Tiga Berita Utama Di Blog Etuza

Tiga Berita Utama Di Blog Etuza

gambar-gambar dapatan sosial Etuza hari ini..alhamdulillah..
syukur nikmat yang Allah ..

      Berita 1 : Etuza ambil gambar banner program Santai Ilmu Bersama Y. Bhg Ustaz Kazim Elias depan Masjid Al- Rahim petang tadi, Etuza singgah di masjid lalu mengambil gambar banner. Dan tempat sebenar ialah di Dewan Masyarakat Keningau, di Kompleks Sukan Keningau pada jam 8.00 malam malam ini.Kepada warga Keningau dijemput datang awal bagi mengelakkan kesesakan lalulintas.Dijangka sibuk dan sesak jalanraya. Di desa Etuza dan Desa mama juga sibuk memperkatakan kehadiran Ustaz tersohor ini di Keningau.

       Berita 2 : Etuza mendapat berita bahawa permohonan anak lelaki Etuza Ibnu Mustaqim telah berjaya permohonan Etuza untuk mendaftarkan Ibnu Mustaqim di Sekolah Menengah Agama, Keningau selepas mengisi data di online sejurus mendapat keputusan UPSR. Cikgu Hazlawati Azlan, guru kelas kelas Ibnu memberitahu petang tadi seramai 5 orang dari sekolah SK. Penagatan, Keningau berjaya dan akan mendaftar pada 4hb Jan 2015 nanti. Di minda Etuza membayangkan memang kena buget juga membeli kelengkapan pakaian seragam di sekolah aliran agama ini. Songkok samping dan sebagainya kena beli baru untuk putera Etuza ini. Apapun alhamdulillah Syukur kepada Allah.

       Berita 3: Etuza sebenarnya memendam perasaan, sakit juga telinga bila mendengar setiap malam ada berbunyi krik krok atau ngek ngek atas syiling rumah Etuza. Inilah keadaan bila rumah di kebun. Memang ada saja pendatang asing seperti cik t.....s datang sorok -sorok di atas syiling. Bila malam bising hingga sakit telinga dengar. Kalau malam memang Etuza letak kucing dalam rumah kucing. Kunci dan tidak ada seekor pun keluar. Tapi malam ini mama biarkan pula kucing yang bernama LILI masuk rumah. Huuuhuuuuu!!! taraa!!! tengok lah LILI tangkap cik T...s besar macam lengan. Kata mama cik t..s terperangkap dalam bilik. Ketakutan masuk dalam bilik. Selalunya cik...t...s tengah malam baru nak membising. Malam  semalam merayau awal-awal. Ha dah kena ngap si LILI. Besar cik t...s ni..yang ambil gambar ni Ibnu Mustaqim sekitar jam 10.30 malam. Kata mama Etuza tertidur depan TV. Hehehe...alamak...

Ha ini lah 3 berita utama blog Etuza. Best juga kan baca berita Etuza.Semoga tiada kuncu cik t...s ni datang lagi, sebab kalau datang lagi habislah, Etuza akan lepaskan semua kucing baru pada muka cik...t..s ni...)

Catat Ulasan

20 Ulasan

  1. memang heboh keningau kehadiran Ustaz tersohor ni...dah ready nak ke sana ..nak mandi dah ....)

    BalasPadam
  2. Jangan lupa berselfie bersama Ustaz Kazim Elias dan ceritakan kembali ceramah beliau..

    BalasPadam
    Balasan
    1. nampaknya tak kesampaian ribuan manusia ..sukar nak ke depan. boleh tu bole tapi Etuza fikir langung balik selepas selawat nabi

      Padam
  3. Alahaiiiiiiiiiiiiii Tetamu tidak di undang - Cik Tie paling saya tak suka, lagipun ia membawa penyakit 'air kencing tikus'

    BalasPadam
  4. ada kucing peliharaan yg takut tikus.

    BalasPadam
  5. SP tak dapat hadir ke majlisUstaz Kazim, ada hal penting..:(

    BalasPadam
  6. Salam Cikgu Etuza ..Sorry ya Cikgu,Lya baru blk bercuti arini ..Tak sempat nak balas pertanyaan Cikgu kat blog Lya aritu..Lagipon line kat sini lembap sekarang ni tak macam dulu.Cuaca tak berapa bagus selalu hujan line tenet pon sangkut2..Time sempat dapat la Lya up entri kalau tak mmg tak dapat la..Ni line ok sikit Lya bw sini ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. iya Lya faham sangat..tak apa, inshaallah dengan izinNya banyak lagi masa kita berblog pada masa akan datang

      Padam
  7. tahniah utk anak Etuza...saya tumpang gembira mendengarnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih Madam kamsiah...genarasi kita kena beri pendidikan agama

      Padam
  8. congrates sb anak berjaya dapat masuk sek agama. tapi utk berita ke-3 tu...erkkkkkkkkkkkk geliiiiiiiiiii

    BalasPadam
    Balasan
    1. Norsalihah...geli kucing ke geli sama tikus hihih..meh sini nk lempar ke Salihah ahahaah...

      Padam
  9. Entry iklan ini bernilai 1000 lebih klik paparan halaman..dalam tempoh beberapa jam sahaja sudah capai 100o lebih klik..hebat

    BalasPadam
  10. nanti kongsi lah intipati daripada ceramah ustaz kazim tu..kami di semenanjung nk jugak tahu :-)

    BalasPadam
  11. Berita no 2 tu mmg sgt mengembirakan..Tahniah Ibnu Mustaqim kerana berjaya terpilih memasuki ke Sekolah Menengah Agama...auntie JM doakan Ibnu akan berjaya dunia dan akhirat..yg penting 'jaga' solat ye :-)

    BalasPadam
  12. Berita No 3 tu...nasib baik kucing masih lagi suka mkn tikus tu..di tempat JM Ni kucing yg takut tikus kerana tikus kat sini sama size dengan kucing. Kucing kat sini juga x 'layan' tikus layan ikan dan ayam goreng :-)

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.