Keputusan Ujian Masa 18.27 Saat ( Larian 5 KM )

Keputusan Ujian Masa 18.27 Saat 
( Larian 5 KM )
Acara larian merentas desa hari ini sejauh  5 KM , Etuza menyertainya
dari mula hingga ke penamat.Alhamdulillah selamat sampai serta mandi peluh.
Aktiviti Mencabar Hari Ini

Hari ini, di sekolah Etuza sibuk dengan program Kokurikulum sebagaimana dalam aturcara senam arobik dan larian merentas desa sejauh 5 KM. Dalam atur cara nama Etuza di letakkan sebagai pengiring dan bukan sebagai Photography seperti tahun lalu. Etuza terfikir sejenak tugas sebagai pengiring, ada dua situasi sebagai pengiring iaitu mengiring peserta ( murid )dengan cara  berlari anak bersama semua murid tahap 1 & 2 sejauh 5 KM atau menjadi pengiring cara kedua dengan menaiki motorsikal atau menggunakan kereta dan memandu perlahan mengiringi peserta berlari.

Etuza Mengiringi Murid Dengan Cara Berlari.

Oleh kerana di lantik menjadi pengiring Etuza ambil langkah berlari bersama peserta. Lebih molek lah jika ada guru yang belari bersama. Etuza bersama Cg. Rosdi dan Cg Nasrul, tetapi nampaknya Cg Nasrul menjadi check point pula, sementara Cg. Rosdi ambil langkah mengiring murid dengan cara memakai motorsikal. Nampaknya Etuza berlari bersama murid tanpa di temani oleh guru lelaki lain.Etuza pilih untuk berlari agar keluar peluh dan otot-otot seolah di urut dan dapat uji stamina Etuza dalam  usia kini. 

Kecergasan Selepas Berlari.

Semasa berlari permulaan agak berdebar sebab Etuza tidak pernah berlari sejuah ini sejak 2014, 2013 ada berlari bersama kawan-kawan guru lelaki yang lain.Debaran terasa lagi hebat apabila anak-anak tahun 1,2,3 yang di lepaskan begitu laju dan seronok untuk berlari dan bersaing antara satu sama lain. Jika nanti Etuza peserta paling akhir alangkah malunya dengan pelajar tahun 1,2 dan 3. Etuza tenangkan hati dan terus berlari secara langkah perlahan dan sesekali berjalan ambil nafas baru.Peluh dah membasahi badan hingga baju basah.Etuza teruskan dan ternyata ada antara 8 atau 10 peserta kanak-kanak berada di hadapan Etuza dan peserta yang lain berada di belakang Etuza. Sesekali Etuza ambil langkah menegur murid yang tersasar berlari di tengah jalan raya. Mujur ada pasukan RELA datang membantu. Ternyata Etuza berjaya akhirnya dengan catatan 18.27 saat. Satu-satunya guru lelaki berlari bersama murid adalah Etuza sendiri.Alamak memang  tertinggal dengan beberapa orang murid. Selepas berlari dan sampai ke destinasi Etuza ambil berjalan jalan untuk redakan nafas yang masih kuat mengehmbus, perut rasa kecut dan agak sakit. Kaki mulai rasa ada ngilu dan jantung Etuza agak kuat berdenyut, kerana larian sejauh 5 KM yang non stop seketika.

Antara warga wanita yang berlari bersama ialah Pn. Atie, Pn. Mariah dan Pn. Jerama. Semua berjaya bagi wakil pasukan rumah yang disertai.

Dalam masa meredakan keadaan selepas berlari Etuza lihat peluh bercucuran amat banyak, basah baju.Alhamdulillah selepas peluh kering sedikit Etuza ambil masa duduk dan sambil mengucapkan syukur dalam hati kepada Allah kerana selamatkan Etuza  membuat larian yang sempurna walaupun bukan pantas berbanding murid sekolah, target menjadi pengiring juga terlaksana. Sekarang jam 8.37 minit malam, Etuza rasa memang betis dan peha agak sakit, seluruh badan seolah baru di urut. Rasa lebih ringan dan agak mudah Etuza bergerak kerana badan rasa ringan. Terasa Etuza mendapat kecergasan fizikal selepas berlari sejauh 5 KM hari ini. Kepada anda jangan takut berlari jauh kerana kita boleh atur cara larian kepada larian cara santai sahaja, tetapi janji peluh keluar.Cuba lakukan dan lakukakan secara beterusan. 
Awal pagi hari ini ikut tentaif, senam arobik dahulu
sebagai pemanasan persediaan merentas desa ..pelancaran merentas desa
di rasmikan oleh PK Kokurikulum Pn. Masrinah Mohammad.

Aliya & Seyerina juga berjaya menamtkan larian 5 KM tetapi tiada nombor
hanya 10 peserta terbaik sahaja yang di beri sijil dan di catat masa terbaik.
Inilah gambar kenangan di sekolah Etuza dalam dua acara berbeza, tetapi bertujuan membina keyakinan murid dan memberi pendidikan kesihatan fizikal kepada semua pelajar sekolah seramai 250 orang.Semoga tahun 2016 dapat melakukan lagi larian merentas desa yang amat menarik ini. Dan semoga kesihatan Etuza serta isteri dan anak-anak bertambah baik pada tahun ini ( 2015 ) serta  dapat melakukan aktiviti kehidupan dengan lebih baik dan selesa hasil dari kesihatanh yang kita usahakan serta kesihatan yang Allah anugerahkan. 


Majulah sukan untuk negara.

Catat Ulasan

49 Ulasan

  1. Bagusnya Cikgu iringi pelajar dengan larian bersama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. As'salam UMi minta maaf ya banyak typo ( ejaan salah tadi ) dah dibetulkan..kalau ada salah minta maaf ya..) ha ya Etuza berlari dengan niat nak sihat dan keluarkan peluh..ringan badan sekarang ni...banyak peluh keluar..)

      Padam
    2. ahak...sudah di betulkan kesalahan ejaan tu...tapi JM rasa ada lagi kesalahan tu tapi abaikan je :-)

      Padam
    3. Yeayyyyy JM sudah datang, komen jangan tak komen dik...

      Padam
    4. ye lah kalau x tinggalkan komen kasihan cikgu Etuza

      Padam
  2. Mana aci iringi pelajar dengan naik motor..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak apa Umi lagi pun pengiring saja ditugaskan agar murid di pantau. Ada yang jatuh, ada juga yang nak pengsan..mujur ada rela bawa terus ke sekolah...

      Padam
    2. Kat sana rasanya jalan rata tapi di sini, teruk sikit, maklumlah jalan berbukit2, memang penatlah tapi budak2, pastinya dorang enjoy..

      Padam
  3. Aliyapun berjaya tamatkan larian, tahniah, kalau saya, gamakmya pengsan, maklumlah stamina tak kuat, hi3

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya ..tapi tahun lalu 2014 ..paling last..lutut dia luka ..jatuh..tahun ini ada peningkatan..alhamdulillah

      Padam
    2. Alhamdulillah.. bagusnya Aliya..

      Padam
  4. Budak2 pasti seronokkan Cikgu, mamanya tak berlari ke? Jap saya baca lagi entri tu, mana tau terlepas pandang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha..tak lari lah dia UMi..acara 4x100 meter guru dan ibubapa tahun lalu pasukan mama juara..dapat hamper besarnya tu...))

      Padam
    2. Fuhhh dasyat, johan lagi, mungkin sebab setiap hari mama berkebun, keluarkan peluh, setakat 4x100meter, apa sangatkan..

      Tahniah buat mama & pasukan.

      Padam
    3. ahahah...kak Umi Alya baca separuh then komen...pastu baca lagi tambah lagi satu komen heee

      Padam
    4. Amboiiii dik, komen tak menoleh kiri kanan, gamaknya JM gitu kot, hi3

      Padam
  5. Cikgu, perenggan last sekali harapan Cikgu untuk tahun ini lagi @ 2016 akan datang?

    Untuk pemahaman saya, harapan untuk tahun depan (2016), betul tak ?Cikgu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul juga kan Umi sebab tahun 2015 awal tahun..ok terima kasih ya..

      Padam
  6. teringat time skolh dulu cg..hihihihi

    BalasPadam
  7. teringat zaman sekolah dulu2...berlari smbil singgah umah org kpg mkn buah rambutan..adehhh...hahahah

    BalasPadam
  8. Haruslah cikgu perlu menjadi peserta terkahir jika tidak bukan mengiring nama nya jika tinggalkan pelajar-pelajarl ain di belakang..tul tal..nanti kita tak tahu apa yg terjadi kepada mereka yg di belakang ke ada cikgu lain yg memantau dari belakang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak rasalah dik, banyak juga kesilapan ejaan pada ulasan di atas, lariiiii.......

      Terkahir
      Ain
      Tul tal
      Pelajarl

      Cukuplah, nanti JM marah pula, hu3

      Padam
  9. 18.27 SAAT? larian 5KM? ishh..ini bukan larian biasa..ini dah pecutan...jika jongging biasa pun almost 1-2 minit atau 120 saat..so kiranya stamina cikgu masih MANTOP!

    Kalau JM larian 5km rasanya 30 minit baru sampai bukan 5 saat huhhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pada akak 18 minit 27saat, betul tak Cikgu?

      Padam
    2. ok lah tu 18 minit 27 saat itu logik tapi kalau 18.27 saat itu ROBOT ke..ehh....sama ke maksud 18.27 saat dengan 18 min 27 saat...garu2 kepala sbb dah confius

      Padam
    3. semalan tanya adik bongsu tingkatan 1...

      JM : Adik Is..kalau 18.27 saat tu maksudnya apa..18 minit 27 ke atau 18.27 saat?

      Adik Is : itu maksudnya 18 min 27 saat..

      Alamak!!!! terus malu sendiri dan malu juga sama cikgu Etuza....minta maaf ye cikgu...lama x menyakat cikgu Etuza nih..rasa sunyi je kat blog nih

      Padam
  10. ehh..betul ke 5KM boleh habiskan dalam 18.27 saat

    BalasPadam
  11. JM naik kereta dari rumah ke opis pun 5 minit jarak dalam 5 km juga :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Slownya JM bawa kereta, itu baru 60KM/jam

      Padam
    2. itulah bukan kak Umi sorang yang ckp begitu...kawan2 ofis pun sama

      Padam
    3. Mungkin sebab kat sana jammed kot..

      Padam
  12. Hehhee bagus la Cikgu Etuza ni..Mengiringi pelajar sambil berlari sama2..Sekarang ni susah nak jumpa Cikgu pon tumpang lari sama..Biasa Cikgu iring niak motor huhuhu

    BalasPadam
  13. semalam pin budak sekolah kat kampung saya ada buat merentas desa lalu hadapan rumah saya

    BalasPadam
  14. Mesti budak budak seronok cikgu lari bersama-sama hehe

    BalasPadam
  15. dah lama x berjoging..nk berjoing di luar sorang2 malas..nk jogin kat dalam rumah threadmill pulak rosak huhuhhu...badan dh rasa berat je nih

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.