Si Bulat Mohon Di Jaga Dengan Baik


 Bulat Masuk Lagi Jendela Maya.
Etuza & Family Mendapat Cal Dari Mesir!

 
 Gambar menarik Dari Bulat Yang Semakin Membesar..
Jiwa seorang wanita harus ada perasaan Kasih Sayang.Baby yang didukung
adalah baby dario adik Etuza seorang Ustazah...comel baby dia Madihah.
( amanah - bukan amnah )

      Semalam sebelum berlangsung majlis bacaan doa, Etuza mendapat cal dari Mesir. Dari Universiti Al Azhar. Happynya semua mendapat cal dari anak yang jauh. Macam dekat saja kedengarannya, walaupun suara agak tersekat sekat tapi masih jelas suara anak Etuza di kejauhan yang tak terkira jauhnya.

    Mulanya mama ( isteri Etuza )..sedang gaul-gaulkan agar sebati di kuali ( ayam masak rendang ) sementara ipar Etuza sedang membuat kerabu sayur peria. Mama happy kelihatannya, kemudian dia minta Etuza berbual lagi, berbual kemudian kepada Ibnu Mustaqim yang baru bersunat dan terakhir kepada Azie.Alhamdulillah pelajar Malaysia dalam bidang perubatan di sana aman dan tidak ada masalah timbul. Berita terbaru anak Etuza terlibat dalam pengurusan convo bagi pelajar senior yang telah tamat pengajian. Anak Etuza salah satu AJK Majlis Konvokesyen  bagi siswa siswi pada tahun 2014. Selain itu katanya pelajaran tiada masalah dapat ikuti sepenuhnya katanya. Cuma dia ada minta izin hendak balik kerana hendak buat bank draf pembayaran yuran setahun bagi tahun 2014 nanti, bank draf itu kena buat di Malaysia.Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana JPA sudah urus semua kebajiakan mereka di Mesir.

    Apapun ini pesan akhir dari anak di Mesir:-
 1. Kena jaga baik-baik si Bulat, susah payah dia jaga selama 3 bulan, masa tu bulat lahir tidak diperdulikan oleh ibu Bulat. Tak mahu diberi susu. Ibu bulat larikan diri, akhirnya puteri Etuza lah yang pelihara Bulat hingga kini sihat.
2. Makanan si Bulat kena beli Whiskers atau Pets Passion Cat Food yang mengandungi Vitamin C. Kena bagi makan spirulina brand E juga kartanya.
3. Bagi minum susu paling tidak kena bagi makan  katanya.
4. Dia tidak mahu Bulat tidak diperdulikan. Tapi dari segi badan Bulat tidak bulat lagi tapi panjang kerana Bulat ni kucing jantan. Kena mandikan, ha ini kerja Ibnu Mustaqim lah nampaknya, sebab dia yang selalu mandikanm menggunakan sabun detol.
5. Beginilah sebagai ayah kepada mereka semua akan Etuza bawa lah si Bulat dan dua ekor lagi anak kucing kami ke Klinik Haiwan. Etuza rasalah Bulat dan dua ekor anak kucing tu perlu rawatan agar sihat dan gemuk nanti. Etuza tengok Bulat tak berapa selera makan. Pelik kucing ni pantang nampak luar rumah, tidak mahu keluar, asyik nak dalam rumah saja. Mujur ada pembantu. Apapun Etuza kena paksa bulat keluar rumah agar dia tahu untuk berdikari. 

     Nampaknya Bulat dah jadi amanah dari anak Etuza di Mesir. InshaAllah ada rezeki dapatlah beli makanan yang bulat suka tu. Kepada semua tahukah anda bahawa Nabi kita Muhammad SAW sangat suka membelai kucing. Binatang kesukaan Nabi kita ialah kucing.; Jadi kita kena suka kucing sebab menyukai kucing juga adakah masuk sebagai ikut sunnah Nabi. Wallahualam.        
 

Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. mata Bulat memang bulat...sbb itukah Bulat diberi nama..??

    BalasPadam
  2. @❤Kamsiah❤
    Ya sebab muka dia dan mata tu lah lepas tu kaki dia 4 tu putih bulat..memang bulat lahir begitu..kuasaNya luarbiasa. Pelik ni dah tak tahu ibu dia kucing..nak manusia sayangkan dia, kalau Etuza dia cepat2 jilat ibu jari kaki Etuza. Huuumm dah faham lah nak minta disayangi..pandai pula tu nak minta makan..jika dah masa nak makan..)

    BalasPadam
  3. byk nyer pesanan dari kakak di Mesir..mesti beliau sangat caring dan sayang sama si bulat. JM dengar org yg suka kucing ni seorang yang penyayang

    BalasPadam
  4. @Jari Manis
    Mybe JM ..anak2 buah sangat suka dengan anak Etuza..siap dia tidurkan semua..lepas tu kalau tak nampak dia anak buah tercari2 terutama anak adik Etuza yang ustazah tu..

    BalasPadam
  5. Comel jer Bulat, diibarat anak emas gayanya, ditantang bak minyak yang penuh, bertuahnya..

    BalasPadam
  6. kalau lah JM ni lelaki..mmg akan cari pasangan yg penyanyang seperti anak cikgu tu dah le cantik pandai lak tu heeee

    BalasPadam
  7. @Jari Manis

    Insya Allah calon suami JM nantipun penyayang juga, hensem dan berpelajaran, bolehlah duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan JM..

    BalasPadam
  8. semoga amanah yg baik itu dpt dijga dengan baik yer cikgu.. wah bgus tu anak cikgu aktif.. aktif di universti adlh stu klbhn.. semoga berjaya di mesir

    BalasPadam
  9. Seronok dengar cerita cikgu......dpt bayangkan betapa gembiranya dpt panggilAn anak dari Mesir.....Untung Bulat sebab disayangi

    BalasPadam
    Balasan
    1. OKjer..
      Bulat vs Onyeng memang bertuah, ia terjaga rapi dan disayangi walaupun katanya Onyeng anak tiri cuma..

      Padam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.