Petua Khasiat Limau Kasturi

Petua Khasiat Limau Kasturi

Petua Kesihatan Hari Ini.
Rupanya Limau Kasturi Amat Berkhasiat.

Pokok Limau Kasturi yang rendang berbuah lebat

Antara Khasiat Limau Kasturi 
Dipetik dari sumber SINI harap anda klik 

Antara Petua Dan Khasiat Limau Kasturi
Yang Menjadi Pilihan Etuza.
Jemputlah Baca Bersama
Amalkan Dengan Niat
Dan wajib Baca Selawat Nabi.
Selamat Beramal Petua Kita
Hari Ini.

1. Air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda. Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.


2. Menghilangkan Bau Badan ( Sumber SINI - Klik laman ini - Petua banyak di laman ini.

Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu. Badan Ringan Dan Bertenaga Minum air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu utk meningkat tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.
3. Kulit Cerah dan Licin
Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.
4. Mengempiskan Perut
1) Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih . Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung) Jika tidak mahu bengkung, lumurkan atau sapu dekat perut sahaja, amalkan setiap malam.
2) Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Embunkan semalaman. Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil. Mengelak perut buncit Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan Sebaik-baiknya minum 1/2 jam - 3 jam kemudiannya. Petua ini dapat mengelakkan perut buncit.

5. Mengurangkan buncit - Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya. Kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.



Cara Etuza & Isteri Menggunakan Limau Kasturi.

6.  Cara amalan Etuza apabila ambil limau kasturi ialah, bersihkan kulit limau kasturi, belah dua dengan bacaan awal bismillah, perahkan air ke gelas, sebanyak 5 biji limau kasturi, letak sedikit garam halus kacau dan minum berserta selawat nabi. ( amat berkesan jika tekak atau kerongkong rasa gatal dan sakit tekak) . Cara kedua, ambil limau kasturi lima biji juga, belah dua perahkan ke dalam gelas, tambah setengah cawan air suam kuku, letak gula sedikit sahaja terus minum beserta selawat nabi. InshaAllah perut lelaki  akan mulai kempis seketika. Kena amalkan selalu sekurang2nya 2 kali seminggu. Amalkan jika anda seorang yang pentingkan kesihatan tubuh badan.
Selamat mencuba petua kesihatan berasaskan Limau Kasturi.
Limau Kasturi yang masak ranum di laman Etuza

Ini gambar limau manis rasanya boleh digunakan juga jika
tiada limau kasturi..ambil air boleh dibuat membersuhkan 
kulit anda. 

Note: Ambil limau kasturi belah dua dan hidu aroma ( wangin limau kasturi ) rasakan nikmat mendapat energi luar biasa. Seolah anda mendapat tenaga dan kesegaran nafar.InshaAllah.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

13 ulasan

khasiat limau kasturi memang telah diakui,kan
selain enak dijadikan jus...bermanafaat jugak utk kegunaan luar badan...

Mmg banyak khasiat limau kasturi ni. T kasih atas perkongsian info yg bermanfaat ini.

betul selain keharuman yang amat bagus terapi ...minda juga kasturi ni..

Wah banyak jugak la khasiat limau kasturi ni ya..Cikgu Etuza kalau kat rumah mak Lya kat kg mmg banyak betul pokok limau kasturi dan buahnya pon mmg banyak ..Kami mmg suka minum air limau kasturi ..Kalau tak minum camtu jer kami akan campurkan limau nkasturi dengan air tea o ..Mmg sedaP MINUM..

Tak dinafikan banyak khasiat limau kasturi ni. Buat air pun sedap.

Banyak sekali khasiat limau kasturi, tapi sayang...pokok limau kasturi yang ditanam baru sahaja mati tanpa diketahui puncanya... Tengah lebat berbuah pula tu... :(

memang banyak khasiat dan kegunaan buah limau kasturi ni, paling ana suka makan dengan letakkan asam boi ditengah2nya,kemudian hisap..hehe :)

Kat dapur sentiasa ada stok limau kasturi..

Kat sini boleh tahan juga mahalnya, ada ketika tu hampir RM6/kg, biasanya RM4/kg

Kalau perah ke dalam sambal belacan, fuhhhh sedapnya..

JM lebih suka minum limau suam dari limau sejuk..bila minum minuman sejuk ni ..ngilu rasa gigi..kalau dlm cuaca panas kekadang mkn jgk aiskrim :-)

ohh..patutlah perut cikgu nampak slim je rupa nya amalkan petua no 6

JM suka gosok limau purut atas kepala utk hilangkan rada gatal di kulit kepala tapi jika limau kasturi buat jus uk minum..rasa syg jika nk gosok atas kepala tu sbb limau kasturi agak mahal harganya

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (431) Ceritaku (417) Berita (380) Agama (364) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (293) Tips Blog (265) Info Lelaki (264) Pengalaman (234) Anak (210) Nasihat (205) Pendidikan (200) Rasa Bahagia (181) Kasih sayang (178) Berita Keningau (167) Hadiah (148) Pelancongan (129) Gambar (120) Alam Semulajadi (116) Ekonomi (102) Segmen (101) Sejarah (101) Keluarga (83) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (62) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (42) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (35) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Percutian (25) Masyarakat (22) Haiwan (21) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Kucing (19) Perkahwinan (19) Tips (19) Seni (18) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Majlis Kahwin (8) Lanskap (7) Lirik Lagu (7) Hari Jumaat (6) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Grafik (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Anak Buah (2) Banjir (2) Buah (2) Takziah (2) Makanan (1) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger