Cari Makan Dapat Menu Soto Daging Payau ( Part 1 )

Cari Makan Dapat Menu Soto Daging Payau ( Part 1 )

Cari Makan Dapat Menu Soto Daging Payau 

Menu istemewa soto daging payau ( rusa)
dan mee goreng ayam di Mini Cafe Stesen Penternakan
Keningau, Sabah.

Etuza bawa anak - anak dan mama bersiaran 
di Stesen Penternakan Haiwan
di Keningau hari ini. Dan singgah mencari menu 
Soto Daging Payau
di Mini Cafe Stesen Penternakan Haiwan..

Menunggu hidangan dengan penuh sabar.Kejap lagi sampai oder..

Dah sampai..4 menu soto daging dan mee goreng ayam..mee goreng
ayam itu . oder Etuza ..habis di makan baru pergi melawat
segala jenis haiwan di Stesen Penternakan ini..

Ini ucapan alu-aluan ..tak payah buat pengumuman..
..siap dengan ucapan melekat ..faham sangat..
terima kasih Jabatan Stesen Penternakan Keningau..

   Boring sangat kelihatan anak-anak Etuza asyik di rumah saja kebelakangan ini. Etuza perasan dah seminggu lebih tiada jalan-jalan bersiaran. Memang akan rasa ada keboringan. Lain lah seperti Etuza..ada masa update blog, rasa seronok dan memang istilah boring tiada dalam perasaan Etuza. Kalau ada pun sekejap punah keboringan itu, sebab kalau ada rasa boring Etuza keluar rumah melihat bunga di laman, lihat rerama berterbangan setiap hari makin banyak rerama dekat laman Etuza. Nanti ada entry hal rama-rama di hujung jari Etuza. Subahanallah tak terbang rama-rama tu,seolah nak selfie pula kelihatannya.

    Nah! boring sangat Etuza bagi kejutan sikit baru ada senyuman tak henti-henti..kan bagus ceria. Mulanya mama ajak Etuza pergi semak ASB dia. Ok ..segera beredar selepas solat Johor. Tapi kemudian Etuza masuk simpang menuju ke jalan arah Jabatan Hendry Gerny, Keningau.Habis kena soal..Etuza kemudian masuk simpang kiri jalan masuk ke gate Stesen Penternakan Haiwan cawangan Keningau. Mama seolah faham kejutan Etuza. Anak-anak pelik tengok Etuza banyak diam sambil senyum-senyum. Ok dah sampai..jom masuk mini Cafe Stesen Penternakan Haiwan Keningau. Tengok lah gambar hak cipta di atas tu.

     Semua oder daging Payau ( rusa )..woi Soto Daging Payau dekat cafe ni memang mahal..ok layan ja lah ..Etuza oder mee goreng ayam ja. Tak berapa nak makan soto daging ni. Mee bakso Jawa Melayu..hummm cuba hidang habis di makan.

   Selepas makan juadah special, mula lah beredar. Tapi anak-anak  tiga orang ni, kejutan lagi apabila Etuza menuju pintu gerbang Gate Besar pusat Stesen Penternakan Haiwan ini. " Ke mana lagi ni..kan nak ke pekan ..bank tutup nanti lah.." Ha kedengaran rungutan mama dan Azie."  Ya lah tahu ..kalau tutup pun esok masih ada..mari ikut ja..tu pegawai bertugas dah buka gate..jom..." Akhirnya tiada lagi pertanyaan dan rasa pelik. Tetapi alangkah happy mereka semua dapat melihat haiwan seperti itik, rusa, kambing, burung unta dan burung putih. Lepas tu dapat naik Menara Stesen Penternakan Haiwan. Ok lihat dua gambar lagi. Ini lah antara gambar kami di Stesen Penternakan Haiwan Keningau.
Tengok pintu utama Mini Cafe di Stesen Penternakan. Itik dan rusa
yang Etuza abadikan untuk anda...Hebatkan Keningau 

Inilah dia MENARA STESEN PENTERNAKAN HAIWAN, tingginya tu
berada di puncak Etuza rasa gayat..

maklum dah terlalu lama tak naik bukit ...
Lihat senyuman manis anak-anak Etuza yang terasa kejutan dari Etuza..
Hahaha kan dah kena...kena KEJUTAN istemewa..hari ini..bersiaran 
di Stesen Penternakan Haiwan, Keningau, Sabah.

Tunggu Edisi Part 2
 ( Kejutan di Stesen Penternakan Haiwan, Keningau)

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

12 ulasan

owwww....payau tu rusa ye??
Loghat apa tu? Sabah ka?

Hmmm....boleh je komen ni....hehehe

ya payau tu bahasa Kadazan Dusun..terima kasih bagi berita yang baik..alhamdulillah boleh pun komen ni..
Ada tadi di Google plus katanya tak dapat jumpa ruang komen di blog Etuza ni...line kot tempat dia..

baru saya tahu payau tu rusa..:)

Assalamua'laikum Etuza.. Pagi2 ni nmpk je notification reply kat g+, Nurul cuba masuk blog Etuza lagi.. Kotak komen ada! Hehee... Alhamdulillah :))

Wahh.. walau pun saya baru je lepas sarapan pagi ni, tapi tekak dan perut ni tetap berselera tengok hidangan tu... sedapnya.. :) :)

Payau=Rusa, ok noted..

Sib baik bawa bekal soto pagi ni, idok le terliur tengor soto di atas..

Untung family, Cikgu suka bawa jalan2

Mula2 baca tajuk ingatkan PAYAU tu merujuk pada RASA MAKANAN yang Cikgu order ..Alahai tak tahu la pulak Payau tu rusa rupanya..Hehehe payau oh payau ..Rusa oh rusa..Kita ingatkan orang sana on panggil rusa jugak ..Hahahaha ........ PAYAU la pulak..

Assalam Nurul Hidayah..nantikan kunjungan dari sis JM ye...

Daging payau rupanya daging rusa...kalau di semenanjung bila sebut payau merujuk kepada 'rasa'

di semenanjung susah mau dapat daging rusa..mesti lain rasanya..nampaknya perlu ke Sabah ye kalau nk mkn daging payau tu

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (443) Ceritaku (429) Agama (384) Berita (383) Dunia Blog (337) Promosi. (312) Doa (311) Info Lelaki (272) Tips Blog (269) Pengalaman (240) Anak (223) Pendidikan (212) Nasihat (209) Kasih sayang (190) Rasa Bahagia (184) Berita Keningau (179) Hadiah (155) Pelancongan (140) Alam Semulajadi (125) Gambar (122) Ekonomi (108) Sejarah (108) Segmen (106) Keluarga (96) Blog (75) Tentang lelaki (74) kesihatan (71) Isu Semasa (58) Cinta (56) Rumah tangga (53) Tumbuhan (51) Bunga (43) Resipi (41) Cari Makan (38) Motivasi (37) Budaya (34) Nilai Moral (34) Percutian (31) Award (30) Herba (29) Sahabat Blog (29) Sajak (28) Harijadi (26) Masyarakat (26) Haiwan (23) Promosi Nuffnang (23) Perkahwinan (22) Kucing (20) Rasullah SAW (20) Artis (19) Seni (19) Tips (19) Sukan (18) Sekolah (12) Iklan (10) Petua (10) Kalender (9) Majlis Kahwin (9) Bulat (8) Lanskap (8) Lirik Lagu (8) Hari Jumaat (7) Kuiz (6) Makanan (6) Politik (6) Elken (5) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Grafik (4) Anak Buah (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Takziah (2) BRIM (1) Cuaca (1) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger