Berita Banjir Di Sandakan, Sabah

 Berita Banjir Di Sandakan, Sabah
Diharapkan Cepat Surut.

  Ini beberapa gambar banjir yang berlaku di Sandakan

    Masalah banjir di Malaysia masih belum reda lagi, kini banjir terbaru melanda bandar Sandakan, Sabah. Dikatakan sudah ke 3 hari banjir ini berlaku. Dan di sahkan sendiri oleh adik Etuza yang berada di Sandakan, Sabah. Katanya tidak dapat ke sekolah dan terpaksa bercuti kerana jalan raya menuju ke sekolah tempat mengajar tidak dapat di lalui kenderaan.

    Etuza juga mendapat imej keadaan banjir di Sandakan. Nampaknya banyak kenderaan telah di tenggelami air banjir selain air banjir turut masuk ke ruang kedai di tepian. Melihat keadaan air yang besar tentunya sesiapapun merasa cemas, lebih - lebih lagi mereka yang mengalaminya sendiri. Berat mata memnadang berat lagi bahu memikul. Etuza berdoa semoga Sandakan yang di landa banjir  akan segera surut dan tiada kemalangan jiwa berlaku. Etuza pernah ke Sandakan pada tahun 2012 dan sempat pergi ke rumah adik di Taman Anggerik Sandakan, melihat Sandakan ini berada di tepi laut. Pastinya limpahan air berlaku juga dari arah laut tepian bandar Sandakan. Selain limpahan anak sungai dari arah mana-mana anak sungai yang turut melimpah.
   Etuza menarik nafas lega kerana baru mendengar berita dari TV menyatakan banjir di Sandakan semakin surut. Adik juga menyatakan dalam whatssap hujan petang tadi di Sandakan telah reda. Akan tetapi pada ketika ini hujan sejak petang hari ini masih turun di Keningau. 

Gambar kenangan Etuza di SMK Agama Sandakan.
guru pengiring Karnival NILAM  peringkat Negeri Sabah.
" Ya Allah..hanya padaMu kami berlindung dari bala bencana, tiada daya upaya kami ya Allah selain memohon keampunan dariMu dan memohon kerahmatanMu..amin ya rabbal alamin."

Hal banjir dan paparan gambar banjir di Sandakan ketika ini di pautkan pada pautan SINI..klik

Catat Ulasan

23 Ulasan

  1. innalillah. semoga cepat surut. Semoga terhindar dari banjir besar.
    Musibah ini Allah suruh kita muhasabah diri.

    BalasPadam
  2. Ya Allah.. semoga tiada yg lebih memburukkan berlaku. Semoga cepatlah surut... aamiin...

    BalasPadam
  3. Daripada gambar, teruk juga banjirnya.. Moga banjit cepat surut..

    BalasPadam
  4. SEKARANG NI BILA HUJAN LEBAT SEDIKIT HATIPUN RISAUKAN BNJIR BERLAKU XKIRA DIMANA SAJA...MOGA BNJIR DI SANDAKN SGRA SURUT N KEADAANNYA PULIH SEDIAKALA...

    BalasPadam
  5. Kudat pun kena banjir kan cikgu etuza. Nasib baik keningau ni tinggi. cuma kurang sekesa sekarang ni asyik hujan.

    p/s: maaflah cikgu etuza. SP terlalu sibuk sekarang ni mau blogwalking. curi-curi masa ja jenguk blog rakan-rakan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak apa bah SP..blog ni anytime ..kewajiban kerja kita bukan blog..sesungguhnya realiti di hadapan kita...cari makan bukan blog tetapi sampingan saja yang mententeramkan jiwa kita..kerana ada jalinan ukuhuwa

      Padam
  6. singgah sini ye . jom join segmen shahril yang terbaru .

    http://muhammadshahril97.blogspot.com/2015/01/segmen-jom-masuk-ke-bloglist-shahril.html

    BalasPadam
  7. Banjir sudah menyeberang ke Sabah pulak yeh Etuza.
    Moga banjir cepat surutlah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah melanda Sandakan banjir kat Sabah ni Nom..tempat adik bekerja...katanya dah 3 hari tak dapat ke sekolah..jalan raya tak dapat di lalui..simpati dengan dia...

      Padam
  8. Takziah kepada mangsa banjir. JM dapat merasai perasaan mereka yg terlibat dgn banjir ini selepas pengalaman sendiri melihat mangsa di Pasir Putih Kelantan tempoh hari cuma rasa terkilan ada certain magsa tidak ambil ikhtibar dengan apa yb berlalu :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. sepatut mangsa kena ambil iktibar...tanya diri kenapa adanya ujian sebegitu JM..taka apa lah harap mereka akan faham..perlu ada motivasi, perlu ada pembentangan atau perhimpunan agar mereka dapat buka mata hati...peranan kita penting tu JM..nayatakan di blog agar keinsafan tinggi...

      Padam
    2. mereka masih tiada kesedaran..semua datang dari dalam diri..jika kurang iman di dada..hhhu...x nk ckp org lain kekadang JM sendiri lalai

      Padam
  9. saya singgah lagi cikgu etuza. bagaimana keadaan banjijr di sabah>?

    BalasPadam
  10. Moga2 banjir yang melanda cepat surut la ya Cikgu Etuza..Macam mana pon kita kena selalu berdoa agar Allah sentiasa membantu kita dalam setiap apa keadaan sekalipon..

    BalasPadam
  11. Moga hari ini banjir di sana sudah surut, aamiin..

    BalasPadam
  12. Kesian pada mangsa2 banjir...dugaan dan ujian buat mereka

    BalasPadam
  13. Bagaimana keadaan banjir di sana sekarang..di tempat JM ni mulai panas terik..waktu tgh mmg malas nk kuar opis kerana buka mata je rasa silau

    BalasPadam
  14. semoga mangsa lebih tabah hadapi dugaan ini dan hanya mampu berdia agar mereka baik2 sahaja

    BalasPadam
  15. Sy pikir cuma jakarta yang biasa banjir

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.