Bank Islam Kini Di Buka Di Keningau, Sabah

Bank Islam Kini Di Buka Di Keningau, Sabah

Bank Islam Kini Di Buka Di Keningau, Sabah
Ini bangunan baru Bank Islam di Keningau. Lokasi
di jalan MasakKeningau berdepan dengan Hotel Quueen.

Bank Islam Di Buka Di Keningau Kini
    Banyak Bank baru di Keningau. Dan antara yang paling terbaru ialah Bank Islam. Bank Islam memang tiada di Keningau sejak dahulu. Kini kepesatan penduduk dan pembangunan yang tidak henti-henti di Keningau kini menjadikan Keningau semakin maju dan buktinya kini perkembangan baru Bangunan Baru Bank Islam telah dibuka dan beroperasi di Keningau pada minggu lalu.

    Bank Islam hanya ada di Kota Kinabalu Sabah, maka setiap kali ada urusan di Bank islam Etuza akan pergi ke Kota Kinabalu bersama anak untuk urusan di bank Islam. Anak sulung lelaki Etuza memiliki akaun di bank Islam, kerana wang biaya kos pengajiannya di tanggung oleh Jabatan Mara dan wang biaya di salurkan terus ke akaun anak di bank Islam.

    Seperti ramai masyarakat Keningau gembira dengan lahirnya sebuah Bank bercirikan pengurusan kewangan cara Islam di Keningau. Pada Etuza inshaAllah akan datang ke Bank Islam nanti untuk buka akaun baru Noraliya Adibah pada minggu depan nanti.Tidak perlu lagi ke KK untuk urusan di Bank Islam nanti.

Informasi Keningau Kini. ( Di petik dari Wikipedia )
 Keningau adalah sebuah bandar yang terletak di kawasan pedalaman SabahMalaysia dan terbesar di Bahagian Pedalaman atas.Keningau kini merupakan bandar kelima terbesar selepas Tawau dan Lahad Datu.
   Bandar ini terletak di latitude dan longitud pada 5 20'0 U - 116 10'0 T. Keningau bersempadan[1] dengan Daerah Ranau dan Tambunan di sebelah Utara, Nabawan dan Tenom di sebelah Selatan, Tongod di sebelah Timur dan Papar di sebelah Barat sabah. Keningau kini dibawah pentadbiran Majlis Daerah Keningau(Pentadbiran lama) dimana ia mempunyai pekan-pekan kecil yang berada di sekitar bandar seperti Apin-Apin, Bingkor, Sook, Nabawan dan Tambunan.
    Bandar Keningau boleh dihubungi menggunakan jalan darat dari Kota Kinabalu melalui jalan Tambunan atau melalui jalanKimanis di mana masing-masing mempunyai jarak sekitar 128 kilometer yang mengambil masa kira-kira 2.5 jam perjalanan, keSandakan melalui Lebuhraya Keningau-Sandakan dan ke Tawau melalui Lebuhraya Keningau-Tawau dengan menaiki sama ada perkhidmatan teksi, bas mini mahupun bas express. Selain pengangkutan darat, terdapat juga perkhidmatan pengangkutan udara di Bandar Keningau. Bagaimanapun Lapangan Terbang Keningau hanya sesuai untuk kegunaan kapal terbang jenis foker sahaja.
Lokasi Bandar Keningau kini setapak semakin maju dan maju..
View Keningau Terbaru yang sangat indah sekali...imej
ini diambil pada kedudukan dekat Hotel Sentos yang merupakan
Hotel baru yang semakin terkenal di Keningau Kini.

Sejarah Penubuhan Keningau


Sejarah[sunting | sunting sumber]
Berdasarkan kepada sejarah silam, terdapat sebuah kawasan perkampungan yang banyak ditumbuhi dengan kayu manis iaitu sejenis rempah untuk memasak. Dalam bahasa masyarakat tempatan di kawasan tersebut, mereka memanggilnya sebagai kayu kondingau.[2] Ketibaan orang Inggeris di kawasan tersebut menjadikan kulit kayu keningau menjadi salah satu bahan eksport mereka. Secara tidak langsung kawasan pedalaman menjadi pengeluar kulit kayu Keningau yang penting pada ketika itu. Akhirnya, kawasan tersebut dipanggil keningau dan daripada sebuah perkampungan seterusnya membangun menjadi sebuah bandar yang tidak ketinggalan dengan kemajuan dan menjadi pusat pentadbiran di kawasan pedalaman Sabah.

Demografi[sunting | sunting sumber]
Berdasarkan laporan kiraan banci 2010 dari Jabatan Perangkaan Negara menunjukkan bahawa jumah penduduk di Daerah Keningau adalah seramai 134,234 orang seperti berikut:
EtnikJumlah Penduduk
Melayu Brunei4,485
Kadazan-Dusun68,627
Murut29,070
Bajau5,403
Cina10,661
India374
Bumiputera lain12,445
Lundayeh1100
Lain-lain3,169

Bank[sunting | sunting sumber]

Bandar Keningau mempunyai pelbagai bank yang berurus niaga di sini antaranya Bank Simpanan Nasional [BSN], Malayan Banking, CIMB Bank, Bank Rakyat, Public Bank, AM Bank, Alliance Bank, RHB Bank dan Agro Bank, serta kini di buka lagi sebuah bank baru iaitu Bank Islam yang terletak di Jalan Masak Keningau, menuju ke Jalan Kimans Kota Kinabalu.
Sedikit Informasi Keningau Kini dari blogger Etuza.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

28 ulasan

Indahnya view keningau terbaru ini,..

Alhamdulillah... SubhanAllah :)
Teringin sangat ke bumi Sabah...

Dah lama tak ke keningau...rindu pulak

dekat saja tu naik flight ..semoga ada rezeki boleh datang ke KK Sabah ya Tunsha

dah pernah ke keningau ni tuan MKLim..atau memang tahu lokasi keningau sejauh 100 lebih KM dari KK

bila agaknya akan sampai di keningau

Keningau tempat Cikgu Etuza bukan?

Yup! di keningau...menetap di sini. Asal sebenarnya di daerah Tambunan, Sabah.Semoga hajat tercapai ya aRz

Wah..baguslah untuk orang Keningau. Dulu memang susah nak cari bank Islam. Tak banyak tempat yang ada, even area KL ni pun dulu ni sama juga.. Ada satu area ni semua jenis bank ada tapi bank Islam yang tak de. Sabar jelah.. Now dah banyak tempat ada sebab ramai orang guna kan..

zinziemeewah

Kiranya sebelum ni apa apa urusan dgn bank Islam cikgu kena pergi ke KKlah ye...Berapa jauh KK ke Keningau tu cikgu?

nk pegi keningau jugak lah...nk lihat bandar yang sedang pesat membangun tu

alhamdulillah itu mesti berita yang amat mengembirakan buat cikgu kan.ye lah...dalam banyak2 bank di Kenigau tu Bank Islam yang belu ada lagi so jimat lah kos nanti x perlu nak ulang alik ke KK semata2 nk pegi Bank Islam

Cikgu bukalah akaun bank islam, mudah nak berurusan, mana tau tiba2 teringin nak order barang, transfer melalui sistem TAP jer..

Cantiklah Cikgu pemandangan di atas tu

Sat kita buka google map, urmmm lebih kurang 110KM beb..

Psssttt: tlg jwb bg pihak Cikgu, ngeeee

Berangan nak ke Keningau tapi terpisah dek lautan, mgkb ambil masa untuk sampai ke sana

Kat daerah ini Bank Islam belum dibuka lagi tapi punyai mesin ATM yang diletak dan dikongsi dengan Lembaga Tabung Haji

alhamdulillah...menyenangkan segala urusan..

alhamdulillah dgn buka nya bank islam di Keningau..dpt memudahkan urusan bg masyarakat sekitar..

harap dapat membantu penduduk di keningau utk berurusan dgn bank :)

Beb lu mmg rajin ar menolong....hihi

Alorrr beb, semua dihujung jari..

asalamualiakum UMI..ooo kat sana pun lum ada BI ya..suatu masa akan ada lah tu..nampaknya Keningau di buka kini..sudah masuk Bank ni ..try ke mesin ATM..nak plan lah buka akuan kat sini..tapi buka akaun anak ja ya UMI

lokasi bank islam d keningau d mana?

Tapi saya punyai akaun bank islam untuk bayar pinjaman kenderaan dan bil2 utiliti serta membuat pindahan duit melalui sistem TAP, mudah sangat, tak perlu ke mana2, semua dihujung jari.

100km lebih dari KK? jauhnya!!!!

datun commercial complex jln masak opposite to rahmat cafe (new) & queen hotel :)

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (434) Ceritaku (418) Berita (380) Agama (369) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (295) Info Lelaki (266) Tips Blog (265) Pengalaman (235) Anak (212) Nasihat (205) Pendidikan (204) Rasa Bahagia (183) Kasih sayang (180) Berita Keningau (175) Hadiah (150) Pelancongan (130) Gambar (120) Alam Semulajadi (117) Sejarah (104) Ekonomi (102) Segmen (101) Keluarga (85) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (62) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (42) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (36) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Masyarakat (25) Percutian (25) Haiwan (22) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Kucing (19) Perkahwinan (19) Tips (19) Seni (18) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Majlis Kahwin (8) Hari Jumaat (7) Lanskap (7) Lirik Lagu (7) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Grafik (3) Jantung (3) Makanan (3) Pertunangan (3) Anak Buah (2) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Takziah (2) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger