Sabah Teh Garden Mengujakan

Sabah Tea  Garden Di Ranau Sabah
Terletak Di Nalapak Ranau Sabah.


Papan Tanda Ladang Terbesar Tea Sabah Di Nalapak Ranau.

    Entry kali ini Etuza menyingkap sejarah dan pengalaman Etuza semasa mengikuti rombongan Jabatan Teknologi Pendidikan Sabah membuat Program Lawatan sambil belajar di Ladang Sabah Tea yang terdapat di Nalapak Ranau. Ladang tea terbesar di sabah dan TERKENAL sebagai daya tarikan pelancongan pada masa sekarang.

     Sabah Tea Garden ini kita boleh melawat saujana ladang tea menghijau dan amat segar sebagai santapan mata kita, selain kita dapat melihat cara tea diproses di kilang secara dekat, melihat bagaimana dedaun tea dimasukkan ke dalam jentera pemprosesan tea sehingga tea yang telah diproses dibungkus dan dipasarkan. Di ladang ini juga mempunyai tempat persinggahan di mana tempat itu ialah Cafe yang lebih kepada tempat jamuan, tempat menonton slide atau tayangan informasi mengenai ladang tea Sabah serta akhirnya kita boleh memilih Tea Sabah yang telah di bungkus atau di kotakkan lengkap dengan lebal untuk di beli. Pelbagai corak bentuk yang sangat kreatif dapat kita lihat. Etuza katakan pasti akan berlaku insiden rambang mata apabila melihat pelbagai tea dijual itu. Untuk cenderahati kita boleh membeli dengan harga yang berpatutan.

Klik Google Copy sedikit tambahan info ( terima kasih Google Search )
Klik laman ini SINI info Ladang Sabah Tea lagi gempak..
sobriyaacob.com
KLIK SINI sobriyaacub.com ( terima kasih Blogger Sobriyaakub)
  • Ladang teh Sabah terletak di kampung Nalapak dalam daerah Ranau iaitu kira-kira 120 kilometer dari bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Lokasi ladang teh ini berada di laluan lebuhraya di antara Telupid - Ranau iaitu selepas persimpangan ke Poring Hot Spring. 
  • Ladang teh ini berada di ketinggian 2,272 kaki daripada aras laut dengan keluasan ladang sebesar 6,200 ekar. Ladang Teh Sabah (Sabah Tea Garden) adalah merupakan satu-satunya ladang teh organik di kepulauan Borneo.
  • Masa operasi adalah antara jam 8 pagi hingga 4 petang. Masuk adalah percuma tetapi lawatan ke kilang teh dikenakan bayaran RM10 / 13 seorang *Kadar bayaran saya tidak pasti*
Mari kita lihat beberapa gambar yang sempat
Etuza ambil ketika melawat di Sabah Tea Garden.


tengok sangat cantik untuk dibeli sebagai cenderahati kepada teman blogger.
atau kepada sanak saudar anda.
Tengok pula yang ini..Ini adalah banner kecil dan unik 
untuk dibeli sebagai kenang-kenangan ketika anda
membuat lawatan di Sabah Tea Garden.Jemputlah 
Melawat di Sabah Tea Garden Sempena Cuti Sekolah
Berbaloi. Negara Kita Kaya Keindahan. 

Ini gambar team Etuza ke Ladang Sabah Tea Garden
Dari Keningau dan Sandakan.
Yang berbaju hijau tu adalah kakitangan atau pekerja di Ladang Sabah Tea.
Gambar selepas mendengar ceramah ringkas di Cafe ini.

"Indah terasa kehidupan ini,
Dengan hanya menghargai diri alam sekitarnya,
Jangan lah lupa pada keindahan Negara ini,
Panorama indah saujana mata memandangnya."

Kepada sesiapa sahaja yang teringin ke Sabah Tea Garden, jangan risau kerana tempat ini memang selamat, menarik dan anda akan ditemukan dengan pelbagai jenama Tea Sabah untuk buah tangan anda. Datanglah ke Sabah Tea garden sempena cuti-cuti Malaysia.
By Blogger Etuza

Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. Selokou...seronok makan angin. Teh organik mmg bgus untuk kesihatan. Bebas racun serangga. Salah satu peket minuman kegemaran. View pun mempersonakan. Terbaik.

    BalasPadam
  2. Teah sabah ni memang femes, JM pergi ke Hong Kong last 2 years kalau x salah..aada masuk satu mall tu di JK..tak ingat nama mall tu..sekali ternampak bungkusan hijau..ehh..Teh Sabah lah..pastu senyum sendiri..sampai ke sini ko ye heeeee

    BalasPadam
  3. Saya selalu beli Teh Sabah, sedap, lagipun harganya memang murah.

    Lebih kurang dekat Cameron Highlands, menghijau dengan ladang2 teh..

    BalasPadam
  4. dok beli Sabah Tea ja selama ni...nak kesana belum tahu bila..
    :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. inshaAllah ada keinginan akan tercapai madam kamsiah

      Padam
  5. Mesti sejuk tempat nikan cikgu.... Kalau kat sini mcm kat Cameron Highland lah yeh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya nom memang sejuk di ranau lembah kan kaki gunung Kinabalu...datanglah nanati ya

      Padam
  6. Ada masa dan kelapangan pasti akan berkunjung nanti..

    BalasPadam
  7. oh..macam ladang teh cameron pulak kan?hehe

    BalasPadam
  8. salam singgah..
    mesti nyaman jer suasana di ladang teh. rasa teh sabah pun sedap..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.