Kualiti Baju Murah & Shoping Kami

Kualiti Baju Murah & Shoping Kami
Gambar Shoping Etuza & Mama
Hari ini shoping di Excellent Collection  di Kenigau ..
Wow dapat disconut sangat murah wooo!!
Baju Murah Pilih Yang Kualiti..

     Adakah anda dalam sesi awal tahun 2015 bersama keluarga ada membuat perancangan pelbagai perkara sebagai azam baru tahun ini. Kita harus ada perancangan agar kehidupan tahun ini terisi dengan situasi yang beri rasa anda berpuas hati pada setiap detik hidup kita. Sebagai contoh perancangan untuk berjimat cermat.ya jimatkan duit anda pada tahun ini dan lebihkan menabung menyimpan.Pada Etuza inilah caranya antara cara kalau hendak berjimat.

     Membeli baju murah, cara ini cukup berkesan untuk berjimat. Baju sekolah dan pakaian kemeja kerja memanglah kita beli yang baru dan kemas. Tetapi pakaian untuk harian di rumah atau pakaian berjalan bersiaran bagus pakai baju murah dan kualiti, sebenarnya masih releven pada zaman ini. Cuba lihat baju pilihan Etuza dalam gambar. Baju kemeja dari Jepun dan Carlifornia. Kain kualiti..warna of course ada kelihatan tak baru tetapi kain tu nampak sangat kualiti dan branded. Kebetulan Etuza penggemar pakaian kemaja lengan panjang..boleh save kan kulit dari panas mentari. Kadangkala kalau baju pendek lengan ..pandai merah kulit tangan kita. Usahakan mengatasi dengan memakai pakaian kemeja seperti dalam gambar. 

List Harga & Beza Boleh Save Wang Anda.

    Untuk kameja lengan panjang ini Etuza pilih 3 helai. RM 15.00 sehelai jumlah harga RM 45.00 di listkan lagi jadilah RM 42.00. Terima kasih pemilik kedai kain ini Excellent Collection. Baju baru biasa RM 42 tu baru sehelai kita dapat beli. Peramah pemilik kedai ini. Mesra dengan kami berdua. Etuza ni hentam saja ,..tak kenal pun awalnya senyum dan tegur.  Untuk baju anak lelaki Etuza murah sangat 3 helai RM 5.00 sehelai jadilah RM 15.00. Untuk Azie dan Alya juga tiap seorang dapat dua baju RM 5.00 sehelai. Mama beli dua helai juga katanya untuk baju di rumah 2 helai RM 10.00. Selalunya Etuza beli di mana-mana shoping center di Keningau, beli baju sehelai around RM38.00 cuba darabkan 4 helai mencecah ratus dalam kiraan RM 152.00 banyak ni.

     Pakaian terpakai yang murah dan masih kualiti ni ada cara hendak pilih dan tempat yang paling sesuai. Sebab jika anda sesuka hati sahaja hampiri tempat jual kain murah anda rugi sebenarnya. Ini cara yang paling baik amalan membeli baju terpakai cara Etuza dan mama.

1. Pergi ke kedai yang khas jual kain murah. Seperti di Excellent Collection ini semua baju murah tu di pilih baju yang terbaik dan yang terbaik sahaja dia niagakan dia dagangkan. Sementara baju murah yang dia rasakan tak lawa tak cantik dan tiada pelanggan beli dia tinggalkan. Patut lah semua baju jualan dia ni menarik sekali.

2. Pilih kedai seperti Excellent Collection kerana kedai kecil jual kain ini sudah terlebih dahulu cuci kain terpakai di dobi khas dan di sterika sekali. Baju tidak berbau dan kotor, berbanding ada baju murah ada kuaiti tapi bau busuk dan kotor dengan kesan cairan warna luntur. Walhal kalau di cuci bersih dan cantik. Berbaloi membeli baju terpakai dan murah yang sudah di cuci sedia.Puas hati kita.

3. Pilih kedai jual kain terpakai dan murah seperti di Excellent Collection kerana pelanggan tidak ramai hanya kita sahaja pasti layanan sangat istemewa antara penjual dan pembeli berlaku interaksi yang sihat. Ha kesempatan tawar menawar, kalau ada discount itu bagus sangat lah tu. 

     Inilah sahaja petua jika nak beli pakaian murah yang masih tinggi kualitinya. Amalkan dan save money anda.
Nampak kan ada lebal discount di pintu kedai
Excellent Colection ini.Balik rumah anak-anak
dapat baju dan semua suka pilihan mama dan Etuza.
Baru happy danb menang membeli.

Selamat Shoping & Beli yang diperlukan sahaja.

Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. ASSALAM...INGATKAN TADI CIKGU BUKA BISNIS BAJU PULA...TERINGIN JUGA NK MNGODER..MURAH2 N BERKUALITI PAKAIANNYA....

    BalasPadam
  2. Baju yg murah kalau tahu pilih kualitinya pasti lebih berbaloi dari sekadar harga yg mahal2 shj.. menarik.. :)

    BalasPadam
  3. Betul tu cikgu OKje pun tak kisah pakai baju murah .....janji cantik kita pandang, jimat pun jimat ye dak......satu family dapat rasa pakai baju baru hihi

    BalasPadam
  4. Suami sayapun gini juga, suka beli pakaian terpakai janji cantik pada pandangan matanya..

    BalasPadam
  5. Murah tak apa, janji berkualiti dan bajunya sedap dipakai

    BalasPadam
  6. kalau du semenanjung biasanya beli di BUNDLE kerana ia jual pakaian branded terpakai dan harganya mmg murah

    BalasPadam
  7. kalau harga t-shirt RM5 sehelai dan masih cantik serta berkualiti mmg wajib beli bukan sunat muakad dh tu hihihhi

    BalasPadam
  8. JM pun suka cari baju yang nampak cantik dan mahal sedangkan harga sebenar sgt murah. Kawan pernah tegur..eh berapa harga baju no ni nampak mahal, beli kat mana..bila cakap harga sebenar terus melopong mulut..ehh..murah nya!!!! ingatkan harga beratus tadi hihih..

    BalasPadam
  9. Wah wah wah shopping sakan tu Cikgu dan Mama ..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.