Blogger Malaysia Review By Etuza Siri 10



Blogger Malaysia Review By Etuza Siri 10

   Review blog kali ini adalah giliran blogger yang menamakan dirnya seringkasnya MV. ( Suzyanna Yap )yang bekerja di Pejabat Setiausaha, Persekutuan Sabah, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, jalan UMS Kota Kinabalu, Sabah.  Ini lah blogger wanita Sabah yang pernah Etuza jumpa di Daerah Ranau tahun 2012. Etuza jumpa blogger ini bersama suami dan anak-anak mereka yang comel sekali.

ALL About Love
Ini unik header blog milik MV blogger .Namanya Suzyanna Yap jika tidak
tersilap dan berblog sejak Di Blogger sejak November 2010
    Agak lama Etuza buat giliran blogger Malaysia Review By Etuza. Agaknya siri ke 10 tu betul atau tidak agak tidak pasti kerana Etuza buat review blogger Malaysia terlalu lama ke blog blogger MV. Etuza mohon maaf sekiranya kelewatan ini menjadikan blogger MV menunggu dan menunggu. Blogger MV adalah blogger wanita Sabahan yang sangat peramah. Sangat menyayangi keluarga khasnya anak-anaknya, kerana kita akan melihat paparan blog MV sering memaparkan gambar dan entry hal anak-anak MV.

    Blogger MV ni berkahwin dengan orang Dusun di Daerah Ranau. Dan untuk pengetahuan anda Etuza ada berjumpa dengan mereka ini di Daerah Ranau jika tidak silap pada tahun 2012. Kebetula Etuza ada ke Ranau menemui anak-anak yang berada di SMK Agama Ranau waktu itu, maka Etuza, isteri dan keluarga MV pakat-pakat untuk berjumpa, tetapi kelihatan mereka juga pada hari yang sama akan bergerak ke Kota Kinabalu, maka pertemuan amat singkat. Tetapi masih sempat bergambar untuk kenangan. InshaAllah ada masa Etuza akan abadikan kenangan bersama blogger MV dan suami MV nanti di blog Pesona 7 Mustika blog.

   Blogger MV ( Suzyanna Yap) sebenarnya pernah mengikuti Program Anjuran Etuza tentang anugerah tropi untuk blogger dan hampir - hampir mendapat tempat hanya nasib saja telah menentukannya. Pernah beberapa kali menerima hadiah misteri dari blog Etuza. dan kelihatan juga MV ini cemerlang memberi komen ke blog Etuza. Kepada Blogger MV usah putus asa..mood berblog kena usaha dan jalinkan hubungan antara kita blogger Malaysia dengan baik. Pasti akan terjalin persahabatan maya yang baik dan yang kita inginkan. Blogger lain sila layari blog MV iaitu All About love DI SINI. 

Salam kasih sayang dan Review Blogger Malaysia By Etuza Siri 10 nampaknya berakhir kini.  Anda boleh lah klik dan baca Blogger Malaysia Review By Etuza menerusi siri ini. Sila baca dan kenali mereka.

 Nota:Siri 1 Siri 6 Siri 4 Siri 7 Siri 9 Siri 5 Siri 2 Siri 3 Siri 8  ( Siapa Blog ke 11) sebab ada 11 blogger yang menyertai Pencarian Anugerah Tropi untuk blogger pada tahun 2014. Akan Etuza pastikan ada review tersebut.


Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. insya Allah saya akan terjah blognya cikgu...

    BalasPadam
  2. anda menang dalam segmen shahril . jom tngok senarai pemenang disini !

    http://muhammadshahril97.blogspot.com/2015/01/senarai-pemenang-bagi-segmen-jom-masuk.html

    BalasPadam
  3. REVIEW BLOG YG MENARIK NI...AKAN CUBA SINGGAH NANTI...

    BalasPadam
  4. Nanti saya akan cuba terjah blognya bila ada kesempatan nanti...

    BalasPadam
  5. Jika berkesemparan lya sggah nnt ..nice review

    BalasPadam
  6. Dulu dulu selalu jugak menerjah dan membalas terjah ke blog MV ni. Sekarang dah jarang. Bolehlah lepas ni insyaallah okje akan cuba luangkan masa ke blog MV ni

    BalasPadam
  7. Yes! blogger MV! JM pernah singgah blog beliau :-)

    BalasPadam
  8. jap g nak terjah blog dia...hihihihi

    BalasPadam
  9. nnt ada masa boleh la terjah blog ini

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.