Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Keningau 2015

Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Keningau 2015

Perarakan Maulidur Rasul Peringkat 
Daerah Keningau 2015
17 Hb Jan 2015 ( Sabtu )

Banner  atau spandok mengikut kontegen masing-masing sempena
perarakan Maulidur rasul 2015 peringkat Daerah Keningau

Lintas langsung Perarakan Sempena Maulidur Rasul 2015 Peringkat Daerah Keningau, Sabah.
     
   Hari ini, Etuza sempat menghadiri dan menyaksikan acara gemilang Perarakan Maulidur Rasul pada 17hb Jan 2015 bersamaan hari sabtu yang bermula di Padang Kampung Masjid Keningau. Perarakan bermula pada jam 8.00 pagi sebaik sahaja pernilaian dan pemeriksaan pertandingan spandok mengikut Jabatan Kerajaan dan peringkat kampung di serata di Daerah Keningau.

  Dalam penerangan pengerusi pemudah cara, perarakan akan dilakukan menerusi jalan menuju ke Jalan Taman Adika, belok ke Jalan Masak, Keningau dan seterusnya menuju ke Round About berhadapan dengan Hotel Kristal Keningau dan akhirnya belok ke Jalan Round About berhadapan Balai Polis Keningau dan pusing ke kiri jalan lurus menuju ke Dewan Masyarakat Keningau. Etuza mengagak lebih kurang 2 KM setengah jauh perarakan dilakukan.

    Sampai sahaj di perkarangan Kompleks Padang Keningau, terdapat banyak conopy dan kelihatan atas meja terdapat banyak juadah. Etuza pasti juadah dalam bentuk tapau itu adalah makanan percuma, lalu Etuza mengambil satu bahagian dan berlalu pergi menemui Ibnu Mustaqim. Etuza ambil kesempatan membawa Ibnu Mustaqim balik ke rumah dan akan Etuza hantar ke asrama pada jam 4.00 petang hari ini.

Fadilat Majlis Perarakan Maulidur Rasul.

* Dapat bertahmid melafazkan puji-pujian ke atas Nabi Junjungan kita.
* Mengimarahkan kelahiran rasul kita dengan penuh rendah diri kepada Allah.
* Melafazkan zikir puji-pujian kepada Allah ( Subahanallah, alhamdulillah, Allah hu Akbar)
* Mengeratkan ikatan persaudaran sesama saudara Islam.Bergembira dan berbahagia menyambut hari istemewa Nabi Junjungan. 
* Pengisian hujung minggu yang amat bermakna dalam hidup kita. Sekali setahun bukan memudaratkan pun, malah kita medapat redha Allah.
* Mengukuhkan persahabatan. Kerana dalam majlis ini ada Etuza menemui kawan semasa Etuza kursus di Maktab Perguruan Keningau, iaitu Kamil Salleh, yang memang jarang sekali bertemu walau kami satu daerah. Alhamdulillah.


Tema Maulidur Rasul 2015 ialah : "Perpaduan Nadi Transformasi Negara"

Untuk tatapan anda semua, Etuza abadikan beberapa gambar persediaan perarakan maulidur rasul pada hari ini di Keningau, Sabah.
Pelajar  lelaki dari SMK Agama, Keningau turut berarak. 
Gambar atas team Afif dan kawan-kawan sekelas Afif
Gambar bawah team Azim dan Ibnu Mustaqim pelajar 

tingkatan 1& 2 SMK. Agama Keningau, Sabah
Pelajar SMK Agama Keningau memenuhi ruang tepi 
padang Kampung Masjidsedang bersedia untuk
ke tapak permulaan perarakan .

Team pasukan keselamatan dan pasukan dari beberapa
 kampung membawa spanduk yang dipertandingkan hari ini..
Sedang menunggu rombongan dari pelbagai kampung ..sempena
perarakan maulidur rasul 2015 di Keningau.
Abadikan kenangan selepas perarakan di hadapan
 Dewan Masyarakat Keningau.Alhamdulillah dapat makanan
 percuma selepas perarakan..ramai yang sponser
menyediakan juadah ..Syukran ya Allah..

Engkau mudahkan urusan kami.
Tema Maulidur Rasul 2015 ialah : "Perpaduan Nadi Transformasi Negara"

Photography : Blogger Etuza
Lokasi : Padang Kampung Masjid 
Dewan Masyarakat Keningau.
Program : Perarakan Maulidur Rasul Peringkat
Daerah Keningau, Sabah

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

13 ulasan

Macam pesta besar sambutan Maulidur Rasul di sini yer... kalau di tempat saya dah tak ada lagi perarakan macam ni... masing2 dah tua... cuma berselawat di masjid saja dan kenduri makan2...

seronok dpt berarak...zaman sekolah dulu ja pernah

Rasanya kat sini biasa2 jer, paling tidak ada Penceramah jemputan di masjid sempena Maulidur Rasul..

Terkenang masa sekolah rendah dulu, memang meriah dan disusuli jamuan makan..

setiap kali dgr selawat kepada rasul mst sebak rasa.. smp boleh menangis tnpa sedar... betapa kita sangt jauh dari rasulullah kan...

Norsalihah

Alhamdulillah masih ramai anak2 yang mahu join perarakan maulidur rasul ni...teringat zaman sekolah, berarak keliling kampung....

Meriah... syukur alhamdulillah.. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Baginda Rasulullah saw... :)

ofis setiap tahu buat perarakan sambutan maulidur Rasul ni tetapi sentiasa tidak terpilih..kalau di minta beri nama utk join ofcoz JM org pertama :-)

meriah apabila dapat sambutan dari org ramai dan penglibatan dari pelbagai kampung dan budak-budak sekolah kan

harapan JM biarlah peringatan ke atas peristiwa kelahiran Nabi di ingatkan sepanjang masa bukan semasa sambutan maulidur rasul sahaja...sentiasa berselawat ke atas nabi muhamad s.a.w agar kita akan mendapat syafaat daripada beliau di akhirat nanti

Tahun ni tempat CP tak anjur perarakan Maulidurrasul. Tahun lepas CP join gak perarakan peringkat daerah dan negeri

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar..Hari ni Akif pon ada perarakan bermula kat masjid dan akan berakhir di sekolah..

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (446) Ceritaku (431) Agama (384) Berita (384) Dunia Blog (339) Doa (313) Promosi. (313) Info Lelaki (272) Tips Blog (271) Pengalaman (240) Anak (226) Pendidikan (215) Nasihat (210) Kasih sayang (190) Rasa Bahagia (186) Berita Keningau (180) Hadiah (156) Pelancongan (140) Alam Semulajadi (125) Gambar (122) Sejarah (109) Ekonomi (108) Segmen (106) Keluarga (96) Blog (77) Tentang lelaki (74) kesihatan (71) Isu Semasa (58) Cinta (56) Rumah tangga (53) Tumbuhan (51) Bunga (43) Resipi (41) Cari Makan (38) Motivasi (37) Budaya (34) Nilai Moral (34) Award (31) Percutian (31) Herba (29) Sahabat Blog (29) Sajak (28) Harijadi (26) Masyarakat (26) Haiwan (24) Promosi Nuffnang (23) Perkahwinan (22) Kucing (21) Artis (20) Rasullah SAW (20) Seni (19) Tips (19) Sukan (18) Sekolah (14) Iklan (10) Petua (10) Kalender (9) Majlis Kahwin (9) Bulat (8) Lanskap (8) Lirik Lagu (8) Hari Jumaat (7) Kuiz (6) Makanan (6) Politik (6) Elken (5) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Grafik (4) Anak Buah (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Takziah (2) BRIM (1) Cuaca (1) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger