Persediaan Anak Lelaki Ke Asrama

Urusan Pembelian
Segala Kelengkapan Persediaan
Anak Ke Asrama SMK Agama, Keningau.

Tempat kedai kain pakaian muslim muslimah di Keningau hari ini.
MencariJubah Putih untuk pakaian kelengkapan
Ibnu Mustaqim ke SMK Agama, Keningau



Pakaian Jubah & Kurta 


     Hari ini bersama Afif dan Ibnu Mustaqim, pergi ke pekan Keningau untuk melengkapkan segala kelengkapan Ibnu Mustaqim serta Afif ke asrama pada 11hb Jan 2015 di SMK. Agama Keningau. Senarai keperluan yang diperlukan agak banyak, kerana Ibnu Mustaqim dan Afif melanjutkan pelajaran sekolah menengah di aliran agama. Pakaian Jubah Putih atau kurta adalah diperlukan. Pakaian ini merupakan pakaian Sunnah Nabi Junjungan kita Nabi Muhammad saw.

     Kalau di Keningau kedai kain yang ada menjual pakaian jenis ini, yang lebih kepada pakaian muslim muslimah adalah di kedai Perniagaan Said, Kedai Kain Kamidah dan tempat satu lagi adalah tempat ini, dalam gambar iaitu cawangan kepada Kedai Kamidah berdekatan dengan stesen Parking Bas Keningau ke Sook Nabawan. Kalau anda memerlukan pakaian muslim muslimah di sinilah tempat yang mempunyai pilihan pelbagai warna pakaian pelbagai jenis yang menarik dan cantik.

Kelengkapan Lain Persediaan Anak Lelaki Ke SMK Agama Keningau.

Set A
1. Songkok - wajib di pakai setiap hari persekolahan
2. Kopiah putih - lembut
3. Pelikat
4. Baju Melayu warna putih - Pakaian wajib bersamping
5. Kemeja 4 pasang 
6. Seluar slack hitam- untuk ke masjid
7. Track shirt 2 pasang - untuk aktiviti sukan dan riadah
8. Beg pakaian

Set B
9. Kasut hitam, stokin
10. Semua peralatan alat tulis
11. Baldi baru dan set kelengkapan mandi
12. Gambar pasport 4 keping.
13. Kunci mangga untuk locker 
14. Selipar untuk ke masjid
15. Selipar untuk ke tandas
16. Pakaian seragam sekolah serba dua 

    Seluar slack hitam dan seluar panjang sekolah semuanya sudah di ukur dan di potong jahit hari ini. Pakaian Afif serta Nick Irfan juga semuanya sudah set agar selesa di pakai. Biasanya masa sekarang seluar panjang untuk lelaki berlambak di gedung jualan kain di mana sahaja, hanya yang masalah ialah panjang lebih pada hujung seluar tersebut harus di potong dan dijahit kemas semula.

Kos Upah Potong & Jahit Hujung Seluar Lelaki Di Keningau

    Jika dahulu kos upah potong dan jahit sekitar 1990an di Keningau hanya RM 2.00 hingga RM3.00 sahaja pada seluar panjang pakaian lelaki. Tetapi kini 2015 semakin naik dengan sepasang RM 4.00 hingga RM 5.00. Rasanya kenaikan harga ini dua kali ganda di Keningau. Kebanyakan yang memberikan khidmat potong dan jahit hujung seluar panjang lelaki ini ialah mereka yang datang dari tanah seberang. Itulah antara cara mereka mencari rezeki di Keningau. Yang agak peliknya mereka tidak seragam meletakkan harga. Sebaiknya jika dapat mereka dapat berbincang dan sama ratakan harga agar adil kepada pelanggan yang datang meminta perkhidmatan potong dan jahit hujung seluar panjang. Diharap pada 11hb Jan ( ahad ) tiada lagi yang tercicir apabila hari pertama di hantar ke asrma bersama Afif dan seorang lagi iaitu Mohd Ilham Jaidin.
Pakaian Jubah dan Kurta ini adalah pakaian sunnah nabi junjungan,
mari kita pakai Jubah atau Kurta ..semoga kita
 tergolong umat Islam yang mengikut Sunnah Nabi Junjungan.
Kempen Beli Kurta Pakaian Sunnah Nabi Junjungan

1. Jom beli pakaian kurta atau jubah. Pakaian yang menarik perhatian ramai muslim ( lelaki )
2. Mudah di pakai, ringan dan bersih dengan haya satu warna seperti putih, kelabu dan sebagainya.
3. Kurta adalah pakaian Nabi Junjungan Nabi Muhammad saw.

Catat Ulasan

25 Ulasan

  1. Ohh . Semoga baik2 yee kedua-dua anak etuza dekat sana . shahril baru je tamat persekolahan sekolah menengah . sekarang tngah tunggu result SPM 2014. sama2 kita doakan yang terbaik buat shahril dan anak etuza di asrama nanti. Amin :) InsyaAllah. Singgah sini sambil follow sambil klik nuffnang . jom ke blog shahril pulak :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih ya Sharil..ya semoga berjaya dengan cemerlang SPM.result nanti khabarkan pada Etuza ya..Wow! no 261 tu ..terima kasih sudi follow ya...

      Padam
    2. sama2 . insyaAllah amin :) Nanti dapat result shahril bagitahu cikgu/uncle/pakcik/ yeee :)

      Padam
  2. Balasan
    1. iya ka zarul..pelajar agama kena ada kurta untuk mereka ke masjid..

      Padam
    2. Kurta tu apa ya Cikgu, jubah erkkk?

      Padam
    3. pakaian muslim seperti Jubah juga tetapi kurta tu pakaian muslim yang pendek sedikit dari jubah..jubah hingga ke buku lali kan..kurta tak gitu sampai ke lutut ja...di padankan dengan seluar slack hitam

      Padam
    4. mmg cantik kalau lelaki pakai kurta oh jubah pegi masjid....JM suka sgt lihat lelaki berpakaian begitu..pastu pakai serban..fuh..mmg segak bergaya

      Padam
  3. banyak yg nak kena disediakan utk anak2 bila masuk asrama

    BalasPadam
  4. Musim persekolahan sudah semakin hampir.. semoga dipermudahkan dan dilancarkan segalanya... aamiin.

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah....nampak anak Etuza pun riang dan bersemangat. Anak saya tidak mendapat tempat di mana2. Sekolah harian biasa pun boleh aja kalau nak cemerlang kan cikgu?

    BalasPadam
  6. Tahniah buat anak Cikgu.... Dia pun nak masuk asrama yer cikgu.... Masuk asrama ni mmg cost dia lebih sikitlah kan cikgu...Tak pe yg penting mereka jadi anak yg berilmu dan berakhlak...Duit boleh carikan cikgu

    BalasPadam
    Balasan
    1. inshaAllah Nom..moga semua genarasi kita berilmu dan jadi anak yang hormat ibubapa dan hormat orang lain...

      Padam
  7. Sebenarnya bajet anak dok asrama & rumah tak sama, biasanya kalu asrama, terlebih bajet, maklumlah semua keperluan perlu lengkap, makanan ringan perlu sentiasa ada, itu belum dikira dengan penggantian kain baju yang hilang dijemuran, itu pengalaman kami hntar anak ke asrama..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu UMi..semua yang Etuza list kan tu ada dalam senarai..apapun ada juga yang dah awal2 beli....harap tak terjadi pada ibnu hal kecurian ni amin.

      Padam
    2. Sebenarnya mereka tak niat nak curi, mungkin terambil kot, kalau idokpun kecuaian diri sendiri, letak barang merata2.

      (Positifkan minda, mungkin ada sebab musababnya & kita doakan kejayaan buat mereka semua)

      Padam
    3. amalan yang terbaik begitulah UMI..bagus sekali cara UMI dan kelaurga berfikir..Ustaz Kazem kata umat Allah yang terbaik ialah mereka yan g selalu positif..besar kesan baik dalam kehidupan mereka..terima kasih ..

      Padam
  8. Rasanya sekolah agama lagi banyak keperluan berbanding dengan sekolah biasa.. betul tak Cikgu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang banyak beza umi.jauh sekali keperluannya..sekolah biasa tak payah pun jubah atau kurta..ni. Songkok boleh tak pakai., segala kelengkapan dah semua ada...

      Cadar sarung bantal, samping sekolah agama yang sediakan..

      Padam
  9. kalau cikgu comapre harga potong hujung seluar pada tahu 90-an dan zam era millenium sekrang mmg lah jauh bezannya..semua harga barang dha naik sp harga perkhidmatan juga naik...di parkson tempat tingal JM ni..beli seluar, minta dorang potong kaki keluar yg panjang tu x perlu bayar...FREE

    BalasPadam
  10. alhamdulillah bila semua kelengkapan dan keperluan dh ready baru lah senang hati kan..so kepada Ibnu mustaqim belajar rajin-rajin dan ingat jasa ibu dan ayah serta jadi anak yg soleh ye Aminnn

    BalasPadam
  11. rutin harian JM juga berubah tahun ni kerana adik bongsu datang tinggal bersama JM so menjadi satu tanggungjawab sbg penjaga untuk menguruskan hal sekolah beliau, selaur baju dan pakaian sekolah juga sudah ready. So lepas ni hari2 perlu pegi hantar dan jemput balik di sekolah huhuhhu...rutin harian sudah berubah. Rasa x sanggup je nak 'kawin' kerana rutin harian PASTI akan berubah

    BalasPadam
  12. Jika ckp pasal jubah ni...JM juga suka pakai jubah ke pejabat kerana senang, sarung sahaja...selesa...rasanya JM byk jubah bebanding baju kurung :-)

    BalasPadam
  13. Ehh..cikgu beli tak jubah or kurta utk cikgu...buat pakai pegi ke masjid... :-)

    BalasPadam
  14. Ibnu Mustaqim dapat balik tak minggu ni? Anak dara kami balik, rakannya ikut sekali balik ke rumah sebab famili tak dapat jemput.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.