Firdaus Mengukir Kejayaan Mengharumkan Nama Sekolah

Firdaus Mengukir Kejayaan 
Mengharumkan Nama Sekolah Etuza
Warga guru berada di atas pentas Dewan terbuka dalam
majlis perhimpunan rasmi hari ini 19hb Jan 2015
       Minggu persekolahan pertama sebenarnya pada 5hb Jan 2015, tetapi disebabkan berlaku masalah banjir melanda Negara Malaysia maka sesi persekolahan bermula pada minggu kedua iaitu bermula pada 12hb Jan 2015. Minggu ini sebenarnya sudah bermula minggu ketiga persekolahan pada 19hb Jan 2015.

    Perhimpunan rasmi bagi sekolah Etuza setiap minggu diadakan pada hari isnin, bermula jam 7.00 pagi hingga jam 7.30 pagi. Dan hari ini apa yang paling menarik ialah seorang murid tahun 5 Bijak telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Single Badminton Peringkat Daerah Keningau yang diadakan pada 17hb jan 2015. Murid yang bertuah tersebut ialah Mohd Firdaus Masrudin mendapat tempat ketiga. Hadiah berbentuk sijil dan medal gangsa telah di sampaikan oleh Guru Besar sekolah di hadapan perhimpunan rasmi sekolah. Kelihatan Firdaus Masrudin sangat gembira mendapat anugerah itu. 

    Minggu ketiga persekolahan SK. Penagatan, Keningau telah mendapat satu kejayaan besar yang mengangkat nama sekolah ini menjadi sebutan pada awal sesi persekolahan 2015. Ini satu kebanggan sekolah Etuza kerana Persatuan Kelab Badminton sekolah telah berjaya melahirkan murid yang terbaik dalam permainan badminton. Ini juga menunjukkan Firdaus Masrudin menyumbang satu mata atau markah besar dalam bidang Kokurikulum sekolah SK. Penagatan, Keningau. Tahniah kepada Firdaus dan juga pihak sekolah.

Inilah dia wajah Mohd Firdaus bersama guru penasihat
Kelab Badminton SK. Penagatan, Keningau,
Sabah. Syabas & Tahniah.
Majulah Sukan Untuk Negara


Catat Ulasan

18 Ulasan

  1. Asalam petang tadi seawal lepas solat maghrib Follower Etuza lihat dah cecah 266, tapi rupanya 265 ja pula. agak keliru..ada ja yang left..mintalah pada follower agar tak left ya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Moga ada sebab kot dorang left..

      Padam
    2. Insya Allah akan ada penambahan dari masa ke semasa..

      Padam
    3. ya betul tu UMI tiap perkara yag berlaku ada asbab, pelik rasanya nak follow lepas tu left balik..) kampunan follower ramai ..ni..bila berlaku macam gini teringat blog lama yang dah cecah ribu..follower..sampai kini masih ada nak follow kat situ..walhal dah bagitau..x payah follow blog lama Etuza

      Padam
    4. ahakss...cikgu ni belum habis lagi isu follower ke..dont worry...dulu JM pada peringkat permulaan tulis blog pun follower x ramai then mmg JM x hiraukan sgt bertambah or tak...sbb jika di harapkan sgt nanti sedih so biar je..kalau bertambah alhamdulillah..in sha Allah akan bertambah nanti

      Padam
  2. Salam singgah sini cikgu...Alhamdulillah dan tahniah kepada anak cikgu firdaus...

    BalasPadam
  3. tahniah firdaus....

    alahai cian cikgu...ilang 1 manalah tahu lepas ni 10 yang datang..insyallah ..

    BalasPadam
  4. tahniah juga pada sekolah melahirkan seorg murid yg berbakat yg mampu mgharumkn nama sekolah

    BalasPadam
  5. tahniah adik firdus . moga terus cemerlang nanti ...

    BalasPadam
  6. Tahniah kepada Adik Firdaus walaupun hanya mendapat pingat Gangsa

    BalasPadam
  7. boleh jd pelapis ni cikgu....heheheh

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah Tahniah buiat adik Firdaus ya ..Semoga lepas ni lebih ramai lagi bakat2 baru dapat dikembangkan kat sekolah Cikgu ya..

    BalasPadam
  9. Tahniah buat Firdaus..... masukkan kelab Keluarga Sideklah cikgu boleh jadi pengganti Datok LCW....
    Mesti banggakan sekolah dpt pelajar yg mengharumkan nama cenggini

    BalasPadam
  10. semoga adik firdaus akan terus cemerlang

    BalasPadam
  11. Entri ini berkaitan denga Mohd Firdaus, naper saya tak bagi ulasan berkaitan dia erkkk?? hu3

    Tahniah Mohd Firdaus, anda memang hebat, moga kejayaan sentiasa bersamanya, aamiin..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.