Sesi Persekolahan 2015 Bermula
Pada 12Hb Januari
Di Negeri Sabah & Negeri Lain.
Berita terkini dari Meja Kementerian Pendidikan
Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan Malaysia
Telah memaklumkan tambahan seminggu cuti sekolah.
KLIK SINI Infor Cuti
Kementerian Pendidikan Menerusi Ucapan Pengumuman Timbalan Perdana Menteri Di Menteri Pendidikan Malaysia memaklumkan pada 29hb Disember 2014 iaitu sesi persekolahan tahun 2015 akan dibuka atau dimulakan pada 11hb Januari 2015 ( ahad ) bagi Kelantan, Terangganu, Kedah dan Johor yang sepatutnya dibuka pada 04 Jan 2015. Dan bagi Negeri lain termasuk Sabah akan dibuka pada 12hb januari 2015 ( isnin). Tambahan cuti seminggu telah dilakukan kerana ekoran dari musibah banjir yang melanda di beberapa negeri di Pantai Timur dan Utara Semenanjung Malaysia.
Tambahan cuti seminggu ini adalah kerana faktor memberikan persediaan yang terbaik kepada pihak warga guru dan para pelajar serta ibubapa dalam mempersiapkan segala kelengkapan pakaian termasuk fizikal dan mental dalam memulakan era persekolahan 2015. Selain itu pihak Kementarian Pendidikan juga mahu agar sekolah yang dinaiki banjir dapat berfungsi serta selamat dan bersih digunakan.
Menurut Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin Timbalan Menteri Pendidikan menyatakan bahawa keadaan dua perkara utama menyebabkan tambahan seminggu lagi cuti sekolah bagi sesi 2015.Iaitu:-
a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan
b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.
Nota: Semoga tambahan cuti seminggu ini dapat dimanfaatkan oleh warga pendidik dan para pelajar untuk menyediakan kelengkapan persekolahan. Semoga juga negeri -negeri yang terlibat mangsa banjir akan cepat diusahakan proses pembersihan dengan cara kerjasama semua pihak.Blogger Etuza membuat pemakluman lanjut infor tambahan cuti seminggu.
17 Ulasan
bestnya....
BalasPadambersyukur tetapi kita tetap sedih keadaan kerosakan teruk di kawasan banjir besar itu
Padamassalam eloklh ada keselesaan sedikit diberi masa agar anak2 n ibubapa yg terlibat bnjir bersedia apa yg patut...kelihatannya bnjir pun belum surut lg di bnyk kwsn msh digenangi air bah...
BalasPadamsimpati dengan keadaan banjir yang banyak kerosakan teruk. Semoga mereka tabah
PadamNampaknya tersenyum riang la sebahagian murid sebab cuti ditambah lagi kan cikgu etuza..;)
BalasPadamKami dlm sektor lainpun nak cuti juga..sob3
BalasPadamKatanya tambah cuti seminggu tapi pastinya semua pendidik & staf kt sekolah perlu membuat persiapan untuk memulakan sesi pembelajaran, dapat bayangkan betapa penatnya mereka..
BalasPadamada betulnya UMI, namun kita usah lupa penderitaan mangsa banjir moga mereka tabah
PadamItulah Cikgu, ambil masa untuk baik pulihkannya..
Padamkecian lak dekat bdk2 yang jdi mangsa banjir...habis baju2 sekolah mereka
BalasPadammoga cepat dapat bantuan..boleh beli baju baru
PadamAlhamdulillah... sekurang2nya ada juga masa bertenang utk ibu bapa dlm menghadapi kesibukan urusan awal tahun nanti. Mudah2an segalanya dpt berjalan lancar... aamiin.
BalasPadamsecara langsung ibubapa jg yg bekerja kalau kebetulan cuti, dapat juga nikmati cuti dengan anak2 ..kan UMI
BalasPadamSemoga cuti ini dimanfaatkan sebaik mungkin...
BalasPadammulai tahun ini JM akan ambil tugas sebagai seorang 'ibu' kerana adik bongsu tukar sekolah ke negeri JM bekerja skrg. Ini kerana adik bongsu JM berkawan dgn budak2 x habis sekolah semasa berada d kampung. Jadi rutin harian akan berubah 360 darjah
BalasPadamjadi apabila ada berita tambahan cuti sekolah adalah satu berita gembira jika tidak sebelum ni mmg x pernah nk ambil kisah pun :-)
BalasPadamTerdapat sesetengah pihak mengatakan cuti tambaham dibatalkan. Benarkah?
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.