Tambahan Cuti Seminggu Lagi

Sesi Persekolahan 2015 Bermula 
Pada 12Hb Januari
Di Negeri Sabah & Negeri Lain.
Berita terkini dari Meja Kementerian Pendidikan 

Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan Malaysia
Telah memaklumkan tambahan seminggu cuti sekolah.
KLIK SINI Infor Cuti

     Kementerian Pendidikan Menerusi Ucapan Pengumuman Timbalan Perdana Menteri Di Menteri Pendidikan Malaysia memaklumkan  pada 29hb Disember 2014 iaitu sesi persekolahan tahun 2015 akan dibuka atau dimulakan pada 11hb Januari 2015 ( ahad ) bagi Kelantan, Terangganu, Kedah dan Johor yang sepatutnya dibuka pada 04 Jan 2015. Dan bagi Negeri lain termasuk Sabah akan dibuka pada 12hb januari 2015 ( isnin). Tambahan cuti seminggu telah dilakukan kerana ekoran dari musibah banjir yang melanda di beberapa negeri di Pantai Timur dan Utara Semenanjung Malaysia. 

    Tambahan cuti seminggu ini adalah kerana faktor memberikan persediaan yang terbaik kepada pihak warga guru dan para pelajar serta ibubapa dalam mempersiapkan segala kelengkapan pakaian termasuk fizikal dan mental dalam memulakan era persekolahan 2015. Selain itu pihak Kementarian Pendidikan juga mahu agar sekolah yang dinaiki banjir dapat berfungsi serta selamat dan bersih digunakan.

   Menurut Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin Timbalan Menteri Pendidikan menyatakan bahawa keadaan dua perkara utama menyebabkan tambahan seminggu lagi cuti sekolah bagi sesi 2015.Iaitu:-

a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan

b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.

Nota: Semoga tambahan cuti seminggu ini dapat dimanfaatkan oleh warga pendidik dan para pelajar untuk menyediakan kelengkapan persekolahan. Semoga juga negeri -negeri yang terlibat mangsa banjir akan cepat diusahakan proses pembersihan dengan cara kerjasama semua pihak.Blogger Etuza membuat pemakluman lanjut infor tambahan cuti seminggu.

Catat Ulasan

17 Ulasan

  1. Balasan
    1. bersyukur tetapi kita tetap sedih keadaan kerosakan teruk di kawasan banjir besar itu

      Padam
  2. assalam eloklh ada keselesaan sedikit diberi masa agar anak2 n ibubapa yg terlibat bnjir bersedia apa yg patut...kelihatannya bnjir pun belum surut lg di bnyk kwsn msh digenangi air bah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. simpati dengan keadaan banjir yang banyak kerosakan teruk. Semoga mereka tabah

      Padam
  3. Nampaknya tersenyum riang la sebahagian murid sebab cuti ditambah lagi kan cikgu etuza..;)

    BalasPadam
  4. Kami dlm sektor lainpun nak cuti juga..sob3

    BalasPadam
  5. Katanya tambah cuti seminggu tapi pastinya semua pendidik & staf kt sekolah perlu membuat persiapan untuk memulakan sesi pembelajaran, dapat bayangkan betapa penatnya mereka..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada betulnya UMI, namun kita usah lupa penderitaan mangsa banjir moga mereka tabah

      Padam
    2. Itulah Cikgu, ambil masa untuk baik pulihkannya..

      Padam
  6. kecian lak dekat bdk2 yang jdi mangsa banjir...habis baju2 sekolah mereka

    BalasPadam
    Balasan
    1. moga cepat dapat bantuan..boleh beli baju baru

      Padam
  7. Alhamdulillah... sekurang2nya ada juga masa bertenang utk ibu bapa dlm menghadapi kesibukan urusan awal tahun nanti. Mudah2an segalanya dpt berjalan lancar... aamiin.

    BalasPadam
  8. secara langsung ibubapa jg yg bekerja kalau kebetulan cuti, dapat juga nikmati cuti dengan anak2 ..kan UMI

    BalasPadam
  9. Semoga cuti ini dimanfaatkan sebaik mungkin...

    BalasPadam
  10. mulai tahun ini JM akan ambil tugas sebagai seorang 'ibu' kerana adik bongsu tukar sekolah ke negeri JM bekerja skrg. Ini kerana adik bongsu JM berkawan dgn budak2 x habis sekolah semasa berada d kampung. Jadi rutin harian akan berubah 360 darjah

    BalasPadam
  11. jadi apabila ada berita tambahan cuti sekolah adalah satu berita gembira jika tidak sebelum ni mmg x pernah nk ambil kisah pun :-)

    BalasPadam
  12. Terdapat sesetengah pihak mengatakan cuti tambaham dibatalkan. Benarkah?

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.