Taman Rahim Ada Di Keningau Kini

Alhamdulillah Bersua Kembali Selepas
Beberapa Jam Meredah Bayu Line Yang
Amat Ku Harap Melekat Di Tinta Jari Manis Lelaki Ini.
Ya Line  Melekat Di Hujung Jari Manis Etuza lalu 
Klik Ke Sana Sini Dengan Pantas Dan Laju.

Seketika Tercungap Menunggu & Menunggu
Sabarnya Kerana Mu Blog Pesoan & Mustika Hati Lelaki Ini.

Apa khabar! Harimau Malaya Benar-Benar Mengaum
Semalam. Lena tidur rakyat Malaysia. Amin.

TAMAN RAHIM DI KENINGAU KINI.

View yang tak berapa jelas ini hasil klik Ibnu Mustaqim Photografhy
yang tidak bertauliah. Ok lah Etuza bagi grade B pada hasilan gambar ini.
Inilah gambar jika sedang berada dalam kereta dalam kelajuan 40 km/j


     Taman Rahim ini adalah nama sebuah kawasan perumahan yang 95% sudah siap dan kemungkinan telah dibooking oleh ramai orang. Nama perumahan kos mampu milik ini ialah TAMAN RAHIM bersempena nama seorang insan bernama Abdul Rahim. Orangnya sentiasa berkopiah dan tinggi dan dah berumur. Rasanya Abdul Rahim ini pesara atau yang telah pencen dengan kerajaan. Etuza kurang pasti sebab semasa pertemuan Etuza dengan Abdul Rahim di Masjid Al Rahim Keningau Etuza lupa bertanya pekerjaannya dahulu.

      Taman Rahim ini dinamakan Taman Rahim bersempena juga dengan Masjid benar-benar berdekatan dengan Taman Perumahan ini. Masjid Al Rahim Keningau juga bersempena nama Abdul Rahim kerana dialah yang begitu kuat menjaga dan memantau setiap apa juga aktiviti di Masjid Al Rahim. Abdul Rahim tinggal di Kampung Masjid Keningau. Seorang yang peramah dan mudah tersenyum, baik orangnya dan suka menghulur bantuan kepada ramai orang.

    Taman Abdul Rahim, sangat menarik kerana taman Rahim ini di bina juga pada tapak tanah milik Abdul Rahim. Tanah ini diusahakan dengan hasil kerjasama sebuah syarikat Jutaya  dengan Abdul Rahim. Hebat sungguh dan murah sungguh rezeki Abdul Rahim kita ini di Keningau. Katanya semua rumah adalah adalah atas nama Abdul Rahim dan saham pastinya juga kepada Syarikat Jutaya Sdn. Bhd. Sangat mengkagumkan. Rasanya pada pendapat Etuza Abdul Rahim ini boleh diangkat pemimpin agamawan di Keningau dan kini mampu duduk diam dengan rezeki yang melimpah ruah. Ok kita terus kepada iklan dan promosi sale Rumah Mampu Milik di Taman rahim ini.

     Lihat banner  kalau sesiapa yang berminat, khasnya WARGA KENINGAU sila datang ke Pejabat Jertaya  Di Hotel Juta Keningau untuk berurusan perbincangan dan temuduga proes pemilikan Rumah Mewah di Taman Abdul Rahim. Hubungi juga talian nombor 087-331209 atau 087- 301088. Dapatkan rumah mewah di Taman Abdul Rahim.Perumahan mampu milik yang sangat startegik dan pilihan lokasi yang terbaik tahun 2014 di Keningau, Sabah.

Nota: " Rumahku syurgaku" " Rumah idamanku, pilihan terbaik untuk genarasiku"

Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. Wa'alaikumsalam..semoga ceria bahagia..

    BalasPadam
  2. bila sebut Jari Manis..ingatkan panggil JM ahahah...terperasan pulak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akakpun ingatkan entri ini khas untuk JM, ahakkk..

      Padam
  3. berapa anggaran harga rumah di taman Rahim ni eh..

    BalasPadam
  4. Amboi Cikgu, kali ini 2 kali guna trade mark JM - Jari Manis..

    Kiranya ia sebahagian iklan rumah mewah, gamak2 harganya berapa ya kt Keningau?, - gaya orang berduit jer UA ni, ahakkk..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Asyik nama kak Umi je di sebut2..sesekali nak juga nama JM naik ahahah...sorry kak..JM gurau je..lepas ni dh x boleh nak 'gaduh2' manja kat sini..JM akan silent for 11 days :-)

      Padam
    2. Aok ni JM, kalau CUTI CUTI MALAYSIA, jangan risau dik, line internet ada, boleh jer online bila2 masa dan dimana jua..

      Padam
  5. rahim itu nama ayah ayie.. hehe
    wah ada taman nama rahim tu..

    BalasPadam
  6. Brapa harga rumah tapak taman rahim nhe ??

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.