Apa Itu Template Responsive Dan Kelebihannya?

Akademi Blog Malaysia

Mari Belajar Bersama Etuza Menerusi 
Akademi Blog Malaysia.
Link to Akademi Blog
Tutorial ini Etuza Copy Paste dari akaun gmail Etuza
di mana maklumat ini di hantar oleh Akademi Blog Malaysia.
Terima kasih kepada Akademi Blog Malaysia.


Posted: 07 Jan 2015 05:57 PM PST



Sekarang ramai blogger yang sudah menggunakan template responsive sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 2013. Ada juga yang bertanya kepada kami apa itu template responsive dan apa kelebihan memakai template responsive ini?


Mari saya terangkan secara ringkas dan terperinci apa itu template responsive.

Template Responsive

Template responsive adalah pendekatan terbaru yang membolehkan paparan blog dibuka kepada semua gadjet seperti telefon pintar, tablet ataupun komputer bersesuaian dengan ukuran secara automatik.

Contohnya anda cuba membuka blog ini pada komputer anda, kemudian cuba pula membuka blog ini melalui telefon pintar anda dan lihat apa yang terjadi adalah paparan blog ini muncul dengan saiz yang berbeza sesuai dengan ukaran skrin anda.

Apa Kelebihannya?

Setiap sesuatu yang dicipta pasti ada kegunaanya bukan? begitulah dengan template responsive, ia bukan sahaja sesuai dengan dengan ukuran saiz gadjet anda, malah ia juga lebih mesra pengguna berbanding template non-responsive.

Muat Turun Template Responsive

Saya berminat untuk menggunakan template responsive, bagaimana untuk mendapatkanya?
Mudah sahaja, pengguna blogspot pada hari ini tidak perlu risau lagi untuk mendapatkan template yang cantik, malah ia juga lengkap dengan ciri ciri yang diperlukan seperti template responsive ini secara percuma.

Ada boleh muat turun template responsive dengan menaip kata kunci seperti: " Responsive blogspot template" 

Dibawah ini adalah senarai senarai blog yang menyediakan perkhidmatan muat turun template responsive secara percuma untuk blogspot.
1. www.templateism.com
2. www.soratemplates.com
3. www.templateify.com
4. www.gooyaabitemplates.com

Uji Template Responsive

Anda boleh menguji paparan template responsive  blog anda di sini
+ masukan url blog anda dan klik pada button go.

Semoga bermanfaat! saya doakan anda berjaya.

         
Posted: 16 Jan 2014 11:06 PM PST
Mari Kenali tetapan asas sebelum menulis posting di blog.
6 perkara asas patut anda tahu sebelum menulis (panduan untuk pemula)


1. Post title
Isikan Tajuk Post anda didalam kotak yang disediakan, sebagai contoh saya memilih tajuk "  Sejarah Malaysia "

2. Kandungan Posting
Tulis kandungan posting, sebagai contoh ceritak kepada pembaca dan terangkan apa yang berkaitan dengan tajuk posting anda, sebagai contoh untuk tajuk "sejarah malaysia" saya ceritakan sedikit sebanyak asal usul sejarah bagaimana malaysia merdeka.

3.Post bar
Sebagai alat untuk digunakan kedalam kandungan seperti memuat naik gambar, video, menukar gaya tulisan, memasukan link dan mengubah posisi

4. Post setting.
Tetapan post anda,
1. label - sebagai kategori posting anda, contoh untuk posting "sejarah malaysia" saya masukan dibawah kategorisejarah,info,  anda boleh letakan banyak label didalam satu posting, sebaiknya tidak melebih 10 label / kategori.

2-. Schedule - Jadual posting diterbitkan, anda boleh menetapkan ia di post secara automatik atau menetapkan tarikh tarikh tertentu untuk posting itu diterbitkan

3. Permalink - pautan permanen posting anda, contoh permalink : http://akademiblog.com/2013/12/panduan-asas-blogging.html anda boleh menetapkan nama untuk permalink anda sendiri, sebagai contoh boleh ubah menjadihttp://akademiblog.com/2013/12/panduanblog.html

4. Location - tetapan lokasi anda, (contoh lokasi : malaysia)

5. Search description - Tetapan carian penerangan, anda boleh masukan kata kunci untuk posting anda, sebagai contoh tetapan penerangan saya adalah seperti:
bila malaysia merdeka, sejarah malaysia, malaysia, 1 malaysia, malaysia merdeka.

6. Option - pilihan tetapan pada posting.
contoh tetapan


















7. Custom robot text - pilih default

5. Close Button untuk menutup posting jika tidak ingin diterbitkan atau simpan posting di draf
6. Preview - pratonton posting sebelum diterbitkan
7. Save - Simpan posting selepas siap dikarang, (sebelum menekan button close jika tidak ingin diterbitkan)
8. Publish - Terbitkan artikel diruangan blog.

selesai bahagian " kenali tetapan asas pada posting"

* jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi akademi blog difacebook atau tinggalkan komen anda dibawah.


        

Catat Ulasan

17 Ulasan

  1. terima kasih atas sharingnya... zaman sekarang ni ramai orang guna hp jer untuk blogging jadi info ni sangat berguna... terima kasih sekali lagi

    BalasPadam
  2. Sangat berterima kasih pada Akademi Blog Malaysia...dapat email ni..ada bahan nak entry kan di blog

    BalasPadam
  3. Template responsive amat memudahkan pembaca.. mesra pengunjung juga. Perkongsian yg bermanfaat buat kita semua.. t kasih.. :)

    BalasPadam
  4. Bagus cikgu.....ada kemajuan dalam hidup namanya.... Okje ni, macam dah cukup je apa yg ada hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu geng, rajin sungguh Cikgu belajar & gali ilmu.m

      Padam
    2. UMi cuba klik tengok dahulu ..situasi tempalte responsive ni..terbaik lah ..cepat capaiannya..memang benar kata blogger terkenal HH..hal template pengaruhi keberadaan kita di blog..sebeb itu Etuza try promotkan...Umi guna dahulu blog lain ke akaun blog lain..tak cuba tak tahu lah UMI

      Padam
  5. Tak suka bermain dengan setting, kang lari..

    BalasPadam
    Balasan
    1. template blog UMI juga ok..cepat capaiannya jika lain kuat..lain ternet ja sebenarnya peranti SEO juga line ni..tak kuat line tak laju SEO

      Padam
  6. Bila baca & faham betul2, cam berkenan dengqn template ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. try ya UMI ..cuba ya tak try tak tahu tak ada ilmu tambahan .....)

      Padam
  7. bukan ke pengguna blogspot dan ada ciri2 template responsive kerana jika JM buka blog di Tablet, paparan adalah sesuai dgn size gadjet so tak perlu lagi nk download template ni

    BalasPadam
  8. so JM kurang faham akan keperluan nya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. bermakna lebih respond..mesra klik dan setting dah sedia ada. Pun masih boleh di tambahkan alatan lain.kalau kreatif lagi menarik template responsive ni JM.

      Lebih SEO..search enjin organisations.. kita akan set masa tak berapa membuang masa lah tu..

      Padam
  9. perkongsian tetapan pada setting tu JM suka :-)

    BalasPadam
  10. terima Kasih Cikgu Etuza atas perkongsian ini..Banyak yang lya belajar kat blog Cikgu Etuza ni..Makin mantappp Alhamdulillah ..teruskan semangat berblogging ya CIkgu..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.