Kuasa 3 Kata "Usaha Percaya Yakin"

Kuasa 3 Kata "Usaha Percaya Yakin"

Usah Takut Apabila Melihat Gambar Pada Entry Etuza Ini.
Sebaliknya Anda Ambil Manfaat Pada 3 Kata Yang Amat Berguna
Jika Anda Di Luar Sana Mencari Kejayaan Perniagaan Anda.

Ada usaha yang berterusan, ada perjuangan yang tidak kenal putus asa
pasti lebih dari ini....Alhamdulillah atas rezeki ini ...Syukran.


     Off Jangan Begitu Baca Lah Dahulu Ya! Ada antara kita sebagai blogger yang memperlihatkan usaha mereka dalam memperkenalkan jenis perniagaan mereka. Dan setiap individu ada perasaan mahu berjaya dalam apa juga bidang yang mengkhusus nantinya kepada kemajuan ekonomi kewangan mereka masing-masing.Begitulah hendaknya dengan Etuza, terjebak dalam dunia perniagaan yang penuh mencabar sejak remaja lagi, waktu itu berniaga membantu ibu menjual sayur dan ikan masin di Pasar Umum Keningau.

    Berbalik kepada Etuza. Mesti kita ada sampingan walau kita bekerja. Buat secara biasa-biasa tetapi berterusan. Etuza tidak pandang negatif perniagaan MLM ( Meniaga lalut malam ) ada yang kata macam ini. Apa salah mereka berusaha hingga ke malam berniaga itu pun bersama rakan bisnes bukan dengan siapa2 juga. Sebab Etuza alaminya. Penat tu mereka ketepikan jauh-jauh.Dalam masa sama mereka tertib jika yang Muslim atau Muslimah pasti solat diutamakan. Ada semua ruang atau bilik solat di branch Elken di Kota Kinabalu. Kalau di Keningau selesaikan dahulu sekitar jam 4.00 petang hingga jam 6.00 petang Etuza selalu stand by menemani rakan bisnes hadir roadshow kecil-kecilan. Ajarkan mereka buat demo RO dan sebagainya. Dalam 5 aktiviti mesti satu atau dua sangkut membeli produk.Ada kalanya 10 aktiviti bersama prosfek 100 % membeli produk. Mereka yakin dan percaya kualiti brand Elken yang international.

    Secara ringkasnya jika anda seorang peniaga MLM atau apa sahaja kita harus ada AZAM ( kena kuat azam, buat betul-betul tidak membuang masa, buat dan buat atau bekerja dan berusaha sedaya upaya. Mesti PERCAYA ( Percaya kita tidak memperdayakan orang, kita tidak membawa kejahatan kepada orang lain, kita tidak merosakkan kebahagiaan rumahtangga orang lain. Sebaliknya kita PERCAYA kita berada di jalan yang tepat dan akan memberikan kebaikan kepada ramai orang.Lalu buat dan buat, bertindak dan bertindak). Mesti YAKIN ( Yakin lepada Allah bahawa tiap yang baik serta usaha yang ikhlas pasti Allah kabulkan doa kita,usaha kita dilihat oleh Allah. Kan kita bersungguh-sungguh, tidak membohongi orang lain baru berkat bisnes kita) Secara ringkasnya Etuza berpegang Bina Azam Berusaha Percaya Dan Yakin pasti ada rezeki luar biasa Allah berikan.Pasti berjaya dengan  usaha gigih yang dilaksanakan.
   
Tetapi kalau tiada azam, tidak percaya dan tidak yakin
kemudian tiada usaha..ha jadilah macam gambar TIDUR ni..
Segalanya tidak akan datang bergolek jika tidak diusahakan.
Sayang anda ada potensi tetapi kerana tidak percaya maka
tiada apa-apa nikmat kejayaan yang anda kecapi..

