilihan anak gadis kakak ipar adalah dari Kampung Bayangan, Keningau. 

    Sebaik mereka pergi dengan menaiki wira arobik Etuza yang di pandu oleh Ikmal, Etuza buat hal sendiri di halaman rumah. Sementara anak-anak lain sedang menonton TV sekitar jam 9.00 pagi.Etuza ternampak benih pokok kari yang belum ditanam. Inilah kesempatan Etuza tanam pokok kari tersebut serta beberapa anak benih bunga lain ke dalam pasu.Cuaca kelihatan mendung hingga petang ini, jam dah 5.42 petang di kawasan Keningau mendung dan terasa damai dengan rasa sejuk di lembah ini. Lembah sebab depan rumah Etuza bukit ya.

    Selepas ditanam dan di letakkan ke tempat yang sesuai maka Etuza terfikir bahawa inilah pokok tanaman gimik menjelang 1 Jan 2015. Pokok kari akan Etuza jaga dan mempastikan pokok kari tanaman herba yang sangat berguna ini, sentiasa subur dan dapat dimanfaatkan daun-daun kari tersebut. Jimat dan tidak lagi membeli daun kari di Pasar Umum Keningau.Ibarat inilah pokok tanaman herba yang pertama Etuza tanam tahun 2015. Pasti akan teringat saat menanam pokok ini, seiring dengan jiwa blog Etuza ini. Macam bagus ja kan...

Nota : Tanam pokok kari gimik menjelang 1 Jan 2015 hari khamis jam 10.30 pagi di halaman rumah Etuza.Alhamdulillah.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

20 ulasan

kenapa cikgu tak follow mereka ke majlis pertunangan tu

pokok kari mmg senang di jaga..JM yg tiggal di apartment juga tanam pokok kari..tanam dalam pasu..alhamdulillah bila nk masak kari x perlu g cari di kedai

alamak sory ..ternampak..))

kalau Etuza ikut mesti jadi pertengahan antara ibubapa lelaki dan ibubapa wanita..dah dua kali pengalaman Etuza jadi penegrusilah tu namanya. Mood tak baik..apapun dah pesan tak dapat pergi.ramai adik beradik sebelah isteri pergi..saja nak rehat 1/1/2015..Alya juga meragam nangis mak di marah..lagilah Etuza rak jadi..

Wah rajin jua ya JM ni...bagus ..mesti dah besar pokok kari tu kan..

Happy New Year Sir Etuza :)

daun karii....waa...best nyer...leh guna masa masak kari hihihihii

bagus juga idea etuza ni...tanam pokok sebagai kenangan peristiwa...

Tak terfikir nak tanam pokok walau ada ruang di belakang rumah.. cuma baru-baru ni en. suami ada tanam pokok serai dan serai wangi. Harap ianya membesar dengan baik hendakNYA.

pokok/daun kari tu banyak gunanya,kan cikgu..

Petik daunnya saja bila masak... Senang

Bagusnya Cikgu, bertambah lagi tanaman di halaman rumah

hehehhe... ekin semua pokok dah tersedia tanam cuma keje ekin ambik jah bila nak mengunakannya nanti... dulu2 masa ayah mentua ada dia suka menanam.. menantu ni pulak bab2 menanam terlebih kurang huhuhu....

JM was here...lama rasa nya x singgah di blog ni..harap2 cikgu etuza x lupakan JM ye heee

Bagaimana dengan tanaman cikgu Etuza tu..masih hidup subur ke..skrg dh masuk Feb..maybe dah membesar kan

Yanty x suka bercucuk taman ke

ingat kari ingat Deanna heeee

pokok kari tu selang 2 hari perlu siram jika tak daun jadi kering..alhamdulillah makin subur daun2 nya..mmg x de masalah..nk buat kari g petik je

ohh...nk mengelat lah ni ehehe

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (443) Ceritaku (429) Agama (384) Berita (383) Dunia Blog (337) Promosi. (312) Doa (311) Info Lelaki (272) Tips Blog (269) Pengalaman (240) Anak (223) Pendidikan (212) Nasihat (209) Kasih sayang (190) Rasa Bahagia (184) Berita Keningau (179) Hadiah (155) Pelancongan (140) Alam Semulajadi (125) Gambar (122) Ekonomi (108) Sejarah (108) Segmen (106) Keluarga (96) Blog (75) Tentang lelaki (74) kesihatan (71) Isu Semasa (58) Cinta (56) Rumah tangga (53) Tumbuhan (51) Bunga (43) Resipi (41) Cari Makan (38) Motivasi (37) Budaya (34) Nilai Moral (34) Percutian (31) Award (30) Herba (29) Sahabat Blog (29) Sajak (28) Harijadi (26) Masyarakat (26) Haiwan (23) Promosi Nuffnang (23) Perkahwinan (22) Kucing (20) Rasullah SAW (20) Artis (19) Seni (19) Tips (19) Sukan (18) Sekolah (12) Iklan (10) Petua (10) Kalender (9) Majlis Kahwin (9) Bulat (8) Lanskap (8) Lirik Lagu (8) Hari Jumaat (7) Kuiz (6) Makanan (6) Politik (6) Elken (5) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Grafik (4) Anak Buah (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Takziah (2) BRIM (1) Cuaca (1) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger