Kesibukan Di Bulan Januari Setiap Tahun
Biar apapun kesibukan kita pada setiap hari.usah kita lupa hal bersolat apabila tiba waktunya... |
Bulan Januari 2015 sudah lima hari ke hari ini menjelang dalam layar kehidupan kita di 2015. Baru lima hari kita berada di bulan Januari tahun ini, kita dapat rasakan kesibukan seharian hidup kita ini.
Memang sibuk nampaknya Januari ini, yang melibatkan 31 hari di Januari 2015. Kalau kita katakan memang sibuk..kita akui memang sibuk, akan tetapi kesibukan kita bukan kesibukan yang menjuruskan kehidupan kita ke arah yang tidak baik, melainkan kesibukan demi untuk menjana ke kehidupan di dunia hingga ke akhirat dengan niat lebih bahagia dan lebih gembira dan bermakna.
Kalender Januari 1 Jan - 31 Jan 2015 Klik SINI |
Sibuk Januari Yang Normal
1. Sibuk mengurus persekolahan anak-anak kembali ke sekolah.
2. Kesibukan mengurus hal makan dan minum setiap hari.
3. Kesibukan menyemak bonus di bank, bonus ASB, bonus wang simpanan di Bank. Sibuk mengurus buget Januari.
4. Kesibukan hal kekeluargaan, mengadakan doa selamat, majlis yasin dan sebagainya. Sibuk masak memasak yang seronok.
5. Sibuk mengurus pembelian pakaian dan peralatan anak-anak balik ke asrama sekolah.
6. Sibuk membuat persediaan balik ke tempat kerja setelah bercuti sebulan di desa bagi keluarga yang balik kampung di masa cuti.
7. Sibuk membuat jualan tambahan di bulan Januari agar ada dana tambahan dan simpanan masa depan.
8. Sibuk membuat pertemuan atau perjumpaan dengan teman sekolah teman di IPTA ( reunion )
9. Sibuk membeli kereta baru atau pindah ke rumah baru.
10. Sibuk update blog apabila ada kesempatan yang terluang.
Sibuk Januari Yang Diluar Jangkaan.
1. Semua 10 sibuk di atas pasti ada seiring, tetapi sibuk mengurus keperluan saudara atau ahli keluarga yang tiba-tiba sakit.
2. Kesibukan tanpa sedar menyelesaikan masalah orang lain.
3. Sibuk mengurus kerosakan kereta yang tiba-tiba rosak dan menjadikan kita bertambah sibuk.
4. Sibuk ke sana ke mari meminta bantuan tolong ( seperti meminjam wang ) hanya kerana terpaksa meminjam demi keperluan ana-anak yang hendak balik ke sekolah.Sudah tiada jalan lain pilihan.
5. Sibuk membersihkan rumah dalam dan luar secara tiba-tiba rumah di landa banjir. ( rumah harus dibersihkan )- Keadaan begini memang sibuk sangat. Bersimpati yang rumah dilanda banjir.
Sibuk Januari Yang Merugikan.
1. Sibuk menonton televisyen 24 jam.
2. Sibuk keluar rumah dari pagi dan petang tetapi tidak tahu hala tujuan.
3. Pura-pura sibuk tetapi tiada mendatangkan faedah apa-apa pada keluarga.
4. Sibuk melayan whatssap, menunggu whatssap masuk handphone tersenyum seorang sorang melihat gambar whatssap yang pelbagai.
5. Sibuk berjalan ke sana sini di bandar-bandar besar tetapi tidak tahu buat apa-apa hanya suka melepak dan berbual dengan rakan-rakan lepak yang lain.
6. Sibuk mengumpat jiran yang dekat atau umpat keji saudara sendiri.
7. Sibuk berbelog hingga lupa makan tengahari dan sebagainya.Ini mengundang penyakit gastrik.
Kita usah sibuk seperti dalam cerita SINI hingga menempah maut. Hindarilah diri dari kesibukan yang merugikan ramai orang. Pada apa juga kesibukan marilah sentiasa peka dan tahu erti keselamatan diri keluarga dan masyarakat.Amin.
Holidays and Observances: | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Add more holidays/observances: Seasons |
Hari-hari penting dalam kalender Malaysia.
Nota : Semoga kita terhindar dari melakukan kesibukan yang tidak membawa manfaat kepada diri dan keluarga. Kita teruskan hak kehidupan di tahun 2015 dan seterusnya.
30 Ulasan
Sibuk dengan Whatsapp dan Wechat betul-betul merugikan la Cikgu Etuza. Tambah lagi sibuk dengan facebook, lagilah buang masa..
BalasPadamsetuju dengan SP..blog ada bezaa dengan FB blog lebih bagus agak terkawal tak terllau open dalam dunia maya..mean Etuza kita catata ..any time kita komen atau kit review ja jika nak baca entry kawan2 blog..
PadamSaya ingat senarai no 8 tu, 'sibuk membuat pertemuan atau perjumpaan dengan teman wanita lama'...rupanya saya tersilap baca, huhuhuhu..
BalasPadamhahaha..alamak ..tak salah dah jadi teman biasa...januari ni sibuk tul JR ni baru selesai tugas..baru dapat BW
Padamnampaknya sibuk yang lebih kepada kekeluargaan. tak pe lah nanti bulan februari boleh rest pulak. hehe.
BalasPadamterima kasih korn sudi balas follow ya
PadamSama2 la ngan Lya ..Sangat2 sibuk dengan persiapan anak2 ... Hari ni baru BW sini ..Lya dan keluarga baru balik bercuti dari kampung..
BalasPadamtak sedar kan apa juga urusan siap selesai walau pun kita berblog..so bijak urus masa..terbaik blogger Lya
PadamBtul tu Cikgu Etuza...Sekarang ni anak2 punya kelengkapan sekolah dah siap sepenuhnya..Nak tunggu hari sekolah jer ni ..Umi pon sibuk sekali dengan anak2 ...Abah macam biasa la bila anak2 masuk sekolah untuk hari pertama abah diaorang akan ambik cuti..
Padamsibuk betul tu
BalasPadamalamat dah save ya zarul..
Padamjadual keje sy mmg sentiasa full bln januari hingga bulan disember huhuhuhuh
BalasPadamappaun kena rehat ya..rehat banyak2 bila ada time rehat
PadamCP pun sibuk gak bulan Januari. Sibuk jaga kaunter orang nak renew lesen perniagaan. Hari minggu pun kena bertugas.
BalasPadamooo kerja kat JPJ ke cp..tak apa jadikan kerja tu amal ya
PadamSibuk menonton tv tu...selalu jugak buat....huhu
BalasPadamkalo kat sekolah bulan 1,2,3 memang penuh dengan program,sukan..even hari minggu pun datang sek.huhu
BalasPadambetul tu Nick Nashram..
Padamjangan melalaikn diri dgn kesibukan di dunia yg sementara ini...
BalasPadamsangat setuju dengan kak Paridah
PadamX pe sibuk...sibuk utk kebaikan...
BalasPadamp/s
BalasPadamSOMETHING FOR YOU, HERE:
http://aniesandyou.blogspot.com/2015/01/perhatian-kepada-blogger2-berikut.html
apa tu Anies..nanti etuza klik ya
Padamalhamdulillah ,saya x sibuk kecuali saja sibukkan diri mengisi masa yang ada ...
BalasPadamsibuk berblog takpe kot...hehehe.
BalasPadammakan sy tak pernah lupa... ~ngeee
Asslam Bani...lama tul x update citer baru...betul2 sibuk cikgu bani sorang nih
Padamterimakasih kerana mengingatkan cikgu...supaya tak terleka...
BalasPadamthanks, zyraroxx follow sini jugekk :D
BalasPadamrasanya JM x lah sesibuk cikgu ni...JM hanya sibuk blog walking je hihihih
BalasPadambagi JM sibuk ok lagi jangan jadi penyibuk sudah hihih
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.