Mesyuarat Pertama Kali 3 Dalam 1 Di Sekolah Etuza

Mesyuarat Pertama Kali 
3 Dalam 1 Di Sekolah Etuza
Sesi 2015
Pengerusi mesyuarat Staf 3 in 1 kali pertama di sekolah Etuza.
Guru Besar sekolah memberi ucapan alu-aluan..
Barisan jentera pendidikan di sekolah Etuza..kelihatan
sedang menghayati mesyuarat kali pertama 3 dalam 1 pada hari ini
Kelihatan guru baru Pn. Suzana juga turut menghayati mesyuarat..
3 dalam 1 di Bilik ICT SK. Penagatan, Keningau pada 13hb Jan 2015 
Ha Etuza juga masuk team mesyuarat..sedangkan Etuza jadi
photography..Terima Kasih kepada Ustazah Nor Suhaidah Isa
sudi klik sekeping gambar  ke arah Etuza..
Mesyuarat Kali Pertama 3 Dalam 1. Apakah Pengisian.

    Mesyuarat ini berlangsung di Bilik ICT SK. Penagatan Keningau bermula jam 1.00 petang hingga selesai. Ketika ini mesyuarat di kendalikan oleh Penolong Kanan 1 En. Marcellus Kandu, mempengerusikan mesyuarat mengenai Pentadbiran & Kurikulum Bil 1.2015. Terdapat 9 agenda yang disuarakan. Dan yang paling menarik perhatian semua guru ialah Pengurusan Piawaian Kelas, Buku Rekod Mengajar Guru dan Hal-hal lain. 

    Bidang kedua yang di mesyuaratkan ialah mesyuarat Kokurikulum Bil 1. 2015 yang dipengerusikan oleh Pn. Masrinah Mohammad selaku Penolong Kanan Kokurikulum.Meletakkan agenda 8 agenda utama. Dan mesyuarat ini lebih mengkhusus tentang bidang aktiviti murid dan guru di luar bilik darjah.

   Bidang ketiga ialah mesyuarat hal HEM Bil 1.2015 yang dipengerusikan oleh Pn. Beatrice Marcus dengan menetapkan juga sebanyak 7 agenda utama dalam panggilan mesyuarat. Mesyuarat hal HEM ini seperti yang kita maklum lebih menekankan hal disiplin murud serta aktiviti yang bakal dijalankan pada bulan Januari 2015 iaitu penetapan tarikh Program Bulan  Disiplin, 3K dan Serasi 2015.

    Etuza mengharapkan agar apa juga pengisian mesyuarat yang menjurus kepada 3 bidang utama di sekolah SK. Penagatan, Keningau akan memangkin kejayaan kemanjadian pelajar dan kecemerlangan sekolah di peringkat yang lebih memuaskan. Tindakan setiap guru atau individu serta ibubapa dan murid amat diharapkan dalam membantu kejayaan pihak sekolah mencapai visi dan misi yang telah digariskan.

Catat Ulasan

17 Ulasan

  1. SP pun malas betul kalau mesyuarat2 ni..bikin mengantuk. Kalau kena bos yang suka cakap merapu lagi, lagilah boring..

    BalasPadam
  2. selamat kembali menjalankan tugas ya cikgu..

    BalasPadam
  3. KALAU DI SEKOLAH NI SEBELUM APA2 KERJA MESTI BERMESYUARAT DULU...

    BalasPadam
  4. semoga ada semangat baru untuk mengajar.. :-))

    BalasPadam
  5. Untung Cikgu, kalu mesyuarat, tak perlu jauh2, saya pula perlu keluar daerah..

    BalasPadam
  6. Pasti banyak agenda yang dirancang untuk sepanjang 2015

    BalasPadam
  7. Wowww.. Cikgu serba boleh, pengacara program boleh, jurugambarpun boleh, macam2 lqgilah.. Tahniah..

    BalasPadam
  8. tapikan klo di ofis mmg kami mesyuarat 4 in 1 lagi..hihi

    BalasPadam
  9. Semoga cikgu Etuza dapat anugerah guru cemerlang lagi.

    BalasPadam
  10. mesyuarat jam 1 tgh? kalau JM time tu lah masa utk cari mkn...rehat tgh...kalau meeting waktu tu mata mmg terlelap

    BalasPadam
  11. meeting dalam bilik ICT..di sekolah mmg x ada bilik mesyuarat khas ke..patutlah byk komputer kat depan mata tu

    BalasPadam
  12. kemanjadian? x pernah dengar..apakah maksud di sebaliknya...pelajar manja ke :-)

    BalasPadam
  13. dulu waktu belajar mmg ada cita2 nak jai cikgu ..minat sangat tapi sudahnya xde rezeki huhhu

    BalasPadam
  14. Semoga segala yg dirancangkan berjalan lancar dan mencapai sasaran dgn sepenuh kejayaan... aamiin. Selamat bertugas buat cikgu Etuza di tahun 2015 ini.. :)

    BalasPadam
  15. Yelahkan cikgu.....sebelum masuk kerja kenalah berdiskusi dgn semua guru ye cikgu, barulah kerja dpt dilakukan dgn teratur dan tersusun

    BalasPadam
  16. Selamat bertugas untuk Cikgu Etuza..Semoga tahun ini berjalan sempurna untuk Cikgu Etuza dan sahabat2 pendidik

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.