Ingin Menjadi Blogger Terkenal

Ingin Menjadi Blogger Terkenal!

      Seseorang insan blogger pasti ada terfikir untuk satu jangka masa panjang bagaimana cara hendak di kenali ramai dan menjadi sesorang yang sangat di ingati oleh ramai masyarakat Malaysia apabila Seo Blog miliknya menjadi sangat terkenal. Pasti pemilik blog yang tersohor itu akan merasa satu kenikmatan hidup, keseronokan hidup yang sangat luar biasa serta cukup mengundang perasaan bangga pada diri serta amat bersyukur dengan kurniaan dari Ilahi atas kejayaan diri dalam mengurus sebuah blog maya.

       Ada terdapat ramai blogger yang kelihatan amat berusaha dalam menaikkan laman blog milik mereka agar menjadi terkenal di antara yang terkenal. Dan tidak terkecuali Etuza juga sebenarnya mengimpikan agar blog ini menjadi terkenal dan kegemaran ramai pembaca maya.  Terfikir oleh Etuza untuk menjadikan blog kita terkenal nampaknya kena melalui berbagai cabaran dan halangan serta ujian yang membuatkan kita berada dalam dua persimpangan iaitu teguh berblog atau kecundang mengatasi cabaran hingga akhirnya berhenti berblog seketika. Dapat kita gariskan beberapa aspek melonjakkan blog kita menjadi terkenal.

1. Sentiasa Updated Blog

     Sebagai seorang blogger, blogger itu harus sentiasa mencari masa untuk updatedkan blog. Jika tidak kemungkinan paparan blog kita tidak akan muncul dalam carian google search. Dalam erti kata lain blog itu sepi dan kelihatan suram dengan seo trafik dan grafik yang sangat di dambakan oleh setiap blogger.Untuk update kan blog bukan lah perkara mudah dan bukan senang yang di fikirkan oleh kita. Tetapi adanya unsur kesukaran jika kita tidak berhati-hati atau jiwa blog ( mood ) berblog kita hilang. Dengan cara update blog, ditambah pula dengan paparan catatan yang terbaik dan isu-isu terkini maka akan cepat naik trafik pada blog tersebut. Ada banyak cara untuk mengukur sejauh mana kejayaan blog kita, di mana kita sendiri juga mampu untuk menyemak sejauh mana corak kejayaan blog tadbiran kita. Sebagai blogger usahakanlah sekerap mungkin membuat catatan di blog anda agar blog mampu bersaing sebagai blog terkenal.
Bolehkan Terkenal Dengan Blog. Ada kah yang melihat anda
blogger terkenal pada suatu masa nanti. Kalau terkenal
boleh juga tersenyum gembira...
2. Entry Yang Menarik Minat Pembaca ( Seo - Keyword )

     Faktor pengisian blog dengan paparan catatan yang menarik juga antara punca blog itu menjadi terkenal. Blogger harus kreatif dan inovatif dalam membuat catatan dan gaya persembahan menerusi wall posting blog masing-masing. Walaupun mungkin blog hanya memaparkan kisah pelancongan atau blog travel, pasti akan menjadi terkenal apabila cara penyampaian dan diikuti pula oleh gambar-gambar menarik pasti akan menjadikan blog itu terkenal. Apakah bentuk catatan yang menarik itu adalah saling berkaitan dengan tajuk ( seo ) catatan. Jika menarik tajuk maka kemungkinan ramai akan klik di blog kita, sekalipun mungkin cerita tentang gosip artis dan tampilan gambar yang menarik maka akan menjadikan blog kita digemari ramai.Oleh itu kepada blogger berusahalah menaikkan trafik blog anda dengan cara mencari idea terbaik untuk dijadikan bahan catatan di blog anda.
Blog yang menarik dan terkenal, akhirnya menjadikan blogger itu
lega dan berpuas hati kerana setapak ada kejayaan diri selama
berblog.  Kata orang berbaloi jerih payah berblogging sakan.
3. Blogger Yang Rajin & Promot Blog

