Januari Antara 12 Bulan paling Sibuk

Januari Antara 12 Bulan paling Sibuk

Kesibukan Di Bulan Januari Setiap Tahun

Biar apapun kesibukan kita pada setiap hari.usah kita lupa hal bersolat
apabila tiba waktunya...
    Bulan Januari 2015 sudah lima hari ke hari ini menjelang dalam layar kehidupan kita di 2015. Baru lima hari kita berada di bulan Januari tahun ini, kita dapat rasakan kesibukan seharian hidup kita ini.

    Memang sibuk nampaknya Januari ini, yang melibatkan 31 hari di Januari 2015. Kalau kita katakan memang sibuk..kita akui memang sibuk, akan tetapi kesibukan kita bukan kesibukan yang menjuruskan kehidupan kita ke arah yang tidak baik, melainkan kesibukan demi untuk menjana ke kehidupan di dunia hingga ke akhirat dengan niat lebih bahagia dan lebih gembira dan bermakna.

Kalender Januari 2015
Kalender Januari 1 Jan - 31 Jan 2015 Klik SINI
    Mari kita listkan kesibukan di bulan Januari Etuza kategorikan 3 bahagian utama, mari kita lihat:-

Sibuk Januari Yang Normal

1. Sibuk mengurus persekolahan anak-anak kembali ke sekolah.
2. Kesibukan mengurus hal makan dan minum setiap hari.
3. Kesibukan menyemak bonus di bank, bonus ASB, bonus wang simpanan di Bank. Sibuk mengurus buget Januari.
4. Kesibukan hal kekeluargaan, mengadakan doa selamat, majlis yasin dan sebagainya. Sibuk masak memasak yang seronok.
5. Sibuk mengurus pembelian pakaian dan peralatan anak-anak balik ke asrama sekolah.
6. Sibuk membuat persediaan balik ke tempat kerja setelah bercuti sebulan di desa bagi keluarga yang balik kampung di masa cuti.
7. Sibuk membuat jualan tambahan di bulan Januari agar ada dana tambahan dan simpanan masa depan.
8. Sibuk membuat pertemuan atau perjumpaan dengan teman sekolah teman di IPTA ( reunion )
9. Sibuk membeli kereta baru atau pindah ke rumah baru.
10. Sibuk update blog apabila ada kesempatan yang terluang.

Sibuk Januari Yang Diluar Jangkaan.

1. Semua 10 sibuk di atas pasti ada seiring, tetapi sibuk mengurus keperluan saudara atau ahli keluarga yang tiba-tiba sakit.
2. Kesibukan tanpa sedar menyelesaikan masalah orang lain.
3. Sibuk mengurus kerosakan kereta yang tiba-tiba rosak dan menjadikan kita bertambah sibuk.
4. Sibuk ke sana ke mari meminta bantuan tolong ( seperti meminjam wang ) hanya kerana terpaksa meminjam demi keperluan ana-anak yang hendak balik ke sekolah.Sudah tiada jalan lain pilihan.
5. Sibuk membersihkan rumah dalam dan luar secara tiba-tiba rumah di landa banjir. ( rumah harus dibersihkan )- Keadaan begini memang sibuk sangat. Bersimpati yang rumah dilanda banjir.

Sibuk Januari Yang Merugikan.

1. Sibuk menonton televisyen 24 jam.
2. Sibuk keluar rumah dari pagi dan petang tetapi tidak tahu hala tujuan.
3. Pura-pura sibuk tetapi tiada mendatangkan faedah apa-apa pada keluarga.
4. Sibuk melayan whatssap, menunggu whatssap masuk handphone tersenyum seorang sorang melihat gambar whatssap yang pelbagai.
5. Sibuk berjalan ke sana sini di bandar-bandar besar tetapi tidak tahu buat apa-apa hanya suka melepak dan berbual dengan rakan-rakan lepak yang lain.
6. Sibuk mengumpat jiran yang dekat atau  umpat keji saudara sendiri.
7. Sibuk berbelog hingga lupa makan tengahari dan sebagainya.Ini mengundang penyakit gastrik.

   Kita usah sibuk seperti dalam cerita SINI hingga menempah maut. Hindarilah diri dari kesibukan yang merugikan ramai orang. Pada apa juga kesibukan marilah sentiasa peka dan tahu erti keselamatan diri keluarga dan masyarakat.Amin.

Holidays and Observances:
1 JanNew Year's Day
3 JanThe Prophet Muhammad's Birthday
1 FebFederal Territory Day
2 Feb'Federal Territory Day' observed
3 FebThaipusam
19 FebChinese Lunar New Year's Day
20 FebSecond day of Chinese Lunar New Year
3 AprGood Friday
5 AprEaster Sunday
1 MayLabour Day
3 MayWesak Day
16 MayIsra and Mi'raj
6 JunThe Yang di-Pertuan Agong's Birthday
18 JunRamadan begins
4 JulNuzul Al-Quran
17 JulHari Raya Puasa Day 1
18 JulHari Raya Puasa Day 2
31 AugMalaysia's National Day
16 SepMalaysia Day
24 SepHari Raya Haji
25 SepHari Raya Haji holiday
14 OctMuharram/New Year
10 NovDiwali/Deepavali
24 DecThe Prophet Muhammad's Birthday
24 DecChristmas Eve
25 DecChristmas Day
31 DecNew Year's Eve
Add more holidays/observances: SeasonsSelect:
Hari-hari penting dalam kalender Malaysia.

-hijriah-malaysia/Klik SINI Untuk Infor Kalendar Bulan Islam

Kalendar Islam 2015 Atau Takwim 1436 - 1437 Hijriah Malaysia
Nota : Semoga kita terhindar dari melakukan kesibukan yang tidak membawa manfaat kepada diri dan keluarga. Kita teruskan hak kehidupan di tahun 2015 dan seterusnya.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

30 ulasan

Sibuk dengan Whatsapp dan Wechat betul-betul merugikan la Cikgu Etuza. Tambah lagi sibuk dengan facebook, lagilah buang masa..

Saya ingat senarai no 8 tu, 'sibuk membuat pertemuan atau perjumpaan dengan teman wanita lama'...rupanya saya tersilap baca, huhuhuhu..

nampaknya sibuk yang lebih kepada kekeluargaan. tak pe lah nanti bulan februari boleh rest pulak. hehe.

Sama2 la ngan Lya ..Sangat2 sibuk dengan persiapan anak2 ... Hari ni baru BW sini ..Lya dan keluarga baru balik bercuti dari kampung..

jadual keje sy mmg sentiasa full bln januari hingga bulan disember huhuhuhuh

CP pun sibuk gak bulan Januari. Sibuk jaga kaunter orang nak renew lesen perniagaan. Hari minggu pun kena bertugas.

hahaha..alamak ..tak salah dah jadi teman biasa...januari ni sibuk tul JR ni baru selesai tugas..baru dapat BW

setuju dengan SP..blog ada bezaa dengan FB blog lebih bagus agak terkawal tak terllau open dalam dunia maya..mean Etuza kita catata ..any time kita komen atau kit review ja jika nak baca entry kawan2 blog..

terima kasih korn sudi balas follow ya

tak sedar kan apa juga urusan siap selesai walau pun kita berblog..so bijak urus masa..terbaik blogger Lya

alamat dah save ya zarul..

appaun kena rehat ya..rehat banyak2 bila ada time rehat

ooo kerja kat JPJ ke cp..tak apa jadikan kerja tu amal ya

Sibuk menonton tv tu...selalu jugak buat....huhu

kalo kat sekolah bulan 1,2,3 memang penuh dengan program,sukan..even hari minggu pun datang sek.huhu

jangan melalaikn diri dgn kesibukan di dunia yg sementara ini...

X pe sibuk...sibuk utk kebaikan...

p/s

SOMETHING FOR YOU, HERE:

http://aniesandyou.blogspot.com/2015/01/perhatian-kepada-blogger2-berikut.html

betul tu Nick Nashram..

apa tu Anies..nanti etuza klik ya

alhamdulillah ,saya x sibuk kecuali saja sibukkan diri mengisi masa yang ada ...

sibuk berblog takpe kot...hehehe.
makan sy tak pernah lupa... ~ngeee

terimakasih kerana mengingatkan cikgu...supaya tak terleka...

thanks, zyraroxx follow sini jugekk :D

Btul tu Cikgu Etuza...Sekarang ni anak2 punya kelengkapan sekolah dah siap sepenuhnya..Nak tunggu hari sekolah jer ni ..Umi pon sibuk sekali dengan anak2 ...Abah macam biasa la bila anak2 masuk sekolah untuk hari pertama abah diaorang akan ambik cuti..

rasanya JM x lah sesibuk cikgu ni...JM hanya sibuk blog walking je hihihih

sangat setuju dengan kak Paridah

bagi JM sibuk ok lagi jangan jadi penyibuk sudah hihih

Asslam Bani...lama tul x update citer baru...betul2 sibuk cikgu bani sorang nih

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (431) Ceritaku (417) Berita (380) Agama (364) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (293) Tips Blog (265) Info Lelaki (264) Pengalaman (234) Anak (210) Nasihat (205) Pendidikan (200) Rasa Bahagia (181) Kasih sayang (178) Berita Keningau (167) Hadiah (148) Pelancongan (129) Gambar (120) Alam Semulajadi (116) Ekonomi (102) Segmen (101) Sejarah (101) Keluarga (83) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (62) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (42) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (35) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Percutian (25) Masyarakat (22) Haiwan (21) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Kucing (19) Perkahwinan (19) Tips (19) Seni (18) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Majlis Kahwin (8) Lanskap (7) Lirik Lagu (7) Hari Jumaat (6) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Grafik (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Anak Buah (2) Banjir (2) Buah (2) Takziah (2) Makanan (1) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger