Flight Ke Singgapura

Flight Ke Singgapura

Flight Ke Singgapura 
Memang hari ini nekad beli tiket penerbangan..semoga penerbangan
sampai dan selamat ke distinasi...PadaMu Allah kami mohon keselamatan.
      Hari ini pakat dengan mama pergi membeli tiket flight, mahal juga tiket apabila saat akhir baru datang ke agen tiket flight untuk tempahan tiket kapal terbang. Segera terbayang situasi proses penerbangan buat pengalaman pertama kalinya naik flight pada awal tahun 2013. Amat teruja sekali, ketika itu flight MAS ke KLIA bersama isteri dan anak sulung. 

     Kemudian pengalaman kedua dan ketiga berlaku pada tahun 2014. Pengalaman kedua naik flight, sangat mencabar apabila hanya Etuza seorang sahaja yang pergi ke Shah Alam. Tetapi mujur Etuza menemui orang Lahad Datu Sabah bernama Jusla seorang kakitangan kesalamatan ( Polis ) pergi ke Shah Alam juga dan destinasi yang sama. Syukur alhamdulillah kerana memang ditakdirkan oleh Allah Etuza akan bersama En. Jusla. Baik orangnya, sebaik tiba di lapangan terbang  ( flight AirAsia) Etuza bersama Jusla pakat sewa teksi yang sama menuju ke destinasi. Ke sebuah hotel terkemuka di Shah Alam. Dan di sana kami ditemukan dengan ramai insan yang sangat hebat, peramah dan sangat menghormati sesama rakan, tanpa pilih suku bangsa dan keturunan. Subahanallah terima kasih Allah kerana memberi nikmat itu.

    Untuk kali ini, adakah keadaan itu akan berlaku lagi. Tiket flight  sudah di tempah dah bayar pun, kawan berbaju biru hitam juga telah menempah tiket guna  AirAsia. Mula lah kami bersembang berjalan beriringan. Mujur lah dia suku kadazan dusun juga dari asal Tambunan, Sabah. Tersenyum juga Etuza sebab dia tanya banyak nama yang mungkin Etuza kenali di Tambunan, nampaknya Etuza kena mengaku memang sah Etuza tidak kenal nama yang di sebut oleh dia ini. Untuk naik Flight, kita harus dan WAJIB berdoa dan berdoa. Yakin Allah ada untuk melindungi kita. InshaAllah akan selamat ke distinasi kita. Waduh! flight ke Singapura. Adakah ini yang benar-benar Etuza dengar bahawa tiket di beli itu Flight ke Singgapura. Betul sah flight ke Singapura. Kepada teman blogger dan teman maya Etuza..mohon doa ya semoga Flight ke Singgapura itu nanti selamat mendarat di lapangan terbang antarabangsa Kota Singapura.

Tiket hari ini telah di beli...semoga sesiapa sahaja yang naik Flight
selamat dan tiba di distinasi yang  di tuju. KepadaMu allah kami mohon doa
agar selamat semuanya. Amin.

Kepada rakan ku, Hendery yang berbaju biru
jalur hitam bertopi serta tersenyum pada ..gambar
di atas SELAMAT FLIGHT KE SINGAPURA ..
Esok Hendry akan ke Lapangan Terbang di Kota Kinabalu
untuk proses penerbangan ke Singgapura.

Harap terjawab tanda tanya dan persoalan..
Bukan Etuza & Isteri yang flight ke Singgapura..
tetapi dia Hendery...Suspen ke..?
Kebetulan baju biru sama-sama..
Klik isteri ambil gambar ketika Etuza dan
Hendery bersembang sebelum bersalam dan berpisah.

Betul Hendry yang akan Flight Ke Singgapura ya..
Hendery Semoga Selamat. Amin


Dan oleh kerana anda dah SENYUM Etuza bagi hadiah
SINI cara beli tiket murah tips denaihati..
ha..klik lah ...usah malu...

KLIK SINI PROMOSI RHB From Nuffnang..

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

18 ulasan

Ohhh,...begitu ceritanya. Baru nak ucapkan have a safe journey sebab ingat Etuza yg ke Singapura.

hehehe..tak kelakar pu kan Farrah MF..padahal hati nak meronta nak ja melancong andai ada kesempatan..

saya ingatkan cikgu yg nak melancung ke Singapura...

...)) tahu juga jawapan kan..persoalan terbuku lastly ..ketahuan juga..pandai Madam Kamsiah berhibur di blog Etuza..

terpedaya juga, ingatlah betul cikgu nak melancong ke Singapura, pandai cikgu kenakan orang yea.:)

semoga selamat cikgu etuza ke destinasi

Adoiiiii tertipah tertipu rupanya..

Akak rasalahkan, aRz tak baca betul2 entri kat atas tu, bukan Cikgulah nak ke Singapore, nak tau jawapan, aRz baca semula..

Saya baru nak tanya, untuk apa Cikgu ke sana?? tak jadi nwk tanyalah, hi3

hehehe..ingat Etuza yang beli dan nak pergi bercuti..datang la melancong ke Kedah..

hahahha..baru nk tya cikgu...bercuti2 ke singapura ke....skali org len daaaaaa....

Semoga siapa jua yg menempah perjalanan ke mana saha dilancarkan serta selamat segalanya... semoga ceria selalu.. :)

ingat ckgu yg naik flight

semoga selamat ya Hendry

baca kali pertama masih tidak faham apa yg cuba di sampaikan kera bila baca "Untuk kali ini, adakah keadaan itu akan berlaku lagi. Tiket flight sudah di tempah dah bayar pun, kawan berbaju biru hitam juga telah menempah tiket guna AirAsia."

ayat membawa maksud Cikgu Etuza sudah beli tiket dan terserempak dengan Hendery juga beli tiket ke singapura

kemudian baca untuk kali ke 2...masih lagi tidak faham..kenapa cikgu pegi jumpa agen jika tidak belik tiket flight...apa kaitan or hubungan cikgu dan hendery sedangkan baru berjumpa di travel agen semasa beli tiket

JM buka terpedaya kak Azie tetapi masih tidak faham apa yg cuba di sampaikan

maybe JM akan tertanya kerana belum baca entri sebelum nya..jap nk baca dulu

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (434) Ceritaku (418) Berita (380) Agama (369) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (295) Info Lelaki (266) Tips Blog (265) Pengalaman (235) Anak (212) Nasihat (205) Pendidikan (204) Rasa Bahagia (183) Kasih sayang (180) Berita Keningau (175) Hadiah (150) Pelancongan (130) Gambar (120) Alam Semulajadi (117) Sejarah (104) Ekonomi (102) Segmen (101) Keluarga (85) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (62) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (42) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (36) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Masyarakat (25) Percutian (25) Haiwan (22) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Kucing (19) Perkahwinan (19) Tips (19) Seni (18) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Majlis Kahwin (8) Hari Jumaat (7) Lanskap (7) Lirik Lagu (7) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Grafik (3) Jantung (3) Makanan (3) Pertunangan (3) Anak Buah (2) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Takziah (2) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger