Bumi Mesir Memang Menakjubkan - Subahanallah

Bumi Mesir Memang Menakjubkan - Subahanallah

Bumi Mesir Memang Menakjubkan - Subahanallah
Melihat Kota Mesir Terasa Ada Keajiban.
 Mendapat kiriman dari anak yang study di Mesir..katanya inilah
                 antara pemandangan Negara Mesir. Tempat belajar anak dan teamnya.

Melihat mereka tersenyum jauh di Negara Mesir, ada perasaan gembira
kerana melihat mereka begitu bahagia di Mesir. Ingin selalu mendapat kiriman
gambar darinya - akan tetapi study lebih penting..semoga mereka berjaya...

Alamak bergambar bersama unta di Mesir, terbayang unta adalah binatang
keenderaan Nabi Junjungan semasa berhijrah berdagang ke negara lain.
Pies Untuk Negara Malaysia- Doakan mereka agar berjaya.Amin.
Tak tahu pula namakawan-kawan dia ni..nanti kalau balik siap di tanya..
manalah tahu ada antara kawan2 anak Etuza ada blog.Boleh terjah.
Katanya ini bergambar bersama salah seorang Pensyarah
Pak Arab.. dengan anak-anak Pensyarah ini...
Tengok wajah-wajah anak orang Arab ni rasa sejuk melihat..
     Etuza ada bertanyakan anak Etuza berada di Mesir, apa keadaan dan bagaimana situasi politik masa kini di Mesir. Sebab pertanyaan ini sangat penting selain selalu bertanyakan kesihatan diri bersama-sama kawan-kawan dia. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana mereka semua berada dalam keadaan selamat dan sihat walafiat di Negara ambia Mesir. 

Politik Mesir Keamanan Negara Mesir.

    Katanya kami belajar di Mesir, hanya mampu melihat pergolakan di Mesir. Dan kami berharap pucuk pimpinan kerajaan masa sekarang menjamin keselamatan ribuan pelajar Malaysia di Mesir. Kepada Allah yang maha esa sesungguhnya Dia lah yakni Allah yang maha mengetahui dan kepadaNya kita mohon agar Negara Mesir yang kaya dengan khazana sejarah silam akan sentiasa selamat dan aman dari ancaman peperangan. Amin.

Harapan Kepada Pelajar Malaysia Di Mesir.

   Baliklah suatu masa dengan kejayaan yang anda kejar. Semoga masa itu pelajar Malaysia di Mesir akan menjadi genarasi pemangkin kejayaan kepada kejayaan Malaysia menjadi jentera tenaga kerja yang menjadikan Malaysia aman dan damai dengan adanya golongan intelektual seperti mereka. Mereka bergabung tenaga dan saling berkerjasama agar harapan negara Malaysia menjelang tahun 2020 menjadi nyata apabila rakyat Malaysia celik ilmu dan kaya dengan kemahiran IT global. Baliklah nanti dengan membawa kejayaan demi untuk Malaysia, agama bangsa dan negara.

Peluang kos perbelanjaan belajar di Mesir.

1. Pelajar mendapat tajaan JPA.2. Pelajar mendapat kos tabung zakat  ( jika tidak silap )3. Pelajar Malaysia akan di pantau oleh KPM dan JPA selain menjadi perhatian pihak Agen Pelajar di Mesir dan individu berkelibar.4. Rumah pelajar Malaysia, Sabah dan Sarawak di sediakan di Mesir.4. Kos perbelanjaan yang cukup berbaloi di Mesir. Kerana bandingan wang Malaysia ialah RM 100 bersamaan 200 Genih di Mesir.

Nota: Selamat menjalani rutin kehidupan sebagai pelajar Malaysia di Mesir. Kami mendoakan kejayaan untuk semua pelajar Malaysia di Mesir.Amin.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

18 ulasan

wah!!! untungnya dapt sambung study kt bumi kelahiran para Anbiya'.. dah lama juga teringin nk melancong ke sana lihat sendiri bukti tinggalan org2 zaman dahulu. Abah saya pn teringin nk ke sana. Insya Allah suatu hari nanti, semoga ada rezeki untuk menjejakkan kaki ke sana. Semoga anak Etuza berjaya dgan cemerlang untuk menjadi pembimbing ummah di dunia n juga di akhirat =)

Norsalihah

tak sangka etuza ada anak dara ...muka etuza dan isteri memang tak menampakan dimakan usia..tahniah berjaya mendidik anak sampai pi mesir...beruntung etuza punya ank2 yang soleh dan solehah..

antara menahan nafas dan menadah syukur kan Etuza kalau ada anak belajar di Mesir... istimewanya Mesir menjadikan negara ini penting walau tak sekaya Arab Saudi baik dari segi pembangunan agama atau keilmuan... apa cabang agama dalam Islam pun boleh berkembang di sini... sebab itu pergolakan politiknya sejak dari zaman berzaman tak pernah reda... mudah2an anak Etuza dapat belajar dengan tenang dan membawa ilmu dari sana untuk anak bangsa di sini...

Berapa lama tempoh pengajian anak Cikgu Etuza di sana?
Saya doakan anak cikgu sentiasa dalam lindumgan Allah SWT hendaknya...

alhamdulillah...pergi dgn harapan...semoga pulang membawa kejayaan..

Bertuah anak Etuza dapat belajar disana. Tahniah juga buat Etuza.

Etuza... cuti sekolah nanti boleh lah pergi melawat dia pulak di sana...

Semoga anak cikgu etuza sentiasa selamat dari pergolakan yang sedang berlaku di Mesir. Agak merisaukan bila kita membaca berita di dada akhbar kan cikgu..

Alhamdulillah... semoga anak cikgu Etuza terus cemerlang dlm pelajaran dan kehidupan.. aamiin.. :)

ALHAMDULILLAH.. Rezeki dapat ke sana.. Teringin juga nak ke sana:-)

semoga keadaan di mesir stabil dan anak etuza serta para pelajar di sana dapat belajar dgn sempurna dan dapat menghabiskan pengajian nanti dgn jayanya ... aaamin .

dapat lihat gambar anak yg belajar di sana boleh hilangkan rasa rindu kan....doakan semoga beliau success dunia dan akhirat..aminn

Alhamdulillah tumpang gembira lihat wajah2 keceriaan mereka di sana..

Moga mereka berjaya dunia akhirat, aamiin..

Alhamdulillah berjaya menjejakkan kaki di bumi Mesir... Semoga anak perempuan Cikgu Etuza akan beroleh kejayaan yag diidamkan InsyaAllah ..Sama2 kita mendoakan yang terbaik

OKje tumpang bangga dengan anak cikgu, jadiklah hihi.....
Kalau anak anak gembira, kita ni sebagai ibu bapa lagilah gembirakan cikgu.... Sebagai ibu bapa kita doakan dari jauh ajelah....kan cikgu

alhamdulillah.. masih lihat mereka semua sihat2 ja berada disana

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (443) Ceritaku (429) Agama (384) Berita (384) Dunia Blog (338) Promosi. (312) Doa (311) Info Lelaki (272) Tips Blog (270) Pengalaman (240) Anak (223) Pendidikan (212) Nasihat (210) Kasih sayang (190) Rasa Bahagia (184) Berita Keningau (179) Hadiah (155) Pelancongan (140) Alam Semulajadi (125) Gambar (122) Ekonomi (108) Sejarah (108) Segmen (106) Keluarga (96) Blog (76) Tentang lelaki (74) kesihatan (71) Isu Semasa (58) Cinta (56) Rumah tangga (53) Tumbuhan (51) Bunga (43) Resipi (41) Cari Makan (38) Motivasi (37) Budaya (34) Nilai Moral (34) Percutian (31) Award (30) Herba (29) Sahabat Blog (29) Sajak (28) Harijadi (26) Masyarakat (26) Haiwan (23) Promosi Nuffnang (23) Perkahwinan (22) Artis (20) Kucing (20) Rasullah SAW (20) Seni (19) Tips (19) Sukan (18) Sekolah (12) Iklan (10) Petua (10) Kalender (9) Majlis Kahwin (9) Bulat (8) Lanskap (8) Lirik Lagu (8) Hari Jumaat (7) Kuiz (6) Makanan (6) Politik (6) Elken (5) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Grafik (4) Anak Buah (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Takziah (2) BRIM (1) Cuaca (1) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger