Hebat Syoknya Di Stesen Penternakan Haiwan ( Part 2 )

Hebat Syoknya Melihat Haiwan Di Stesen 
Penternakan Haiwan Keningau.

Jemput lihat gambar berbicara.
Dapat melihat itik dan rusa yang jinak, Jinak
 seolah teringat rusa di Osaka Jepun
suatu masa lalu..jinak juga rusa seekor ni..angguk kepala juga..
minta makanan agaknya..
Burung unta pun ada, besar-besar .Tapi sangat payah
nak di ambil gambar..akhirnya main
klik saja.Kira mahu klik yang tegak kepala dan hampir
 dengan Etuza..hehe taksudi tengok lah burung unta tu
dengan Family Etuza.
       Menarik juga sebenarnya Stesen Penternakan Haiwan di Keningau ini. Kepada anda semua sebenarnya stesen ini dalam gambar hanya pada bahagian kawasan hadapan stesen ini. Belum lagi  melihat saujana tempat penternakan rusa dan lembu susu yang berada di kawasan ladang rusa dan lembu. Terdapat sebuah tasik tempat itik berenang-renang. Kelihatan itik itu semakin bertambah, uniknya anak-anak itik berennang berkelompok dan tidak terpisah. Berenang sangat dekat tanpa terlihat ruang memisahkan  anak-anak itik tersebut.
Ha tengok Alya dan Azie sedang hulur rumput pada rusa seekor ni..
Jinak  lah rusa ni..seekor ja jinak yang lain tak sudi mampir..
ok klik gambar kenangan..

    Rusa yang dipelihara kini semakin jinak dan tidak takut dengan pengunjung ke Stesen Penternakan ini. Rusa datang ke arah kita, berbanding dahulu kita yakni orang yang sangat mahu hampir dengan rusa. Tetapi rusa berlari bertempiran di kandang menyembunyikan diri padahal tiada tempat menyorok. Tetapi kali ini lawatan keluarga Etuza ke sini amat berbaloi, anak-anak dan mama dapat bergambar dekat dengan rusa peliharaan ini. Tapi kata pegawai bertugas hanya seekor yang sangat jinak hingga boleh di sentuh. Buktinya tengok Alya hulurkan rumput kepada rusa ini. Subahanallah satu keadaan yang luarbiasa di stesen ini. Etuza rasa lah kalau ada kesempatan lagi nak beli roti untuk rusa agar rusa dapat menikamti makanan yang lebih enak selain makan rumput yang sama saja. Pasti rusa lain akan jeles rusa seekor ini dapat makanan sedap suatu masa.


Wah wah ini lagi hebat kan ..anak-anak Etuza dapat naik rusa tu..
seronok betul petang ni ..melihat anak-anak happy terasa hidup jiwa Etuza
dengan cinta dan kasih sayang kepada mereka.


Etuza dan mama juga ambil kesempatan bergambar bersama 
anak-anak. Rusa tiga ekor itu di buat dari simen..
kreatif dan model ini mercu tanda Stesen Penternakan Haiwan
di Keningau, Sabah


Apa beza dua gambar ini..cuba perhatikan anak Etuza
yang di tengah tu..pasti anda menemukan beza gambar
kandid mereka ini..Lawa kan model rusa tiga ekor tu..

      Lebih kurang jam 3.30 petang kami beredar meninggalkan Stesen Penternakan Haiwan, Keningau. Destinasi seterusnya ialah di Pejabat Pos laju, tetapi hanya satu hadiah sahaja yang sempat di urus penghantaran, Nantikan entry last iaitu part 3 tentang pengalaman kami di Stesen Penternakan Haiwan, Keningau. Harap tidak boring. Terima kasih.

Catat Ulasan

17 Ulasan

  1. Ada juga daya tarikan yang berharga di stesen penternakan ini..

    BalasPadam
  2. dikenakan bayaran tak utk masuk kesitu..??

    BalasPadam
  3. Seronok sangat nmpk.mereka kat situ..dgt betul tu Etuza, kebahagiaab keluarga adalah yg paling utama

    BalasPadam
  4. Banyak juga burung unta di sana tu ye. Klu ada peluang ke Keningau mmg seronok klu dapat melawat stesen penternakan ni... T kasih atas perkongsian ini cikgu Etuza.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau nak datang..boleh ja KK..ambil udara nyaman kat menara. Tapi lebih baik datang ke lahad datu sabah.. Huuu Menara kayang kat sana nampak lautan terindah ..ada Etuza pergi sana dalam 3 HARI KAT LAHAD DATU ADA SAUDARA NIKAH .. hari tu..

      Padam
  5. Wah seronoknya Cikgu sekeluarga di Stesen Penternakan Keningau..Siap naik rusa tak bergerak lagi tuu..Alangkah seronoknyer kalau dapat tumpang pergi jugak hahaha.Akif mesti suka ni..

    BalasPadam
  6. Jawab soalan fulu... Gerakan kedua2 tangan Azie dan tangan kanan Ibnu Mystaqim..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ...) tepat ..Etuza mulanya tak nampak tapi akhirnya nampak ada beza..so biarkan gambar berbicara

      Padam
    2. Adoiiii banyaknya kesilapan ejaan, guna mobile ginilah..

      Fulu = Dulu
      Mystaqim = Mustaqim

      Padam
  7. Saya ingatkan rusa betul, besarnya.. rupa2nya tertipah tertipu gitu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. model rusa buatan manusia kompem tak kan gerak..hehehe...besar rusa tu..kan UMI ..pasti Alya kat sana gembira lihat Alya kat sini naik rusa

      Padam
  8. Burung2 unta pemalulah Cikgu, itu yang tunduk jer

    BalasPadam
    Balasan
    1. penat kami tunggu burung unta tu nak dekat ..tak juga..pasal kami tak bawa roti..next time kami akan bawa baru bole bergambar dengan B unta

      Padam
    2. Rajuklah tu tak dapat makanan

      Padam
  9. seronoknya bila lihat cikgu jalan2 bersama family..bahagia sgt!!!

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.