Follower Dahulu Dan Kini

Follower Dahulu Dan Kini
Seawal Tahun 2009 Dan Kini...

Imej ruang foolowers anda kemungkinan ada profil ini. Jika ada
tahniah jika tidak jumpa usah bersedih...follow dan terusa follow...
Follow Saling Berbalas Follow

     Dahulu seawal tahun 2009, tahun pertama kali Etuza berjinak-jinak dengan blog hasil didikan asas blog oleh seorang Ustaz di sekolah Etuza iaitu Ustaz Sallehudin Rusinin. Ustaz ini lah yang mendidik mengajar Etuza membina blog yang sangat memberikan makna pada Etuza kini. 

     Pada masa itu paling menyoronokkan dalam acara berblogging masa itu ialah memasuki ruang FOLLOWERS di setiap blog ke blog. Paling menyeronokkan lagi apabila dalam sehari akan kita nampak puluhan bloggers berjaya follower blog milik kita tanpa kita minta. Tanpa kita jemput atau tanpa kita kenali blogger tersebut. Apa yang ketara ialah setiap hari ada sahaja profil baru dan imej baru yang muncul dalam ruang followers blog kita. Memang seronok apabila blog kita dalam usia yang masih baru sudah mencecah ratusan followers. Dengan kata lain bukan menjadi satu kesusahan bagi kita untuk menjadikan blog kita ramai followers. Semua blogger tanpa segan silu akan follow blog kita pada masa itu.

Follow Sekarang Kelihatannya Memilih Untuk Follow Apabila Muncul Segmen Bertujuan Meramaikan Followers Di Blog Kita.
     
      Tidak dinafikan ramai blogger yang membuat acara atau entry berkaitan dengan SEGMEN atau Give Away di blog dengan tujuan antara lain ialah meramaikan followers pada ruang followers tersebut. Blog yang rajin mengadakan segmen, mengadakan GA yang terbaik adalah bertujuan antaranya ialah untuk menambahkan followers dan pengikut blog kita pasti akan menghasilkan followers yang sangat berjaya dan terbanyak followers. Termasuklah Etuza tidak terkecuali memaparkan segmen pencarian blogger dan meramaikan followers nanti. Bagi blogger yang rajin anjurkan segmen memang kelihatan ruang Followers blog mereka akan kelihatan ribuan follower berbanding blog yang kurang mengikuti segmen.

    Perbezaannya yang ketara pada ruang follower ialah dahulu blogger pada blog tidak memilih blog untuk di follower, tidak melihat blog yang tidak terkenal serta blog yang followers ramai atau tidak, pasti blogger - blogger pada masa itu akan follower sehingga mereka berpuas hati dengan jumlah Followers yang semakin ramai. Masa itu mereka follow dan terus followers.

     Etuza terkesan untuk membuat entry hal Followers di blog kita semua kerana nampaknya folowers di blog Etuza sangat lembab kelihatannya. Dalam tiga hari blogger follow blog Etuza boleh dikira. Bukan Etuza tidak berusaha malah setiap hari berusaha, dengan sesekali menyertai segmen kemudian membuat kunjungan blog tersebut dan follower boleh di kira dengan jari sahaja.Antara usaha Etuza untuk menjadikan followers bertambah ialah dengan klik ruang follower di blog dan berjaya menjadi seorang followers blog anda. Etuza berani menyatakan bahawa kadangkala dalam segmen tersebut terdapat ratusan blogger join aktiviti segmen tersebut. Tetapi malangnya dalam ratusan blogger yang yang ada dalam segmen, hanya lebih kurang dua atau tiga yang ikhlas followers kita, walaupun 95% blog telah Etuza follow.

    Itulah beza ruang followers dahulu dan kini.Iaitu blogger akan follow semua blog yang mereka gemari tanpa syarat. Tetapi masa kini kelihatannya memilih untuk melihat kejayaan blog, memilih untuk menyertai segmen dan mengikuti segmen. Apapun masih ada budaya blogger akan follow tanpa syarat. 

   Selamat membuat blogwalking dan pastikan anda follow blog Euza. Walaupun Etuza kelihatan tidak memaksa anda tetapi amat mengharapkan agar anda SUDI dan IKHLAS follow blog Etuza .
Follow blog Etuza pasti Etuza akan follow juga
blog anda...Mari follow blog dari blog ke blog pasti
teruja melihat blog ramai Followers.

Catat Ulasan

35 Ulasan

  1. kak jadi follower kerna ingin tahu n3 terbaru sesuatu blog bukan kerna mrk ramai follower n kdg follow balik...kalau x follow kak bloglist jer tnpa bersegmn.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Follower ramai seronok juga melihat blog..tapi blog Etuza yang dahulu ribuan follower ..tak ambil masa banyak tapi kini semput tengok ..angka sama.Tapi follower bukan keutamaan kita..cuma tak seronok jika follower tak berganjak..tu yang sad tu..

      Padam
  2. Balasan
    1. ...) blog on walau follower tak berapa meningkat...

      Padam
  3. Mungkin sebahagian blogger masih tidak memahami kepentingan 'follower'. Walhal sangat menguntungkan kedua-dua pihak jika mahukan google pagerank dan alexa rank menjadi lebih baik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. nah tu ilmu dari blogger SP..menyatakan antara kepentingan follower blog..

      Padam
    2. SP..JM antara salah seroang blogger yang masih tidak memahami kepentingan 'follower'. Sudilah kiranya kongsi sedikit ilmu itu :-)

      Padam
    3. JM baca ayat ini berulang-ulang kali tapi masih tidak faham apa yg cuba di sampaikan - "Perbezaannya yang ketara pada ruang follower ialah dahulu blogger pada blog tidak memilih blog untuk di follower, tidak melihat blog yang tidak terkenal serta blog yang followers ramai atau tidak, pasti blogger - blogger pada masa itu akan follower sehingga mereka berpuas hati dengan jumlah Followers yang semakin ramai. Masa itu mereka follow dan terus followers."

      adakah ini maksudnya : Perbezaan yang ketara pada ruang follower dahulu adalah blogger tidak memilih blog yang akan di follow. Mereka tidak memilih utk follow blog terkenal atau blog yang mempunyai ramai follower.

      ke JM salah faham

      Padam
    4. Ya begitulah pada pengamatan Etuza pada tahun 2009, 2010..jarang ada segmen like FB nagainya..tapi ruang follower dalam sehari ada 40 follower sekali dan klik lagi esok dah 20 follower ..kan beza tu JM. tengok hari ini ada 3 ja follower di ruang follower Etuza,..itu yang kita nampak lah sekarang ..ada segmen ada lah follower, Kes JM lain tak kisah..ada follow jm follower terus..sama juga lah dgn Etuza. yang etuza nampak dah berbulan Etuza follow blog blogger lain tak juga dia follow blog Etuza. Tapi tak ada masalah pun..Etuza ok ..terima hormat blogger yang tegas tak nak follower..kan tak ada paksaan

      Padam
  4. Follow memfollow sekarang ni mmg mcm2 hal... Paling boring bila org follow siap suruh follow me back. Bukan apa mmg prinsip saya akan follow balik.. klu follow pun saya tak kisah nak suruh org follow balik hhmmm...

    BalasPadam
    Balasan
    1. alamak ada juga kata macam tu KK, sebab Etuza memang like ruang follower ni..penyeri blog dan petunjuk bahawa blog kita tak sepi tapi ada pengikut..terserah pada diri masing2 kan..

      Padam
    2. JM sependapat dengan bro KK...ibarat follow secara x ikhlas mengharapkan balasan..cikgu Etuza jgn begitu tau :-)

      Padam
  5. JM ada soalan di sini kerana kurang faham berkenaan button follower dan kepentingan bilangan follower yang bertambah

    1. jika bilangan follower bertambah, apakah kebaikan kepada blog tersebut

    Bagi JM, bukan bilangan follower yang di kejar tetapi yang penting pertambahan bilangan reader dan komen yg di tinggalkan. Ini adalah kayu ukur blog semakin di kenali dan di sukai

    BalasPadam
    Balasan
    1. JM .follower ramai bertambah dari sehari ke sehari membuktikan blog kita di minati ramai orang, kerana pada Etuza blogger lain tak akan mudah nak follower blog kita yang mungkin kurang menarik pada mereka. Menurut Etuza lah...Ramai follower bukti blog kita semakin di minati. Pun bukan nak kejar sangat,..tak kisah pada follower pun anytime JM. Entry Etuza tu sekadar nak berblog mengupdated kan blog dengan Keyword ( Seo) hal follower.Iya sekadar idea dan catatan rumusan Etuza mengenai follower Etuza yang lembab berbanding blog first Etuza dahulu.

      Pembaca ramai di blog abstrak JM..ada yang kita tahu baca ada yang sepi dan datang lagi dan datang nak baca. Yang paling pasti ialah antara kita blogger sesama blogger..Memang pembaca ramai juga menjadi keutamaan. Nak berblog kena bercerita mungkin pada keadaan blog sendiri. Terserah pada kita JM..entry Etuza just menyentuh tentang follower antara aset penting dalam blog. Taka ada ruan g follower pada blog..Etuza terus terang ,,tak menarik..seolah tak ada orang kelihatan walhal blog tu terkenal...

      Padam
    2. ahahaah...reply komen yg paling panjang setakat ini

      Padam
  6. Sambung lagi : pada fahaman JM, bukan semua follower akan baca blog kita dorang just klik button follower then will leave begitu sahaja.

    so bagi JM bukan bilangan follower yang di kejar yang JM berkongsi sesuatu yang boleh memuaskan hati, menyenangkan hati mereka dan mereka dapat 'sesuatu' daripada entri yang di keluarkan. Jika blog kita menyajikan sesuatu yg menarik, tanpa perlu di minta, tanpa perlu di rayu mereka akan datang sendiri dek kerana 'suka' dgn blog kita itu

    Jika follower semakin bertambah itu satu BONUS. Jika mereka follow i will follow back..itu sudah tentu

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha betul lah apa JM kata tu..memnag follower ramai satu bonus terbaik pada blog.
      Memang itulah keadaannya dunia maya..mala ada follower tanpa nama, guna email ja..tak ada blog. Pada Etuza follower tetap nak kejar..sebab kita bebas sebebasnya nak follow...mereka follower balik ..ya syukur..tak follow tak apa..itu hak mereka..sama lah dengan JM ni tak kisah pun hal follower, tapi mengalu-alukan kehadiran blogger baru follower.

      Padam
    2. in sha Allah..suatu hari nanti ramai sgt follower x sempat cikgu nk layan tau hihihi

      Padam
  7. bagi JM...jika blog itu ada sesuatu yang 'menarik' di hati JM akan terus follow dan baca semua entri yg ada. Itu JM maybe tidak orang lain..so apa-apa pun cikgu jangan risau dan susah hati jika bilangan follower bertambah dalam kuantiti yan sedikit..SABAR ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang beruntung dapat teman blog dan setia membaca di blog macam JM ni,,bukan ramai tau blogger macam JM ..baca dan baca..pasti banyak ilmu JM ni hal blog..cuma JM ja yang tak nak kongsikan...di blog..sebab blog JM special tu just traveling..jika macam2 nak up ke blog JM tu..pada Etuza ..akan rosak sedikit lah identity.blog Etuza sedari mula kata orang rojak macam2 ada.Terima kasih ya JM..nilha sokongan terbaik..

      Padam
    2. byk ilmu? ahakss...JM pun masih belajar

      Padam
  8. Betul Cikgu.....kalau kita tak joi segmen mmg lembablah sampai ke sudah . Tp okje tak kisah, bukan follower yg kita cari, mereka yg setia mengomen di bloglah yg lebih utama

    BalasPadam
  9. sabarlah cikgu...kita tak boleh memaksa org utk follow blog kita walaupun kita follow mereka..terpulang la..

    BalasPadam
  10. Nak komen yg latest entri tak bolehlah cikgu....kenapa yek? Selalu gitu, tunggu ada org komen baru okje boleh komen

    BalasPadam
  11. Bab follower ni bagi saya yang berblog sekadar mengisi masa lapang & penceritaan personal, jarang ambil berat, ada penambahan @ tidak, langsung tidak berikan tekanan.

    Masa mula2 dulu kemain lagi bw dari blog ke blog tapi sekarang ini jarang2 kecuali untuk rakan2 yang setia ke sana, insya allah akan terjah kembali biarpun terlewat sikit.

    BalasPadam
  12. Mungkin buat masa ini belum terbuka hati untuk dikenali ramai, ahakkk...

    BalasPadam
  13. Bagi saya, menjadi follower biarlah lahir dari keikhlasan, kalau follower ramai tapi pengunjung statik, tiada makna juga.

    BalasPadam
  14. Pada pengamatan saya, pada laman ini, walaupun follower sedikit tapi kadar pembaca samada tinggalkan jejak @ silent reader adalah diluqr jangkaan, tahniah Cikgu, xmo stress2.. teruskan usaha, pastinya kami tetap berikan sokongan.

    BalasPadam
  15. Oh ya.. Saya ada emailkan sesuatu, mohon Cikgu buka gmail

    BalasPadam
  16. dulu zaman awal-awal berblog masa 2011 just kejar follower ja... tu dulu la.. skrg ni..dah tak kisah sangat la.. mana mtk saya follow saya follower ja. kdg2 ada blog yang saya mmg minat baca saya atau saya terbaca ka saya follow ja.. tak kisah la diorg nk follow balik ka x... tapi niat saya sekrg ni nak menambah kenalan la...

    BalasPadam
  17. Hehehe gambar Akif laaa ..Tq Cikgu selitkan gambar anak kita kat sini hahaha .. Bagi pendapat Lya la kan,kalau kita dah FOLLOW sesebuah blog kita rasa duk kat situ suka lepak kat situ suka entri kat situ suka drop komen kat situ ..Tak salah kita follow balik blog orang tu...Kekadang kalau blogger yang baru2 ni kan diaorang suka FOLLOW pastu klaau kita tak follow balik diaoarng UNFOLLOW log kita ..Bagi Lya Followers sikit pon takpe janji ada kawan yang sudi terjah dan tinggalkan komen kat entri kita ..Kalau FOLLOWERS ramai pon ribu riban semua tu tapi kat entri takde satu pon yang komen susah jugak tu...Sebab yang FOLLOW tu takkan la tak nak tinggalkan komen kat blog yang di FOLLOW ..Lya lebih suka Follow dan terjah entri serta komen pada ruangan komen entri tuan blog ..Itu lebih baik..Hubunagna silaturrahim dapat jugak kita rapatkan ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. JM setuju 100% pendapat kak Lya...kalau ada orang cakap komen kak Lya ni x boleh terima jgn gundah gulana JM akan support dari belakang..i'm with u ..gitteww

      psst : Kak Lya..thanks a lot buat kak Lya kerana tinggalkan komen di blog tite,,,tapi JM belum sempat balas kunjungan lagi..so tunggu giliran blog mu di 'serang' hihihi

      Padam
  18. Tak jumpa button follow blog etuza 😂. Mungkin sebab tgk dari hp susah sedikit

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.