      Entry ini : Etuza kongsikan cara untuk berjaya, bukan hendak pengaruhi teman blogger untuk terjun join bisnes paling Etuza gemari di Elken.Tidak ya melainkan jika anda berminat mencari dana tambahan kewangan anda. Tiada paksaan..so relex bro relex.Teruskan bisnes anda juga.

Apa yang anda nampak itu pada nilai 4 angka income Etuza adalah realiti dan mohon tidak diangap riak ya jika Etuza katakan menerima mok cek lebih dari itu. TETAPI dah Etuza katakan bahawa tidak akan ada hasil sebegitu andai tiada jerih payah. Itu 6 bulan yang lalu. 

Percaya atau tidak sekarang dah 2015, AZAM masih kuat. Kuasa PERCAYA & YAKIN teguh di hati. Tetapi pergerakan BISNES Etuza di tahap biasa sahaja setakat ini. Yang pasti setiap bulan ada sale dan sedia membantu rakan bisnes close produk besar-besar.

( Semoga tips bisnes 3 kuasa ini memberi inspirasi kepada peniaga muda belia kita - Hanya Etuza nak pesan berniaga lah dengan jujur dan usah menipu orang lain-Itu dilarang oleh agama dan syarak. Dan selain itu cuba elakkan mengikuti skim PELABURAN  yang tidak jelas)

Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. RM 4ribu lebih tu ...terus masuk online my bank Etuza ya..tiap 28 hb setipa bulan pasti masuk dah bonus ( abu duit kita ke bank) kadang se awal 26hb tiap bula ada dah wang kat bank kita. Elken ni telus ..tak bagi boucer tetapi terus masuk bonus kita ke bank anda ada satu produk sale pun huuuu dah masuk bonus..tak percaya ke..tak apa itu hak anda.Etuza tak bohong ya ...

    BalasPadam
  2. Etuza ikhlas berkongsi sesuatu yang baik. Sampaikan berita yang baik2 sahaja..apapun dalam keadaan buruk juga tersirat perkara baik..kita kena YAKIN itu

    BalasPadam
  3. Kagum dgn orang yang gigih berniaga ni....
    Tak segan silu utk berkongsi...
    Selamat berjaya Etuza! :)

    BalasPadam
  4. Bisnes MLM tak salah sebenarnya kan Cikgu Etuza. Cuma bila menggunakan sistem piramid, itu memang satu masalah. Dan sesiapa yang rajin dan teguh hati dalam menjalankan bisnes MLM, pendapatannya memang lumayan..

    BalasPadam
  5. Semoga cikgu Etuza terus berjaya di tahun 2015 ini... aamiin.. :)

    BalasPadam
  6. Jika kita yakin boleh, insya allah dipermudahkanNya.

    BalasPadam
  7. Zumal harap zumal juga dapat berjaya dalam bisnes. Zumal akan praktikkan tips Cikgu Etuza ^-^

    BalasPadam
  8. Tak kira apa jenis kerja yang kita buat..Apa yang penting USAHA dan azam kita untuk terus berjaya..Semoga tersu maju dan berjaya untuk Cikgu Etuza..

    BalasPadam
  9. aha...betulah tekaan JM...isteri cikgu tak pakai spek sebelum ni kan tetapi dalam pic baru2 ni beliau pakai spek so nampak perbezaan di situ

    BalasPadam
  10. Azam, Percaya, Yakin dan yang paling penting USAHA...bukan sahaka dalam bab buat bisness tetapi dalam semua bidang kerjaya atau apa2 aktviti harian yg kita lakukan mesti terapkan nilai2 ini jika ingin berjaya dan terus berjaya. Sentiasa ingat kepada Allah yang satu

    BalasPadam
  11. "Off Jangan Begitu Baca Lah Dahulu Ya! " - lebih cantik jika cikgu letak "Oppsss Jangan Begitu Baca Lah Dahulu Ya! "

    ahahaha...teruk lah JM ni...asyik itu je yg beliau nk komen kan..maafkan JM, cikgu huhuh...rasa x cantik bila di baca huhhu

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.