Keningau Kini Bertambah Maju

Kenigau kini Bertambah Maju

Ini bangunan big kedai menjual motorsikal
berjenama di Keningau.

SANG FAH MOTORCYCLE CENTER
Memang besar pusat jualan motorsikal ni Sang Fah..rupanya gedung ni menjual motor
sudah siap dan dah rasmi dikunjungi..Tapi Etuza belum pernah masuk..ambil gambar ni jalah ada
 Ini benda macam bom ja..mendongak ke langit ja kelihatan..
Ini benda ada di laluan jalan raya balik ke rumah Etuza
ada lah lebih kurang 7 KM dari rumah Etuza..
Apa benda ni pun tak sure sangat..

ELBA IMEJ 
Lawa juga tempek kat blog ni..ELBA tu lah lebal nama alat ni..
baru siap ni..rupanya alat pemecah batu...batu jadi hancur.....

       Ada dua keunikan di Keningau ketika ini. Unik kelihatannya jika anda perhatikan pada bangunan atau gedung jualan motor milik Syarikat Sang Fah, bentuk kan kelihatan KOTAK empat segi. Kelihatan unik di Keningau. Lokasi di bina tempat ni dahulu ialah bangunan PANGGUNG WAYANG   dahulu tapak ini. Puluh tahun juga panggung wayang tu kalau tak silap jadi bangkai bangunan berangka besar yang tidak ada guna. Sebab tiba-tiba panggung wayang itu akhirnya tiada pengunjung, ekoran dari adanya kemajuan pembelian television sebab itu panggung wayang di tapak itu tiada seorang pun pengunjungnya. Jadilah bangunan berhantu. Tiap kali nak ke Pejabat Pos di Keningau lalu dekat bangunan panggung wayang tu dahulu Etuza jadi takut. Ya takut kalau-kalau ada sesorang tak di kenali tarik tangan kita ke dalam panggung wayang yang ternganga tu. Gelap pula dalam panggung wayang tu bahaya lah kiranya.

   Sekarang tempat panggung wayang tu sudah dihancurkan, sebesar bangunan Sang Fah tulah bangunan panggung wayang itu dahulu. Bentuk bangunan pun sama jenis kotak empat segi. Struktur dan stabil agaknya bangunan jika ini lanskap bangunan. Besar tu Sang Fah, dari luar penuh kelihatan dengan motor bergaya. Dari luar tak ada orang tapi kat dalam jangan cakap tak ada orang ramainya membeli motor, belek belek motor..tengok - tengok motor. Rasa ada angan juga Etuza pada motor ni, tengoklah nak servery dulu lah tempat ni.

   Elba yang mencanak ke langit itu ada di tepi jalan menuju ke rumah Etuza. Memang ramai masyarakat Keningau tidak perasan ada ELBA terbesar dekat jalan menuju rumah Etuza. ELBA ni tak ngam lah tak sesuai di letakkan di tengah bandar kan. Setuju dan tahu tak apa. Alat ini pemecah batu, mesin hancurkan batu jadi halus dan jadi kerikil. Ni bisnes ni orang kaya saja mampu buat. Tapi Etuza tengok lah keadaan tanah dekat ELBA ni semakin buruk, di korek batu hingga tebang bukit. Baru nampak batu batu besar dalam tanah dalam bukit tinggi. Aduh takut juga kekuatan tanah dah tak kuat. Tak faham lah Etuza ni..tanah ni milik individu berlesen dan bergeran. Sebab rumah bos ELBA ni nunu di atas bukit dekat ELBA didirikan.

    Hai ELBA besarnya kau, kuning warna mu. Tahan ke menahan mentari setiap hari, kena hujan dan panas. Kekukuhan mu memukau pandangan sesiapa melalui tepian mu. Ok tak apa teruskan lah khidmat mu wahai ELBA kepada bos mu itu. Janji engkau tahan lasak ya. 

Note: Di Keningau memang pesat membangun. dan paling ketara pertambahan penduduk di bandar yang kelihatan melimpah dah. Ekoran dari kejadiaan perang di Tandua Lahad Datu, mulai saat itulah banjir dah Keningau dengan rakyat-rakyat barunya. Ya Allah hanya satu kami mohon berilah keselamatan kami di Keningau dan hidup kami berbagai suku kaum harmoni dan bahagia. Kerana kami semua adalah hambaMu ya Allah. Amin


Catat Ulasan

22 Ulasan

  1. p/s dah check email? mohon respon ya... tq

    BalasPadam
  2. Harap pembangunannya berterusan. Apabila membangun, maka semakin rancak ekonomi setempat akan meningkat. Perubahan untuk kebaikan dan kemajuan bersama.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah semakin maju dan membangu ..Semoga Keningau diberkati Allah dan sentiasa bersedia untuk perubahan yang leboh positif.. Tahniah ..

    BalasPadam
  4. Semoga pembangunan berterusan dan keindahan alam perlu dikekalkan

    BalasPadam
  5. bila agaknya nak sampai keningau

    BalasPadam
  6. Cikgu Etuza nak beli motor yer ^-^

    BalasPadam
  7. Tak pernah sampai ke Sabah, bila gamaknya nak bercuti ke sana?

    BalasPadam
  8. Wowwww Keningau makin pesat membangun

    BalasPadam
  9. panggung wayang di runtuhkan kerana tiada pengunjung? klau d semenanjug wlaupun d rumah dah ada tv dan siaran astro yg berpuluh channel tu panggung wayang tetap penuh

    BalasPadam
  10. gah nya kedai motor sang fah tu..nanti nk try terjah keningau :-)

    BalasPadam
  11. saya orang keningau kerja di KL,sebenarnya dari kawan saya yg berkerja dgn kerajaan di kota kinabalu , telah memberitahu bahawa ada 4 projek mega yg akan di buat di keningau iaitu pembinaan bangunan tinggi ,lebih tinggi dari hotel juta,dataran keningau dan lapangan terbang keningau, banyak lagi sebenarnya yg tidak dpt saya beritahu,tapi KENINGAU akn di transform menjadi bandar moden & maju.....GO KENINGAU.

    BalasPadam
  12. Maju terus keningau👍👍👍

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.