Sepetang Menemani Isteri Ke Sana Ke Mari..

Sepetang Menemani Isteri Ke Sana Ke Mari..

 Sepetang menemani Isteri ...Bersama Azie & Alya.

Ke sana ke mari ada saja...sesekali 
Etuza lesap pergi bayar  bil dalam beg..
Ada 3 bil hari ini Etuza selesaikan ...Alhamdulillah..
Lepas ni boleh lah membeli keperluan anak-anak 
pergi sekolah tahun depan.

 Gambar berdua sebelum naik kereta..
seawal pagi sekitar jam 10 pagi.
Pokok belimbing menjadi latar gambar..
sedang berbunga..
Juada di KFC Azie yang tolong oder..
bawa dan menjadi santapan
tengahari hari ini...

Ambil gambar sebelum bertolak..Ibnu tak ikut, katanya malas
nak jalan-jalan..mama dah sediakan juadah tengahari atas meja
makan, rasanya dalam bekas ada nampak antaranya ikan masin 
di goreng. Gambar lain ketika di KFC ..bedal saja apa selera 
Azie dan Alya...

     Sekali lagi terkejut dapat Whatsapp seorang kawan bisnes ada oder produk Tersohor Brand Elken iaitu PENAPIS AIR KEN 200 berharga RM3699. Katanya hendak di pasang ke rumah baru. Esok pagi adalah temujanji kami. Petang tadi dah call dan kebetulan berjumpa dengan rakan bisnes Nasrul Hakim sedang dukung anak lelaki dia yang baru berumur 3 tahun lebih kurang.  Antara topik perbincangan ialah hal percutiaan dan hal kerja sekolah yang bakal disiapkan. Perbincangan ketiga hal bisnes. Katanya ada Jutawan dari KL akan berada di Keningau malam ini. Jutawan muda itu berasal dari Keningau, tetapi bekerja di Kuala Lumpur, telah berhenti kerja dan full time buat Elken. Sedang pandu SUZUKI  Jutawan itu menurut yang Etuza dengar mahu dihadiahkan kepada ayah dan ibu. Wow!!!! Siapa tak mahu jika dapat hadiah kereta SUZUKI ...new.

    Etuza dan Nasrul saling bersalaman dan Etuza drive  balik ke rumah kerana nampak pekat mendung di langit. Risau pula hujan lebat. Tapi alamak JEM lah jalanraya. Kenapa lah Keningau hari-hari JEM..padahal bandar kecil saja Keningau ni. Atau hari gajian agaknya lah kan maka JEM. 

Nota: Temanilah  orang tersayang di sisi anda. Usah membuat alasan jika orang tersayang berniat minta ditemani.Beli barang keperluan bersama dan makan semeja bersama suami adalah saat yang membahagiakan isteri dan anak-anak anda. Insha Allah.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

11 ulasan

Alhamdulillah rezeki..moga perniagaan elken Cikgu bertambah maju, aamiin..

Nasib baik di daerah kecil ini belum alami kesesakan lalulintas yang teruk.. 3-5 minit boleh sampai ke prjabat..

Salam...saya dah masuk anda dalam bloglist saya. Tq

begitulah petua supaya kekal bahagia...harmoni...

Welcome to this blog Abe MKL :-)

Cikgu...kalau JM bayar semua BIL tu online je..malas nk beratur di kaunter

Cikgu, itu lah resipi dan tips rumah tangga bahagia saling tolak ansur, ada masa bawak dorang keluar mkn di luar..ishh...teringin sangat JM nak merasai moment begitu ekekekek

tips bagus tu si JM.. nnt praktikkan ya

Samalah dengak akak JM, akak bayar melalui sistem TAP Bank Islam biarpun dikenakan sedikit caj, malas nak beratur

Insya Allah JM akan merasainya disuatu hari nanti

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (434) Ceritaku (418) Berita (380) Agama (369) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (295) Info Lelaki (266) Tips Blog (265) Pengalaman (235) Anak (212) Nasihat (205) Pendidikan (204) Rasa Bahagia (183) Kasih sayang (180) Berita Keningau (175) Hadiah (150) Pelancongan (130) Gambar (120) Alam Semulajadi (117) Sejarah (104) Ekonomi (102) Segmen (101) Keluarga (85) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (62) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (42) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (36) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Masyarakat (25) Percutian (25) Haiwan (22) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Kucing (19) Perkahwinan (19) Tips (19) Seni (18) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Majlis Kahwin (8) Hari Jumaat (7) Lanskap (7) Lirik Lagu (7) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Grafik (3) Jantung (3) Makanan (3) Pertunangan (3) Anak Buah (2) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Takziah (2) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger