Mesyuarat Pertama Kali
3 Dalam 1 Di Sekolah Etuza
Sesi 2015
Pengerusi mesyuarat Staf 3 in 1 kali pertama di sekolah Etuza. Guru Besar sekolah memberi ucapan alu-aluan.. |
Barisan jentera pendidikan di sekolah Etuza..kelihatan sedang menghayati mesyuarat kali pertama 3 dalam 1 pada hari ini |
Kelihatan guru baru Pn. Suzana juga turut menghayati mesyuarat.. 3 dalam 1 di Bilik ICT SK. Penagatan, Keningau pada 13hb Jan 2015 |
Ha Etuza juga masuk team mesyuarat..sedangkan Etuza jadi photography..Terima Kasih kepada Ustazah Nor Suhaidah Isa sudi klik sekeping gambar ke arah Etuza.. |
Mesyuarat Kali Pertama 3 Dalam 1. Apakah Pengisian.
Mesyuarat ini berlangsung di Bilik ICT SK. Penagatan Keningau bermula jam 1.00 petang hingga selesai. Ketika ini mesyuarat di kendalikan oleh Penolong Kanan 1 En. Marcellus Kandu, mempengerusikan mesyuarat mengenai Pentadbiran & Kurikulum Bil 1.2015. Terdapat 9 agenda yang disuarakan. Dan yang paling menarik perhatian semua guru ialah Pengurusan Piawaian Kelas, Buku Rekod Mengajar Guru dan Hal-hal lain.
Bidang kedua yang di mesyuaratkan ialah mesyuarat Kokurikulum Bil 1. 2015 yang dipengerusikan oleh Pn. Masrinah Mohammad selaku Penolong Kanan Kokurikulum.Meletakkan agenda 8 agenda utama. Dan mesyuarat ini lebih mengkhusus tentang bidang aktiviti murid dan guru di luar bilik darjah.
Bidang ketiga ialah mesyuarat hal HEM Bil 1.2015 yang dipengerusikan oleh Pn. Beatrice Marcus dengan menetapkan juga sebanyak 7 agenda utama dalam panggilan mesyuarat. Mesyuarat hal HEM ini seperti yang kita maklum lebih menekankan hal disiplin murud serta aktiviti yang bakal dijalankan pada bulan Januari 2015 iaitu penetapan tarikh Program Bulan Disiplin, 3K dan Serasi 2015.
Etuza mengharapkan agar apa juga pengisian mesyuarat yang menjurus kepada 3 bidang utama di sekolah SK. Penagatan, Keningau akan memangkin kejayaan kemanjadian pelajar dan kecemerlangan sekolah di peringkat yang lebih memuaskan. Tindakan setiap guru atau individu serta ibubapa dan murid amat diharapkan dalam membantu kejayaan pihak sekolah mencapai visi dan misi yang telah digariskan.
17 Ulasan
SP pun malas betul kalau mesyuarat2 ni..bikin mengantuk. Kalau kena bos yang suka cakap merapu lagi, lagilah boring..
BalasPadamselamat kembali menjalankan tugas ya cikgu..
BalasPadamKALAU DI SEKOLAH NI SEBELUM APA2 KERJA MESTI BERMESYUARAT DULU...
BalasPadamsemoga ada semangat baru untuk mengajar.. :-))
BalasPadamUntung Cikgu, kalu mesyuarat, tak perlu jauh2, saya pula perlu keluar daerah..
BalasPadamPasti banyak agenda yang dirancang untuk sepanjang 2015
BalasPadamWowww.. Cikgu serba boleh, pengacara program boleh, jurugambarpun boleh, macam2 lqgilah.. Tahniah..
BalasPadamtapikan klo di ofis mmg kami mesyuarat 4 in 1 lagi..hihi
BalasPadamSemoga cikgu Etuza dapat anugerah guru cemerlang lagi.
BalasPadamAamiin Dr Shikin..
Padammesyuarat jam 1 tgh? kalau JM time tu lah masa utk cari mkn...rehat tgh...kalau meeting waktu tu mata mmg terlelap
BalasPadammeeting dalam bilik ICT..di sekolah mmg x ada bilik mesyuarat khas ke..patutlah byk komputer kat depan mata tu
BalasPadamkemanjadian? x pernah dengar..apakah maksud di sebaliknya...pelajar manja ke :-)
BalasPadamdulu waktu belajar mmg ada cita2 nak jai cikgu ..minat sangat tapi sudahnya xde rezeki huhhu
BalasPadamSemoga segala yg dirancangkan berjalan lancar dan mencapai sasaran dgn sepenuh kejayaan... aamiin. Selamat bertugas buat cikgu Etuza di tahun 2015 ini.. :)
BalasPadamYelahkan cikgu.....sebelum masuk kerja kenalah berdiskusi dgn semua guru ye cikgu, barulah kerja dpt dilakukan dgn teratur dan tersusun
BalasPadamSelamat bertugas untuk Cikgu Etuza..Semoga tahun ini berjalan sempurna untuk Cikgu Etuza dan sahabat2 pendidik
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.