Tips Niaga Nabi Muhammad SAW - Berniaga Dengan Cinta

Tips Niaga Nabi Muhammad SAW - Berniaga Dengan Cinta

Tips Niaga Nabi Muhammad SAW- Berniaga Dengan Cinta 

Sedikit menjadi panduan kepada insan 
dan sesiapa sahaja yang ingin BERGELAR
USAHAWAN MUDA juga panduan Etuza sendiri.

gambar hanya hiasan semata - mata. produk dalam gambar
tiada di dalam supermaket biasa..harap maklum.

BERNIAGA DENGAN CINTA ( APA KAH MAKSUDNYA )

    Cinta merupakan tenaga atau kuasa dahsyat yang mampu menggerakkan sesuatu dari yang tidak mungkin menjadi mungkin. Cinta dapat membuatkan seseorang yang sebelumnya kedekut menjadi dermawan, orang yang sebelumya sangat lemah menjadi kuat. Juga cinta membuatkan seseorang itu bersabar dalam sebuah penantian. 

       Begitu dahsyatnya kuasa cinta dalam setiap eleman  kehidupan, sehingga mampu menggerakkan sesuatu yang secara mustahil menjadi mungkin. Itu semua kerana cinta mampu merakit kepingan-kepingan kuasa yang tidak dapat diganti dan tidak dapat diramal.

     Cinta merupakan mutiara paling mahal di dunia . Jika seseorang itu sudah mampu mencintai sesuatu dengan sepenuhnya, maka perkara yang akan difikirkan ialah keupayaan untuk sentiasa memberi. Jika seseorang itu sudah mampu bekerja dengan digerakkan oleh kuasa cinta, maka itu juga akan memberi kesan kejayaan. Inilah yang pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dalam melakakukan perniagaan sehingga mampu menuai kejayaan yang besar.

    Dikatakan bahawa " Rasulullah s.a.w. tidak pernah marah terhadap pelanggan dan rakan niaganya. Bahkan, terhadap orang yang sangat membencinya pun , baginda tetap membalas dengan penuh rasa cinta" Dahsyatnya peribadi Nabi Muhammad S.A.W. yang hanya segelintir dari kita mampu membuatnya. Mari mulai hari ini amalkan cara niaga nabi ini iaitu berniaga dengan cinta yang ikhlas terhadap perniagaan dan cinta terhadap pelanggan dan sesiapa sahaja, di sertai juga dengan kesabaran yang dalam. 

    Begitulah sedikit tips cara Niaga Nabi Muhammad S.A.W. yang ditulis oleh Najamuddin Muhammad, terbitan Al Hidayah House Of Publishers Sdn.Bhd. Semoga memberikan kita semua kesedarana betapa penting rasa cinta itu. Cinta yang cukup luas dan amat bermakna dalam perniagaan kita, baik niaga cara kecil-kecilan atau juga perniagaan yang besar sekalipun amalkan lah BERNIAGA DENGAN CINTA. InshaAllah.

Nota: Manusia yang paling beruntung ialah manusia indiovidu yang mampu mengawal amarah, kerana amarah itu adalah bisikan syaitan laknatullah. selain itu manusia yang mampu bersabar, sentiasa berdoa dan tawakal bahawa kejayaan itu harus merujuk kepada keimanan kepada Allah.

 ( Etuza memohon maaf kepada blogger Safirul Ammar-hingga kini hadiah belum sampai kepadanya, entahlah apa yang tidak kena. InshaAllah akan fikirkan bagaimana menghargai dia sekali lagi, tetapi mungkin bukan dalam bentuk sijil, harap Safirul bersabar ya)

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

10 ulasan

ejaan akan di perbaiki mohon maaf

berniagalah mengikut cara NABI MUHHAMAD..insya allah..pasti beroleh kejayaan...

Kalau berniaga ikut Nabi kita tak boleh ambik untung berlebih-lebih, ambillah untung secara yang paling minimum:

a) Mengikut mazhab Malik dan Syafi’ie; keuntungan yg boleh diambil adalah tidak lebih dari 1/3 atau 34% harga pasaran ( jika harga pasaran RM 10.00, hendaklah dijual tidak melebihi RM13.40)

b) Imam Nasir bin Yahya al-Balkhi membezakan antara tiga jenis; (1) Hartanah: jangan melebihi 20%, (2) Ternakan: jangan melebihi 10%, (3) Barangan lain: jangan melebihi 5%.

c) Mazhab Hanafi dan Hanbali berpandangan kadar beza harga yang dibenarkan itu tidaklah tetap pada peratus tertentu. Ia berubah-rubah mengikut ‘uruf (kebiasaan) di kalangan para peniaga dan penilaian mereka.

Pandangan inilah yang dipakai kerana tidak ada nas Syarak membataskan kadar harga maksima yang boleh diletakkan, oleh demikian penentuannya kembali kepada kita sebagai manusia, wallahualam....

Terima kasih di atas perkonggsian ini..

Kiriman Cikgu mngkin dah sampai kot, balik nanti saya tengok..

Dgr khabar, kawasan perumahan kami ibarat pulau, dikelilingi dek air, tak tau le lepas balik ke tak ni? Banyak laluan tersekat.

Semasa kami ke mari keadaan terkawal cuma selepas beberapa jam, paras air meningkat, insya allah penempatan kami selamat sebab di berada di kawasan tinggi

berniaga dgn jujur ikhlas amanah pasti untung berganda...

berniaga: lillahi taala, jujur dan ikhlas. insya allah berganda ganjarannya

setuju dengan kak Kam

barulah faham maksud berniaga dengan CINTA ingat berniaga bersama buah hati :-)

setuju juga sama kak paridah

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (431) Ceritaku (417) Berita (380) Agama (364) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (293) Tips Blog (265) Info Lelaki (264) Pengalaman (234) Anak (210) Nasihat (205) Pendidikan (200) Rasa Bahagia (181) Kasih sayang (178) Berita Keningau (167) Hadiah (148) Pelancongan (129) Gambar (120) Alam Semulajadi (116) Ekonomi (102) Segmen (101) Sejarah (101) Keluarga (83) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (62) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (42) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (35) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Percutian (25) Masyarakat (22) Haiwan (21) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Kucing (19) Perkahwinan (19) Tips (19) Seni (18) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Majlis Kahwin (8) Lanskap (7) Lirik Lagu (7) Hari Jumaat (6) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Grafik (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Anak Buah (2) Banjir (2) Buah (2) Takziah (2) Makanan (1) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger