Romantika Di Hotel Tabung Haji Kota Kinabalu.

Romantika Di Hotel Tabung Haji Kota Kinabalu.

 Romantika Di Hotel Tabung Haji Kota Kinabalu, Sabah
Moment Indah Etuza's Family..
Ini kenangan indah semasa pergi menginap di Hotel Tabung 
Haji Kota Kinabalu, Sabah bersama anak-anak tersayang.

Ambil kesempatan bergambar sebelum meninggalkan 
Hotel Tabung Haji, Kota Kinabalu..

          Bila bersiaran ke Kota Kinabalu, ibu Negeri Sabah yang terkenal ini, pasti yang Etuza fikirkan ialah tempat penginapan yang selesa untuk isteri dan anak-anak Etuza. Bukan menjadi masalah besar tempat penginpan di Kota Kinabalu, kerana adanya saudara iaitu rumah kakak di Inanam area. Tapi anak-anak mahukan kelainan dan citarasa yang mereka rasakan akan mejadi moment indah bersama ibu dan ayah mereka.

     Lalu Etuza akan membuat perhitungan untuk memilih Hotel terbaik di Kota Kinabalu. Antara Hotel Zara's Hotel dan Hotel Tabung Haji di Kota Kinabalu. Kedua-dua hotel tersohor di Kota Kinabalu ini menyediakan pakej hotel khas untuk family's room.Selain menyediakan breakfirst yang percuma bagi dua orang pelanggan. Makanan yang disajikan juga amat sedap dan penyediaan kitchen yang luas kalau di Hotel Tabung Haji Kota Kinabalu. Jika di Hotel Zara's agak kurang luas tetapi masih menyediakan beberapa menu hidangan yang cukup menyelerakan.

     Etuza akhirnya memilih penginapan di Hotel Tabung Haji. Cukup berbaloi kerana Hotel Tabung Haji Kota Kinabalu baru disiapkan renovations, kalau dahulu Hotel Tabung Haji hanya menerima tetamu atau pelanggan dari kalangan Muslim Muslimah, kini Hotel Tabung Haji ini lebih terbuka kepada menerima pelanggan secara antarabangsa tanpa mengira agama suku bangsa dan asal usul.Suasana Tabung Haji Kota Kinabalu sangat selesa. Harga berpatutan dan layanan mesra dari kakitangan Hotel Tabung Haji ini. Etuza juga suka ke Hotel Tabung Haji ini kerana boleh terus membuat simpanan tabung haji di pejabat tabung haji bersebelahan dengan bangunan Hotel Tabung Haji ini.

     Kepada anda yang berminat ke Kota Kinabalu sila lah pilih Hotel Tabung Haji untuk penginapan yang selesa dan selamat untuk anda. Hotel Tabung Haji mempunyai kelengkapan merangkumi keperluan tempat mandian, serta keperluan yang lain. Pilih lah Hotel Tabung Haji Kota Kinabalu Sabah. InshaAllah akan membantu merealisasikan percutian anda di Kota Kinabalu, Sabah.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

15 ulasan

tiga anak percutian ini tidak bersama..mereka bertiga berada di tempat belajar masing2..

syoknya dpt bercuti bersama keluarga...

Oh..Alhamdulillah jumpa blog ni, sekarang dah tau nak stay mana di KK tak lama lagi..TQ

Jemputlah ke blog saya #projek2ribu

Wahh seronoknya.. alhamdulillah.. Salam ceria selalu buat cikgu sekeluarga.. :)

Seronokkan dapat bercuti ramai2

anak2 la yg paling seronok jika dapat jalan2 mcm tu...

Oh ya, boleh tak Cikgu dapat berikan kadar sewa semalam? Sekurang2nya untuk rujukan di masa2 akan datang.

bestnyer dapat bercuti sekeluarga...dah tentu macam2 aktiviti boleh buat bersama, jalan2 cari makan ...bersiar2 dan melawat berbagai tempat....

Selamat bercuti Cik gu...happy enjoy...

Tak apa Cik gu lain masa kalau ada rezki boleh bersama mereka lagi...

bestkan hotel tabung haji....sy duduk kt th hotel alor star haritu...mmg selesa...dan diyakini halal makanannye...hehehehe

JM biasa tengok rancangan ROMANTIKA di Astro PRIMA..bila sebut je ROMANTIKA mesti percutian berdua bersama org tersayang..tetapi cikgu punya style lain sikit...perlu tukar percutian keluarga di KK..menginap di Hotel Tabung Haji :-)

Berapa rate per night..klau kadar semalam dalam RM150 and below mampu lagi JM nk stay kat sana tapi kalau lebih dari tu xlah kot. Makanan mcm mana sedap x?

Honey moon kt sana erkkk?

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (446) Ceritaku (431) Agama (384) Berita (384) Dunia Blog (339) Doa (313) Promosi. (313) Info Lelaki (272) Tips Blog (271) Pengalaman (240) Anak (226) Pendidikan (215) Nasihat (210) Kasih sayang (190) Rasa Bahagia (186) Berita Keningau (180) Hadiah (156) Pelancongan (140) Alam Semulajadi (125) Gambar (122) Sejarah (109) Ekonomi (108) Segmen (106) Keluarga (96) Blog (77) Tentang lelaki (74) kesihatan (71) Isu Semasa (58) Cinta (56) Rumah tangga (53) Tumbuhan (51) Bunga (43) Resipi (41) Cari Makan (38) Motivasi (37) Budaya (34) Nilai Moral (34) Award (31) Percutian (31) Herba (29) Sahabat Blog (29) Sajak (28) Harijadi (26) Masyarakat (26) Haiwan (24) Promosi Nuffnang (23) Perkahwinan (22) Kucing (21) Artis (20) Rasullah SAW (20) Seni (19) Tips (19) Sukan (18) Sekolah (14) Iklan (10) Petua (10) Kalender (9) Majlis Kahwin (9) Bulat (8) Lanskap (8) Lirik Lagu (8) Hari Jumaat (7) Kuiz (6) Makanan (6) Politik (6) Elken (5) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Grafik (4) Anak Buah (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Takziah (2) BRIM (1) Cuaca (1) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger