Takziah Kepada Keluarga Imam Rasidi ( Al- Fatihah )

Takziah Kepada Keluarga Imam Rasidi
Di Kampung Penagatan Ulu, Keningau, Sabah.

Sekitar Jam 12.00 Tengahari Jenazah  Arwah Isteri
Imam Rasidi Telah Selamat Dikebumikan Dengan Lancar

Etuza sempat  merakam beberapa proses perjalanan
Pengurusan dan pengebumian arwah hari ini.
Kematian itu adalah pasti yang tiada siapa 
dapat menghindarinya.
Gambar selepas dimandikan dan dikapankan dengan kain putih
jenazah di letakkan di dalam surau Kampung Penagatan Ulu
untuk disembahyangkan ...ada lebih kurang 4 shap 
dan ketua sembahnyang jenazah ini ialah Imam Haji Hamzah Baba.
Ketua bagi memandikan arwah ialah Ustazah Daisah Maimin
dan para ibu / wanita di Kampung Penagatan Ulu.

Pengebumian dilakukan dengan tenang dan lancar,
alhamdulillah syukur kepadaNya kerana doa seluruh orang 
kampung dikabulkan agar hujan tidak turun semasa pegebumian.
Sesungguhnya Allah maha mendengar doa orang2 yang memohon 
kebaikan daripadaNya.

Semua yang datang memberi penghormatan kepada arwah..
duduk bersama mendengar doa dan tahlil arwah..
yang diketuai oleh Imam Haji Hamzah Baba.

Selesai pengebumian ..Ipar Etuza memberi pengumuman ucapan
terima kasih kepada yang hadir dan mohon agar dapat
datang ke rumah Imam Rasidi pada malamnya untuk 
majlis bacaan yasin dan tahlil arwah.

    Pagi hari ini Etuza mendapat panggilan daripada mak, mengatakan isteri Imam Rasidi di Kampung Penagatan Ulu telah meninggal dunia ketika berada di Hospital Queen Elezebert, Kota Kinabalu, Sabah. Etuza agak terkejut dengan pemergian isteri Imam Rasidi. Dan memang Etuza ketahui lama sudah arwah sakit. Apakan daya kita, kita tidak mampu menolak takdir, apabila ajal sudah sampai maka kita tdak dapat menahannya. 

    Kepada seluruh masyarakat Kampung Penagatan Ulu serta teman maya Etuza, marilah hadiahkan al-fatihah kepada arwah semoga rohnya tenang dan ditempatkan disisi orang-orang yang beriman. Ampunkan dosanya ya Allah, begitu juga kami yang masih hidup ampunkan dosa kami. Sesungguhnya kami adalah hambaMu yang lemah, sedang Allah lebih mengetahui segala yang rahsia. Berilah kekuatan kepada kami yang masih hidup, limpahkan ketenangan kepada kami sebagai umat Nabi Muhammad saw.

Nota: Hadiahkan lah Al-Fatihah kepada keluarga Islam kita yang telah meninggal dunia. Doakan semoga rohnya tenang dan ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman. Yang hidup perlu berjuang demi kelangsungan hidup dalam menuju keredahan Allah. Semoga dimudahkan urusan dan dimurahkan rezeki.

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Salam takziah kepada ahli keluarga..

    Al fatihah, moga rohnya dicucuri rahmat, aamiin..

    BalasPadam
  2. Blogger UMI dan MKLim..terima kasih ..bagi pihak Imam Rasidi ya

    BalasPadam
  3. Takziah buat keluarga Imam Rashidi.. semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas roh isteri Imam Rashidi dan menempatkan beliau dikalangan org2 yg beriman.. Al Fatihah... aamiin.

    BalasPadam
  4. takziah untuk keluarga beliau...semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 beriman...aminnn

    BalasPadam
  5. al fatihah...semoga arwah ditempatkan bersama org2 yg disayangi ALLAH..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.