      Blog sebenarnya secara sendirinya akan lebih dikenali ramai orang jika seseorang blogger itu bertindak memperkenalkan blog personalnya kepada ramai orang. Dengan cara apa sahaja, menerusi online dengan melakukan amalan yang selalu di lakukan oleh blogger lain seperti amalan blogwalking, iaitu situasi berkunjung ke blog lain dan blog lain. Untuk amalan blogwalking blog dari blog ke blog blogger harus meninggalkan jejak langkah ke blog lain seperti meninggalkan komen yang baik atau meletakkan url alamat blog atau juga menyapa blogger lain di dalam c box mesej. Dengan cara ini pemilik blog yang kita lawati akan melihat jejak kita dan akan bertindak membuat kunjungan balas ke blog kesayangan kita. Inilah cara yang berkesan jika kita mahukan nama kita sebagai blogger terkenal di Malaysia. Tetapi lebih baik dan bermaruah blogger terkenal dengan di iringi oleh paparan pengisian di blog dengan penulisan yang lebih bermanfaat.  
Blog yang terkenal pasti merasa bahagia dan gembira apabila
saban hari blog miliknya menjadi kegilaan ramai pembaca
senyap...ingin blog terkenal semua boleh dengan adanya
daya usaha.. yang berterusan.
Paparan blog lebih menarik apabila kita letakkan imej yang menarik..
mungkin berbentuk imej pentadbir atau imej pemandangan atau gambar
biasa yang di lihat memiliki pesona atau mesej yang tersirat. Gambar
abstrak dan sebagainya pasti memeriahkan laman anda.
4. Gaya Penulisan Bermutu, Berkualiti & Lebih Ilimiah

     Blog akan lebih cepat terkenal lagi jika sekiranya blogger tampilkan blog personalnya dengan gaya penulisan yang menarik dan kreatif. Selain menyertakan imej yang menarik, tetapi juga blogger berjaya menyusun kata-kata yang terbaik untuk sajian para pembaca maya. Dengan cara ini pasti blog kita akan menjadi blog kegemaran ramai orang apabila blog kita menyampaikan banyak unsur ilmu yang dapat dimanfaatkan oleh pembaca blog kita.Sebolehnya sebagai blogger elakkan dari menulis membuat sindiran dan fitnah atau penulisan yang mengandungi perkara negatif atau juga unsur-unsur lucah yang keterlaluan. Catatan menyampaikan penghinaan kepada pihak tertentu juga tidak berepa sesuai di blog kerana akan merosakkan keharmonian kehidupan masyarakat. Sebaiknya blog kita akan terkenal apabila blog kita menyalurkan catatan yang lebih ilimiah dan dapat diterima secara logik akal pembaca maya. Dengan itu tidak dinafikan bahawa gaya penulisan, kualiti dan orignal bahan sendiri oleh blogger akan menjadikan blog anda akan tampil lebih terkenal dari blog lain di alam maya.

Nota: Sebagai kesimpulan pada Etuza admin blog Pesona & Mustika, sesebuah blog dan blogger akan tampil lebih terkenal andai 4 perkara asas dalam blog dapat dilakukan dengan kerap dan bersungguh-sungguh iaitu:-
1. Sentiasalah updated blog.
2.Membuat entry / entri yang menarik perhatian pembaca.
3.Blogger rajin promot blog.
4. Membuat gaya penulisan blog bermutu, kualiti, lebih ilimiah dan orignal daripada sentuhan blogger itu sendiri, tanpa membuat peniruan yang ketara.

Bagaimanapun terdapat banyak lagi isu atau idea bagi menjurus keterkenalan sesebuah blog. Untuk kali ini hanya 4 isu utama yang etuza fikirkan paling asas dan mudah agar blog menjadi terkenal nanti. Dan apapun juga cara untuk menampakkan blog kita terkenal andai tiada blogger lain yang menyokong pasti blog kita hanya setakat terkenal biasa sahaja. Satu hal menjadikan blog kita terkenal ialah apabila ada blogger lain menyokong dan memberi jaminan bahawa blog anda sesungguhnya layak di nobatkan sebagai blog terkenal. Untuk santapan dan pencetus agar anda nampak ciri blog terkenal sila klik laman seperti pautan ini dan ini dan ini serta ini ( ciri blog terbaik yang menjadi kegemaran Etuza )

Hidup blog, jiwa kita hidup kehidupan kita lebih bermakna apabila kita melaksanakan satu tugas berblog dengan cara berhemah dan ikhlas dalam menyalur informasi di alam maya.Hendak terkenal , binalha blog anda pasti berhasil andai ada kesungguhan luar biasa.

Catat Ulasan

34 Ulasan

  1. Balasan
    1. hehehe..kedapatan lah ni kan malu.macamana lah nak terkenal gantung entry.adui...

      Padam
    2. gantung entry? mcm mana tu cikgu Etuza

      Padam
    3. Entry ni mulanya tak siap..seolah tergantung lah JM..apapun kini dan ok ..boleh lah JM baca jika sudi ya..baca tau..)

      Padam
    4. aha...entri yang ini JM suka...LENGKAP..perkongsian yang menarik boleh jd panduan kepada JM...itu pun kalau JM nk terkenal la hahaha

      Padam
  2. selamat pagi cikgu..insya ALLAH..tiada yg mustahil..

    BalasPadam
  3. insyallah semoga blog cikgu akn jd trkenallah suatu hari nnti...
    ni pon dh dikenali dh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. rasanya jika kita lebih rajin dan kuat usaha belajar dan belajar akan terkenal juga tu Zarul F

      Padam
    2. tu la.. byk bnda lagi saya perlu belajar

      Padam
  4. tips menarik boleh jadi penyuntik semangat kepada JM yang mana sekaran ini mood utk kemaskini blog semakin merudum

    BalasPadam
    Balasan
    1. Blog JM rasanya ..tampilan pelancongan ja kan..sebab itu JM kurang nak updated selalu. JM fokus kan untuk travel ja kan..itu identity blog JM..paparan yang akan datang pasti dinanti-nantikan oleh peminat blog Jm termasuk lah Etuza..

      Padam
    2. ye betul..genre blog JM adalah TRAVEL itu sbb blog name is "Jari Manis Travel List". JM x suka kongsi kisah kehidupan harian, mkn di mana, esok nk buat apa, hari ni ke mana...JM lebih minat kongsi kisah travel. Kurang update buka kerana x ada cerita nk di kongsi tetapi tiada mood utk menulis. Pengalaman trip ke Korea, Thailand, Krabi dan Ohuket masih tertangguh,,entah bila nk publish

      Padam
  5. "Walaupun mungkin blog hanya memaparkan kisah pelancongan atau blog travel, pasti akan menjadi terkenal apabila"

    ehem-ehem..merujuk kepada JM ke ahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu JM..teruskan usaha ya..Blog Jm antara yang Etuza lihat menuju ke arah kejayaan sebenarnya..teruskan usaha ya

      Padam
    2. apakah pengukur kejayaan sebuah blog pada pendapat cikgu Etuza..bagi JM alhamdulillah buat masa ni duit nuffnang pun masyuk cuma pageview je merudum kerana kurang update blog huhuh...JM perlu lepbuh rajin selepas ini

      Padam
  6. in sha Allah jika rajin berusaha dan kemaskin blog seperti Cikgu Etuza ni x mustahil suatu nanti impian menjadi blogger terkenal berjaya..sebut je Etuza semua org kenal..blogger dari Keningau SAbah like terkenalnya Ben Ashaari dan Bro HAsrul Hassan..tak gittew

    BalasPadam
    Balasan
    1. JM terlalu jauh dibandingkan dengan otai blog dua orang tu..cuma niat nak ada entry selalu tu ada lah bersaing tapi entry tak menarik pun ..pembaca lari ..ha takut juga..inilah nak cari idea dan idea nak updated blog..Etuza perluaskan skop pemikiran..hal alam, haiwan dan kemanusiaan apa juga yang baik berita yang baik kita sampaikan ke umum...tq JM ..awak baik..sangat baik..

      Padam
    2. nasihat JM kepada cikgu jika boleh kongsi sesuatu berita or story yang boleh menarik minat reader dil luar sana utk datang terjah. sesuatu yang reader ingin tahu..

      Padam
  7. tips blogging terbaik ni...nampaknya cikgu mmg rajin update blog...insyaAllah blog cikgu pasti terkenal n diminati moga terus sukses.

    BalasPadam
  8. Semoga cita-cita cikgu utk jadi blogger terkenal akan tercapai... :) T

    Setiap blogger ada matlamat dan tujuan yg berbeza, bagi saya pula...terkenal bukanlah matlamat. Suka low profile jer...

    BalasPadam
    Balasan
    1. secara langsung terkenal..bukan naka nama tapi kita melihat sendiri prestasi kita tu BM..kan blogspot sediakan grafik dan page rank kan..so tu ja cara nak ukur blog kita..tafsiran para blogger lain adalah bonus..

      Padam
  9. Salam Jumaat Cikgu Etuza. Pasti boleh menjadi blogger terkenal dengan usaha yang tidak kenal putus asa dan usaha berterusan.

    P/s: Kirim salam sama Cikgu Victor Kumin..:)

    BalasPadam
  10. assalamualikum cikgu, kaknoor doa kan semoga berjaya menjadi blogger terkenal sebaris dengan ben hehe insya allah ya

    BalasPadam
  11. Semoga cikgu berjaya menjadi blogger yang terkenal nanti :)

    BalasPadam
  12. Semoga tercapai apa yg dicitakan... semoga terus berjaya... aamiin..

    BalasPadam
  13. Bagi okje tak terkenal pun tak pelah cikgu hihi....Mcm okje, nichi blog pun cuma tulisan peribadi, kisah keluarga so tak sesuai untuk diketengahkan kpd semua orang. Satu ilmu pengajaran pun tak didalamnya. So terkenal setakat kita kita aje pun dah cukup. Mogacikgu tak boring baca blog okje ye

    BalasPadam
  14. Insya Allah.. impian Cikgu akan.menjadi kenyataan.. Aamiin..

    BalasPadam
  15. Bukankah sekarang ini Cikgu sudahpun TERKENAL?

    BalasPadam
  16. dalam bz2 kita kena pandai curi masa gak nk update blog kn.. saya masih tak mampu lagi nk buat..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.