Sekadar Blog Reliti Adalah Di Hadapan Kita

Sekadar Blog Sedang Realiti Adalah Di Hadapan Kita.

Ya Allah KepadaMu Etuza Mohon Lindungilah Blog 
Kami Dari Kejahatan & Kejahilan. Amin

Etuza Copy di FB SweetMuslimah.Com. Kiranya meminta
ihsan agar hanya Allah mampu memberi balasan kebaikan kepada 
SweetMuslimah.Com menyediakan banner terbaik ini. 

KELANA BLOG MAYA 

Jujur dan Ikhlas Etuza katakan kini...
Ada kebahagiaan dan kegembiraan yang indah..
Takkala kini kelana blog P&M semakin jauh..
Seiringan dengan  blog saudara di alam maya..
Bertukar idea dan saling bersapaan penuh mesra..
Terjalin lah persahabatan yang hanya kami yang tahu..
Menilai ketulusan tiap pena mendatangi..

Kadang ada ombak memukul pantai..
Terasa begitu lembut membelai pasiran tepian..
Ikut hanyut seketika kemudian kembali semula..
Seperti tiada noktah perlakuan itu..
Sebab memang ombak dan pantai saling merindu..

Kadangkala ombak pantai begitu ganas..
Menutup segala pintu yang ada..
Sukar ditembusi dan sukar di cari jawapannya kenapa?
Jiwa raga meronta, lalu timbul segala pertanyaan yang sia-sia..
Kerana sebutir pasir ditepian takkan pernah beri jawapan..
lalu. segera kembali kepada kelana maya yang normal..
Bahawa tiada yang bisa mengalahkan Kekuatan
Keyakinan dan ketabahan serta keteguhan..
YAKNI kita pulangkan kepada yang ESA..
Kepada Yang Maha Besar...
Dialah ALLAH azawazallah seru sekalian alam..
Dialah yang tahu segala rahsia ALAM..
Segala rahsia hati budi umat manusia..

Ya Allah kami mohon ampun dan maaf..
Blog kami blog hingusan yang tiada mewahpun..
Yang tiada apa-apa yang membuat orang jadi kaya dan raya..
Yang kami ada dan cuba wujudkan ialah UKUHUWA FILLAHI
Serta REDHAMu jua ..kerana dengan bertegur sapa
Membaca nilai ilmu di blog akan ada sinar..
Ya Sinar cahaya kehidupan menerangi jiwa yang kosong..
Semestinya kami harapkan SURGAWIMU Ya Allah..
Tiada lain selain UKUHUWA FILLAHI

Justru itu mohon ya Allah perbaiki lah jiwa insan
Jiwa insan yang cuba merosak damainya berblog..
Indahnya saling bertegur sapa..
Dan Indahnya mengikuti blog yang tinggi Pesona ILMUNYA..
Sesungguhnya sebaik-baik tempat memohon adalah
Adalah kepadaMu Ya Allah..
Lepaskanlah...jauhilah kabulkanlah..
Doa kami yang tulus murni..
Semoga insan lain di luar maya pada ini..
Menjadi insan yang selalu bertaubat..
Pada tiap kesilapan yang ada...
Ampuni kami ya Allah..
Amin Ya Rabbal Alamin.

karya jiwa lara ETUZA.

*Kepada Madam Kamsiah - Hal komen keluar dahulu blog baru
dapat komen..Etuza tak dapat berbuat apa2 kerana memang Etuza 
tidak tahu kenapa demikian. 

*Kepada: JM terima kasih hadiah yang sangat menggembirakan sudah sampai di rumah Etuza hari ini.

*Kepada : Semua maafkan jika ada menemui masalah di blog Etuza.

*Kepada : Semua pembaca maya..andalah keutamaan Etuza..
Terima kasih anda sudi membaca paparan Blog P&M.
Semoga masalah yang timbul dapat diselesaikan. Amin.




Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Amin, mudah2an kita semua di dalam lindunganNya..

    Pssstt: mungkin ada kesilapan pada tetapan ulasan, cuba Cikgu semak disana

    BalasPadam
  2. yeay..kak Umi org pertama...maybe JM org kedua ni :-)

    BalasPadam
  3. pelbagai rintangan dan dugaan semasa berblog itu perkara biasa kerana JM pernah melaluinya..jadi harungilah ia dengan penuh sabar

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.