Fungsi Guasa Board Elken - keperluan Keluarga

Fungsi Guasa Board Elken - keperluan Keluarga

   Guasa Board Jenama Elken - Gosok dan lihat
keadaan titik-titik merah itu tanda badan 
anda bertoksik.Jika tangan di gosok tiada
kesan titik-titik merah badan anda kurang
kelestrol yang menyekat aliran darah ke seluruh
badan ..Saksikan...

Titik-titik merah atau kesan merah pada tangan yang timbul
selepas di gosok tangan menunjukkan badan kita berkelestrol

atau bertoksik.Apabila di urut dengan guasa board 
Elken darah akan lancar keadaan 
badan rasa  berat menjadi agak ringan...

( Pastikan anda tahu fungsi guasa board-Elken
 sangat perlu dalam sebuah keluarga )
   Saya mempercayai ramai dikalangan kita yang memahami konsep dan kepentingan menjaga kesihatan. Bab menjaga kebersihan diri yang guru-guru ajar di sekolah serta didikan ibubapa tentang bahaya jika tidak menjaga kesihatan sebenarnya sedari mula di dedahkan kepada sesiapa saja yang bergelar murid atau pelajar, justru tidak ada masalah tentang pengertian dan pemahaman betapa peri pentingnya menjaga kesihatan kita. Tetapi tidak dinafikan bahawa masih juga ada hambaNya yang tidak faham kepentingan menjaga kesihatan. 

    Mempersoalkan hal-hal kesihatan sebenarnya saya tidaklah arif sangat, tetapi sekadar banyakkan membaca dan mengetahui makanan kesihatan serta amalan gaya hidup sihat seketika masih hidup serta pengalaman menjadikan kita punya keyakinan bahawa tugas dan tanggungjawab menjaga kesihatan itu sememang perlu disemai ke dalam diri individu. 

     Dalam gambar inilah alat guasa board jenama Elken. Saya memilikinya sejak 2006 hingga kini. Dan inilah guasa board Elken yang menjadi TEMAN setia saya walau kemana sahaja saya pergi mesti saya bawa bersama ( di poket baju). Saya membawa guasa board Elken kemana sahaja kerana menjadi kepentingan saya semasa dalam keadaan tertentu. memang lega selepas menggunakannya.

Antara situasi saya memerlukan guasa board Elken ialah :-

1. Ketika saya memandu kereta, terutama memandu ke tempat yang jauh. Ada kala saya merasa hendak tertidur semasa memandu. saya akan berhenti ke bahu jalan raya dan mengurut di sekeliling mata saya dan kepala. Serta merta mata saya tidak akan mengantuk lagi. mata saya menjadi segar semula dan saya boleh teruskan pemanduan.

2. Ketika dalam bilik mesyuarat, kadang-kadang mesyuarat memakan masa lama, jika berekon sejuk dan ada masa saya memang mengantuk. Saya terus gunakan guasa board Elken, mengurut  ke sekeliling mata, rasa segar dan hilang rasa mengantuk.

3. Kadang-kadang pening kepala akibat / kesan aircon, maka saya akan mengurut seluruh kepala saya dengan guasa board Elken. Saya akan merasa lega dan pening kepala beransur hilang.

4. Berlaku juga keadaan tangan kebas  serta tangan agak kejang apabila kita mengangkat benda berat secara terkejut. Aliran darah akan tidak lancar maka kita rasakan tangan kita kurang berfungsi dan mengeletar. Lantas saya ambil guasa board dan urutkan ke bahagian yang kejang atau kebas. Alhamdulillah lega selepas mengguna guasa board Elken.

    Inilah antara situasi saya menggunakan guasa board Elken. Tetapi yang paling menarik ialah seisi keluarga boleh menggunakan guasa board ini. Digunakan mengurut ke seluruh badan akan melegakan sakit sendi-sendi, meransang pengaliran darah ke seluruh badan. Dan untuk pengetahuan semua guasa board Elken ini diperbuat dari tanduk kerbau, diproses nipis dan unik kelihatannya. Licin dan hitam warnanya. Sesiapa yang memiliki guasa board Elken saya ucapkan tahnia, gunakanlah agar kekal sihat dan ringan badan. Info menarik lagi harganya baru RM 53.00 termasuk kos penghantaran, jika ada yang berminat.

Selamat membaca dan semoga kekal sihat.Amalkanlah gaya hidup sihat.


Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

14 ulasan

saya tu merujuk kepada Etuza ya...

perkongsian yg menarik

perkongsian menarik. terbaik

Dah guna semalam, rupanya berkesan walaupun nampak simple jer..

Nnt cuba urut tangan, ada toksik tak?

saya ada guasa board elken tu, arwah mak punya, tapi saya tak tau sgt nak gunakan, cuma sesekali guna bila lenguh-lenguh, tq dapat sikit pencerahan. Harga dia masih sama ke dari dulu?

boleh tak kongsikan lagi macamana cara nak guna, selain dari yg ditunjuk kat atas tu

ooo ada pula guasa tu ya Nor azi..ada dah entry hal guasa tu ya..tengok kat internet pun ada..kena rajin ya..ialah rajin nak cari info..nanati akalau ada tak tahu tanya etuza lah ya

kalau ada aro guasa oil lagi cepat tu..apapun akan dapt tu suatu masa akan datang ya

cikgu Etuza belum menjawab permintaan kak Azie nih :-)

minta maaf ya saya tak on blog berbulan2 ..mohon di maafkan saya ya

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (446) Ceritaku (431) Agama (384) Berita (384) Dunia Blog (339) Doa (313) Promosi. (313) Info Lelaki (272) Tips Blog (271) Pengalaman (240) Anak (226) Pendidikan (215) Nasihat (210) Kasih sayang (190) Rasa Bahagia (186) Berita Keningau (180) Hadiah (156) Pelancongan (140) Alam Semulajadi (125) Gambar (122) Sejarah (109) Ekonomi (108) Segmen (106) Keluarga (96) Blog (77) Tentang lelaki (74) kesihatan (71) Isu Semasa (58) Cinta (56) Rumah tangga (53) Tumbuhan (51) Bunga (43) Resipi (41) Cari Makan (38) Motivasi (37) Budaya (34) Nilai Moral (34) Award (31) Percutian (31) Herba (29) Sahabat Blog (29) Sajak (28) Harijadi (26) Masyarakat (26) Haiwan (24) Promosi Nuffnang (23) Perkahwinan (22) Kucing (21) Artis (20) Rasullah SAW (20) Seni (19) Tips (19) Sukan (18) Sekolah (14) Iklan (10) Petua (10) Kalender (9) Majlis Kahwin (9) Bulat (8) Lanskap (8) Lirik Lagu (8) Hari Jumaat (7) Kuiz (6) Makanan (6) Politik (6) Elken (5) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Grafik (4) Anak Buah (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Takziah (2) BRIM (1) Cuaca (1) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger