Apabila Ajal Menjemput ( Al Fatihah )

Apabila Ajal Menjemput
Tidak Siapa mampu Menghalanginya...
Imam memberi tazkirah selepas jemaah sembahyang jenazah arwah di Masjid
Nurul Iman di Tambunan, Sabah
Baca Entry Doa Harian Cuba Teka Klik SINI )
Saat Ajal Menjemput.
   
   Asalamualaikum kepada semua saudara musilm dan  muslimah serta sahabat blogger yang Etuza kasihi. Keluarga Etuza sebenarnya pada 27hb Jan 2015 bersamaan hari selasa, menghadapi saat-saat yang amat menyedihkan dengan kematian mengejut Ipar Etuza iaitu suami kepada adik kandung Etuza yang berkahwin dengan orang Tambunan dan bertugas di Sekolah Kebangsaan, Tiulon Sook Keningau. Pada jam 5.10 minit pagi Etuza dan isteri serta anak-anak sangat terkejut apabila kakak sulung Etuza kirim SMS bahawa suami adik Etuza yang bernama Zainab telah meninggal serta merta selepas jatuh pengsan.

   Saat menerima berita ini, Etuza menyebut nama Allah dan menangis di ruang tamu rumah, Etuza terduduk menutup muka, sementara isteri terkejut dan berdiri tegak depan Etuza turut terkejut yang amat sangat. Selepas menarik nafas..Etuza kuatkan semangat dengan pegang kata-kata ini " Tiada manusia kekal abadi di Dunia, semua akan menemui mati yang amat dekat dengan kita, dan tiada manusia hidup hingga ratusan tahun di Dunia ini, semuanya akan kembali kerahmat Allah" Apabila adanya kehadiran kata-kata ini Etuza hela nafas dan berusaha untuk berhenti menangis. Alhamdulillah beransur menerima hakikat terima pemergiaan Saudara Iparku Mohammad Iskandar Hakim Abdullah suami kepada adik Etuza.

   Pemergiaan dia, sangat mengejut. Benarlah bahawa apabila ajal datang menjemput kita yang melihat tidak dapat menghalanginya. Menurut anak arwah yang berusia 17 tahun, arwah terjatuh seperti hendak pengsan di ruang dapur pada pagi hari selasa. Dan dia sempat menyambut ayahnya dari jatuh ke lantai, anaknya bernama Izat melihat seolah ayahnya seperti sesak nafas sempat mendengar suara seperti menghembus nafas akhir. Ya Allah alangkah cepatnya kematian dia yang baru mencecah umur 48 tahun dan memiliki anak seramai 7 orang.Sangat besar ujian ini Ya Allah. 


Sembahyang Jenazah dimulakan dengan sof rapat-rapat

Kesedihan Melihat Sekujur Tubuh Kaku Bagai Tidak Ingin Dilepaskan.

   Etuza dan isteri terpaksa hanya menghubungi pihak sekolah meminta izin agar ambil CRK sehari ( Cuti Rehat Khas ). Lalu pada awal pagi bergegas ke rumah arwah di Kampung Tanaki Tambunan. Di sana semua keluarga Etuza sudah ada, kecuali adik dari Sandakan, Sabah. ipar Etuza dari Kota Kinabalu dan dari Tamparuli Sabah juga telah ada di rumah arwah. Adik Etuza tak henti menangis dan menangis juga anak-anak mereka, sebak hati melihat. Sungguh tak sanggup melihat lama mereka menangis. Keluarga sebelah arwah berdatangan dan menangis kedengaran ada yang meraung. Ya Allah..beratnya Ujian ini..mohon ya Allah kuat kan semangatku dan semangat seisi keluarga arwah.

   Apabila mayat di usung ke naik ke keranda, kelihatan lagi tangan menahan seolah tidak mahu di lepaskan. Mayat arwah di bawah ke Masjid Nurul Iman Tambunan untuk di mandikan dan seterusnya di sembahyangkan jenazah. Ketika itu adalah detik - detik akhir kerana selepas di sembahyangkan akan ke liang lahad yang telah siap untuk arwah di semadikan. Etuza adalah antara yang turut bersama mandikan arwah. Kelihatan tenang sekali arwah. Arwah di wudukkan dan di pakaikan jubah putih membalut jasadnya. Tanpa henti Etuza berselawat ke atas Nabi Junjungan Muhammad SAW sejak di rumah, di dalam kenderaan hingga lah siap dikebumikan. Berzikir membesarkan Allah dan menghadiahkan alfatihah untuk arwah.

   Selepas disemadikan masih Etuza dengar ada tangisan terisak-isak dari anak-anak perempuan arwah. Sampai di rumah juga masih ada tangisan. Memang sukar hendak terima hakikat ini. Mereka kehilangan insan bergelar ayah dan insan yang menjadi tunggak kepada sebuah keluarga. Yang tinggal adalah ibu mereka yang akan menggalas semua tanggungjawab. Hanya doa yang mampu Etuza lakukan selain memberi motivasi dan sedikit sumbangan yang ikhlas. Pun semua itu tiada erti bagi keluarga yang baru kehilangan ahli dalam keluarga. Selesai pengebumian pada jam 1.30 petang pada 27hb jan 2015. Semoga Allah terima jasad arwah di alam barzak dan di tempatkan di sisi orang yang beriman.

Situasi pengebumian sedang dijalankan kepada arwah Mohammad Iskandar
Hakim Abdullah di Perkuburan Orang- Orang Islam di Tambunan, Sabah.

Ketika Hidup Arwah

* Seorang yang amat penyayang kepada isteri dan anak-anaknya.
* Seorang yang sangat pemurah dan rajin ibadat.
* Seorang yang rajin datang ke surau.
* Amalan bersedekah 
* Mudah mesra dan suka memberi nasihat dan motivasi jika kita datang kepadanya.
* Merupakan seorang pendidik ( guru )
* Sangat hormat kepada ibubapa dan ibu bapa mentuanya.
* Sangat bertanggungjawab kepada keluarganya sendiri di kalangan adik beradiknya.
* Sangat rajin menambah ilmu agama, punya ramai kawan ahli jemaah masjid Al Taqwa.

Al- Fatihah untuk arwah Mohammad Iskandar Bin Hakim Abdullah.

Catat Ulasan

21 Ulasan

  1. Salam takziah buat Cikgu sekeluarga..

    BalasPadam
  2. KepadaNya kita datang, kepadaNya jua kita pergi, al fatihah, moga rohnya dicucuri rahmat, aamiin..

    BalasPadam
  3. Al-Fatihah... salam takziah untuk Etuza dan keluarga atas kehilangannya... semoga semuanya tabah menghadapi pemergian orang yang tersayang... setiap yg datang pasti akan pergi.... yang hidup inilah yg harus memikirkan bagaimana seterusnya... yang pergi sampai di situ lah urusan dia di atas dunia...

    BalasPadam
    Balasan
    1. najib ya setuju sekali..kita yang masih hidup kena layari kehidupan dengan tenang..berusaha memperbanyakkan amal yang baik..terima kasih najib

      Padam
  4. Takziah untuk cikgu dan family.

    Kami sekelas juga terkejut, apabila Rakan2 sekelas Ain Zayana kutip derma di kelas kami..

    BalasPadam
  5. takziah cikgu sekeluarga....mudahnya cara adik ipar cikgu pergi...AL FATIHAH

    BalasPadam
  6. Salam takziah cikgu Etuza sekeluarga dan AL-Fatihah kepada Arwah.

    BalasPadam
  7. betul..jika ajal sudah tiba tidak mengira usia..umur 48? yes masih muda tapi kita sebagai prang beriman harus terima denga tabah sedangkan hakikatnya hati sangat berat.

    apabila JM baca kisah hidup Arwah..yeeee Allah lebih sayang beliau..biasanya hamba yang Allah syg ..Allah akan 'ambil' dgn segera berbanding yg masih lalai dan alpa..subhanallah

    BalasPadam
  8. pada peringkat awal mmg agak sukar keluarga arwah utk menerima ketiadaan nya tapi kia perlu ingat, kita akan jumpa 'mereka' di sana antara cepat dan lambat sahaja. Semoga ahli keluarga arwah sabar menghadapi dugaan ini aminnn

    BalasPadam
  9. Takziah buat cikgu etuza sekeluarga.

    BalasPadam
  10. Innalillahi wainna ilaihi roji'un.. takziah etuza n sluruh kaum keluarga

    teringat takzirah kat radio IKIM, kalau maid jatuhkan pgan n pecah, majikan jgn marah maid seb dah ajal pinggan tu.

    zinziemeewah

    BalasPadam
  11. Kat sana cmner ya Cikgu, tahlil dibuat setiap hari ke jika ada kematian?

    BalasPadam
  12. Al fatihah buat arwah.....kita yg masih diberi kesempatan utk hidup ini miga dpt memperbanyakkan amalan kan cikgu. Tp tulah...namanya manusia ada kala kita lagho jugak...

    BalasPadam
  13. banyak kebaikan dan amalan dari arwah sewaktu di dunia ya...
    al fatihah utk arwah..

    BalasPadam
  14. ajal tidak mengira usia dan baru2 ni di semenanjung kami kehilangan tokok ulama dan umaira' Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan pengulas sukan yg tidak asing lagi dalam Arena sukan Hasbullah Awang kemudian di ikuti oleh pemergian adik Zharif selepas beliau menerima hati baru..Al-Fatihah buat mereka bertiga

    BalasPadam
  15. kita? sudahkah kita beredia kerana ajal boleh datang menjemput bila2 masa huhuhhu

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.