Blogger Jadilah Blogger Baik

Blogger Jadilah Blogger Baik

Blogger Jadilah Blogger Yang Baik
Sesungguhnya kebaikan kita menerusi dalam pelbagai cara.

Gambar ehsan dari google. Terima kasih pada gambar ini dari
blog ini sila klik SINI ( jika nak tahu )
    Dalam ruangan entry kali ini, Etuza rasa terpanggil untuk menyatakan sesuatau andainya di terima oleh blogger  di seluruh Negara Malaysia, Etuza amat bersyukur sekali.Mungkin ramai blogger yang memang dalam minda sudah setkan agar perkara yang Etuza fikirkan ini. Tetapi tidak salah jika kiranya Etuza menambahkan lagi agar kita dapat satu perkongsian yang patut difikirkan oleh semua blogger. Apa yang baik itu.. kita kongsikan bersama. Apapun selepas membaca apa yang Etuza hendak sampaikan, terserah lah pada blogger di luar sana hendak bertindak bagaimana. Yang penting Etuza sudah berjaya menghebahkan perkara ini.

    Sebenarnya Etuza hendak menyampaikan bahawa sebagai blogger biasa seperti Etuza marilah kita bertimbang rasa dan bersimpati pada sesiapa sahaja insan dan saudara kita yang teruk mengalami banjir di mana-mana di Negara Malaysia. Pasti para blogger dalam menghulur bantuan makanan dan minuman serta barangan lain ada terlihat detik-detik menyayat hati keadaan mangsa banjir terutama yang tinggal hanya sehelai sepinggang, rumah sudah tiada tempat berlindung. Memang berbagai keadaan yang kita lihat. Dengan itu Etuza yang lemah ini, yang tidak bersama anda di kawasan mangsa banjir hendak mengingatkan diri sendiri serta teman blogger lain iaitu:-

1. Jangan letakkan gambar daif mangsa banjir di blog anda ( kerana kita takut kita sebagai blogger yang mengaibkan mangsa banjir )

2. Jangan sekali-kali memperkatakan hal menyinggung mangsa banjir. seperti bercakap kasar sehingga melemahkan semangat mereka.

3. Jangan memperlihatkan tingkah laku seperti kita jijik lalu kita kelihatan seperti orang yang sombong, kasihan mereka yang masih berada dalam keadaan belum dapat menerima hakikat banjir yang memusnahkan harta mereka dalam sekelip mata.

4. Jangan berdalih dan beralasan jika kita diajak membantu menghulur tenaga dan kewangan kepada mangsa banjir. 

( Paling penting kita harus memahami bahawa hari ini masalah mereka tetapi kita tak tahu perkara menimpa kita pada hari esok, lusa dan seterusnya, jika kita amalkan sikap menghina dan merasa kita tidak ada masalah akan datang kita silap besar. Kita juga tidak mahu ada insan tanpa  kita mengetahui mendoakan kita agar kita mendapat kecelakaan- Mohon sebagai blogger marilah ambil serius hal ini)

   Hanya 4 perkara yang Etuza fikirkan agar kita blogger tidak melakukan kesalahan dalam berblog. Kalau gambar di kawasan mangsa banjir, blogger masih boleh ambil gambar tetapi ambil gambar kerosakan akibat banjir tetapi bukan individu yang kelihatan amat menyedihkan keadaannya. Apapun pendapat Etuza ini boleh berubah ikut keadaan, tetapi minta agar kita usah aibkan mangsa banjir dalam blog kita, sebab kita takut jatuh aib individu tersebut.Harap maklum.Moga info diterima.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

19 ulasan

sy berpegang pada prinsip...kalau kita tak boleh menggembirakan orang lain...jangan la pulak kita menyusahkan orang lain...buat sebaik mungkin untuk membantu yang penting..ihklas :)

assalam benar sekali pandangan cikgu itu...blogger harus beretika menerbitkan n3 dgn rasa prihatin n penuh tanggungjawab...

Insya Allah cuba memahami keadaan mangsa, elak sebarkan gambar kedaifan itu..

Terima kasih di atas peringatan ini, moga kita sentiasa menjaga etika penulisan, tidak menyinggung perasaan sesiapa. cuma cubit2an manja sesama blogger untuk keharmonian

Tidak mampu hulurkan duit @ tenaga, iringan doa sudah memandai..

terima kasih cikgu peringatan kepada JM juga..bagi JM perkongsian keadaan banjir dan keadaan rumah2 di tenggelami air itu tidak salah di kongsi tetapi tidak perlu kongsi wajah2 mangsa yg terlibat. JM akan follow misi kemanusiaan bantuan banjir pada 4 jan - 10 jan di Pasir Mas kelantan

** memadai... silap lagi, maaf..

thanks atas peringatan, cikgu Etuza..

Bersama2lah kita semua sentiasa tanamkan etika utk menjadi blogger yg baik.. Peringatan yg bermanfaat buat kita semua..

in sha Allah...aka gerak ke tempat mangsa banjir esok pagi jam 8

Ramai ke rombongan merisik JM? opsssss, silap.. maksud akak rombongan misi kemanusiaan ke Pasir Mas sok, hati2 ya dik..

ramai kak almost 200 org cuma lokasi dan destinasi berbeza ada yg ke terengganu, perak...misi ke pasir mas 31 org melibatkan 10 keluarga

Terima kasih kak Umi Alya

Kalau tgh2 boleh join sekali, malangnya awal tahun, byk laporan kena siapkan.

Urmmm melepaslah akak, x boleh nak ke mana2 kecuali hari minggu, bolehlah join kalau dekat.

Syabas rakyat Malaysia!!!!

Cuma akak nak pesan, perjalanan dr K.Lipis - Merapoh terutamanya Bukit Tujuh, berhati2, jangan pandu laju, memotong sesuka hati sebab ia kawasan berbukit, jalan sempit dan berbengkang bengkok serta jalan licin.

Mudah2an team JM dan team misi kemanusiaan dari seluruh Malaysia selamat pergi dan balik, anda adalah terbaik!!!

setuju sgt dengan deanna

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (443) Ceritaku (429) Agama (384) Berita (384) Dunia Blog (338) Promosi. (312) Doa (311) Info Lelaki (272) Tips Blog (270) Pengalaman (240) Anak (223) Pendidikan (212) Nasihat (210) Kasih sayang (190) Rasa Bahagia (184) Berita Keningau (179) Hadiah (155) Pelancongan (140) Alam Semulajadi (125) Gambar (122) Ekonomi (108) Sejarah (108) Segmen (106) Keluarga (96) Blog (76) Tentang lelaki (74) kesihatan (71) Isu Semasa (58) Cinta (56) Rumah tangga (53) Tumbuhan (51) Bunga (43) Resipi (41) Cari Makan (38) Motivasi (37) Budaya (34) Nilai Moral (34) Percutian (31) Award (30) Herba (29) Sahabat Blog (29) Sajak (28) Harijadi (26) Masyarakat (26) Haiwan (23) Promosi Nuffnang (23) Perkahwinan (22) Artis (20) Kucing (20) Rasullah SAW (20) Seni (19) Tips (19) Sukan (18) Sekolah (12) Iklan (10) Petua (10) Kalender (9) Majlis Kahwin (9) Bulat (8) Lanskap (8) Lirik Lagu (8) Hari Jumaat (7) Kuiz (6) Makanan (6) Politik (6) Elken (5) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Grafik (4) Anak Buah (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Takziah (2) BRIM (1) Cuaca (1) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger