Bunga Keladi Mekar Di Hati

Bunga Keladi Mekar Di Hatiku

Gambar Pelbagai jenis Bunga Keladi

Antara nama bunga keladi ini ialah bunga hati berdarah..
bunga-bunga keladi yang sentiasa mekar di laman Etuza..
   Cuba lihat dau keladi yang bentuk  love  merah  sebelah hijau sebelah..ini lah bunga keladi hati berdarah.. Etuza tengok unik bunga ni..Allah jadikan.. corak begitu rupa, merah sebelah dan hijau sebelah..
kalau rimbun sangat memancarkan pesonanya.. memekarkan hati kita yang melihatnya.. Tanam keladi anda akan memilikinya sepanjang masa..Buktinya di laman Etuza pada hari ini..bunga keladi yang seolah sudah pupus kini muncul kembali memekarkan dedaun  yang sangat unik..ini di sebabkan sentiasa hujan menyirami alam maka segarlah isi dan akar bunga keladi lalu keluarlah dedaun  yang sangat indah...inilah antara bunga yang cantik di hati Etuza. Bunga keladi namanya...

Perhatikan daun bunga keladi yang rosak daun itu, inilah bunga keladi
yang paling digemari oleh ulat
 (di makan hingga hilang dedaun  keladi itu)
Keladi lain tidak di makan hanya ini bertengek
ulat  sebesar jejari...mujur nampak
tapi tidak membunuhnya...
 Khasiat Menanam Bunga Di Laman

* Menjadikan kita menrasakan nikmat keindahan alam semulajadi.
* Menjadikan kita nampak Zat Allah yang maha hebat.
* Menjadikan kita selalu bertasbih zikir kepada Allah.
* Menjadikan kita selalu bersyukur.
* Mendapat tenaga aura dari bunga-bungaan di laman.
* Menjadikan kita cergas dan sihat.
* Menjadikan kita lebih beriman kepada Allah sang pencipta yang hebat
memberikan kita keindahan pada corak kejadian pelbagai bunga2an.
* Laman rumah kita berseri dan indah mata memandang.
* Bunga hijau terapi mata menyegarkan mata.
* Dapat bernafas lebih segar.
* Mengeratkan kebahagiaan rumahtangga dan merapatkan hubungan keluarga. ( bukti bersama-sama anak-anak menanam bunga akan lahir kerjasama )

Kalau sebegitu - tanamlah bunga, usahakan agar bunga di laman menjadikan kita menghargai alam sekitar. Jika tiada kesempatan menanam bunga cuba lihat keunikan bunga alam walau di mana, nikmati keindahan itu dan segera tanya diri mu siapa menciptanya, Dialah pelukis alam nyata iaitu Allah SWT.


Catat Ulasan

17 Ulasan

  1. alhamdulillah cikgu...seronok dan bahagia rasanya dgn melihat keindahan bunga2an di laman....

    BalasPadam
  2. menanam pokok kena rajin juga untuk maintenance kan cikgu etuza

    saya ada laman tapi banyak serangga yang akan serang pokok.

    BalasPadam
  3. Ada kebaikan ka cikgu etuza dari pokok keladi?

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. amboi2 aRz, lawan kami berdua nmpaknya, 3 entri sekali harung, hi3

      Padam
    2. bakal pelapis pengomen tegar di sini, hi3

      Padam
    3. pandai cikgu Etuza 'tarik' perhatian mereka...ahaha....

      Padam
  5. Bunga keladi paling senang ditanam dan mudah membiak..

    BalasPadam
  6. rajin etuza tanam pokok ye..mesti tangan sejuk orang kata..

    BalasPadam
  7. Tumbuhan bertasbih kpd Allah... mudah2an kita yg menanam dan menjaganya sentiasa mendapat rahmat Illahi... aamiin..

    BalasPadam
  8. Mesti cantik laman rumah etuza.
    Jelles nyeee...:)

    BalasPadam
  9. Kat rumah MIL di kampung, pokok bunga keladi pelbagai warna dan jenis ini tumbuh dengan sendirinya. Memang cantik!

    BalasPadam
  10. rajinnya.. byk pokok bunga ckgu tanam

    BalasPadam
  11. Tanam pokok bunga ni penyeri laman rumah. Kalau JM ada laman camtu akan tanam pokok buah-buahan terutama pokok rambutan dan mempelam

    BalasPadam
  12. Bunga hati berdarah? SERAM pulak bunyi nye hihhi

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.