Titis - Titis Air Hujan Itu...Segarkan Matamu!

 Titisan Air Hujan Di Pagi Hari.
Pesona Bunga DiLaman Etuza Selepas Titisan Hujan
Di Pagi Hari.

Adakah Anda Merasa Damai Dan Tenang Melihatnya!





     Titis-Titis Air Hujan Itu...

    Lihat dia menitis satu-satu..
    Membelai sang dedaun ...
    Dan pada kelopak bunga-bungan itu..
    Pada rerumput melata disana..
    Sangat segar kelihatannya..
    Adakah kau rasa apa yang aku rasakan...
    Melihat titis-titis air hujan kala pagi...
    Amat mengasyikkan ..amat menyegarkan jiwa..
    Sesegar bunga alam di laman..
    Sesegar pepohon selepas disirami hujan malam..
    Kesan nya titi-titis hujan menitis satu persatu..
    Indahnya terasa..kagumnya terasa..

    Terlihat adanya Kasih Sayang tercipta..
    Terlihat cintaNya dan kasihNya pada alam ini..
    Diberi siraman titisan hujan..
    Lihat titi-titis hujan itu...
    Setitis demi setitis disambut bumi..
    Lesap lalu menyerap ke tanah alam..
    Segar seketika aman berpanjangan..
    Bahagia terasa melihat titis-titis air hujan itu..
    Adakah kau rasakan ....

    Nota: Semalam hujan di lembah teratak Etuza. Bukan lebat tapi cukup lama sehingga pagi menyinar menatari. Selepas berhenti Etuza klik dapatkan titi-titis air hujan itu. Pada anda huraikan menurutmu. Caramu dan apa dimindahmu. Tiada siapa yang menghalang mindamu berfikir. 
    


Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. ASSALAM TITISAN HUJAN DI ATAS BUNGA2 DAN DEDAUN SGT INDAH MENYEGARKAN ALAM SEMESTA...CANTIK SUNGGUH.

    BalasPadam
  2. Terasa kesegaran pabila menatap gambar-gambar diatas... :)

    BalasPadam
  3. dah klamer xbermain dengan embun dirumput...rindu kampung...

    BalasPadam
  4. sejum mata memandang titisan hujan di pagi hari..bangun bagi udar segar je..kalau tinggal di bandar seperti JM ni..susah nk dapat titisan hujan di atas poko2 dedaun nih..kleuar rumah nampak tar je

    BalasPadam
  5. cantik dan nyaman shje pemndgnnya

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.