Moment Family Etuza Di Puncak Kayangan Lahad Datu Part 2

Moment Family Etuza Di Puncak Kayangan 
Lahad Datu Sabah Part 2

Gambar Berbicara..


Moment Azie dan Ibu dia...happy sekali mereka


Ini ruang legar bawah puncak Menara Kayangan di ketingggian pertama
Selepas ruang legar ini..kita akan masuk pintu pada pondok kecil dan
memulakan jungle trecking naik ke atas Menara Tertinggi lalu anda
akan lihat  VIEW lautan biru.Sebab itu puncak ini di gelar
Menara Kayangan di Lahad Datu.Bagikan satu taman
syurga kala melihat  laut biru yang kelihatan amat damai.
Ini bahagian puncak tahap 2..kalau masuk pada pintu di
pondokkita akan naik tangga hingga ke Puncak Tertinggi..
Dan ada juga ruang menuju ke hutang..
tapi masa ini Etuza tak ke sana..

      Menara Kayangan di Lahad Datu, satu tempat pelancongan yang sangat menarik perhatian para pelancong baik dalam negeri atau dari luar negara. Pada masa Etuza dan family ke sini ..kelihatan ramai pelancong lain dari pelusuk Sabah datang ke tempat menarik dan indah ini.Menurut Ameng suami kepada sepupu Etuza, menyatakan bahawa tempat ini sedang di komersilkan sebagai pusat pelancongan yang terbaik di Lahad Datu.

     Masa Etuza melawat ke Menara Kayangan ini, kelihatan warung atau gerai kecil tempat menjual minuman dan makanan sedang di bina dan ada beberapa peniaga tepi jalan yang mulai menjual makanan dan minuman. Bermakna kepada anda yang datang travel ke Sabah khasnya di Lahad Datu, Sabah dan berniat hendak ke Menara Kayangan Lahad Datu di kawasan SILAM Lahad Datu, tidaklah risau hal minuman anda kerana ada gerai-gerai yang kelihatan ala-ala tradisional menjual jualan makanan dan minuman. Memang terbaik jika anda dapat melawat ke kawasan indah ini jika ke Sabah.

    Etuza ketika datang ke Lahad Datu, Sabah ini menginap di rumah saudara di Kampung Binuang, sebuah perkampungan yang agak jauh dari Bandar Lahad Datu. Lahad Datu ini lah suatu masa dahulu bergolak dengan peristiwa berdarah di TANDUO. Ingat kan.Dan Lahad Datu Sabah ini, berdekatan juga dengan KUNAK. Dan di tepi Bandar Lahad Datu terdapat laut yang luas samudera. Sumber ekonomi bagi masyarakat Lahad Datu ialah menangkap ikan, berniaga, hasil kelapa sawit dan pelbagai kegiatan lain.

Semoga informasi ini mampu menyumbang daya tarikan pelancongan ke serata Sabah khasnya di Lahad Datu. Dan ini lah bukti bahawa Etuza cinta pada Negara Tercinta Malaysia. Cuti-Cuti Malaysia......

Catat Ulasan

19 Ulasan

  1. pic2 keluarga cikgu bersantai di puncak kayangan lahad datu nampak sgt cantik...best kalau dpt berkunjung ke sini.

    BalasPadam
  2. ckgu hadiah ckgu pos dah smpai... sory lmbt bagi tahu.. sbb saya baru balik kg...thanks ya ckgu..sedap tea tu..

    BalasPadam
  3. Menariknya, bila agaknya kami dapat ke sana?

    BalasPadam
  4. Jenuh renung pic atas sekali, rupanya Azie, lain benar wajahnya, ke mata saya tak jelas sbb guna hp.. hi3

    BalasPadam
  5. seronoknya dapat berjalan2..tgk view yg mempesonakan..

    BalasPadam
  6. seronok bila dapat luangkan masa bersama keluarga

    BalasPadam
  7. Seronoknya menikmati suasana segar sekeluarga mcm tu.. pasti nyaman & menghiburkan... :)

    BalasPadam
  8. mmg cantik lah view nya . teringin juga nak jejak kaki ke lahad datu ...

    BalasPadam
  9. Menarik.. Bila nak dapat ke sana ni.. Masa Ros kecil pernah duduk kota kinabalu sekejap..(ayah Ros tentera)

    BalasPadam
  10. review yang menarik dari cikgu Etuza cumanya apakah cara terbaik bagi kami dari semenanjung untuk ke sana

    BalasPadam
  11. tempat ni sesuai tak untuk 'temba' gambar sunset

    BalasPadam
  12. ada tak tempat penginapan yg sesuai like hotel or hostel yg bolh di sewa di sekitar Lahad Datu..JM di sememanjung x dapat bayangan :-)

    BalasPadam
  13. Off topic jap, bungkusan sudahpun dikirim, moga sampai ke destinasi..

    BalasPadam
  14. Wah bagus ni ..Dapat banyak info menarik dari CIkgu Etuza..Kalau nak pergi kena banyak bertanya kat CIkgu la nanti ya..

    BalasPadam
  15. Cantik gambar yg nampak langit tu cikgu.....Amboi bukan main lagi cikgu.....berjalan sakan ye hihi

    Biasanya gerai gerai kat tempat peranginan cenggini mesti mahal yer cikgu

    BalasPadam
  16. seronok dpt berjalan2 bersama keluarga...

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.