Resipi Roti Paratha Mudah Masak

Resipi Roti Paratha Mudah Masak
Sajian Seisi Kelurga, Murah Halal dan Sedap
Sehingga menjilat jari!!!
Cuba lah Hari Ini...

Inilah Roti Paratha Sarapan Seisi Keluarga Pagi Hari Ini.
Terima Kasih Mama yang menyediakannya.
Ganjarannya Masuk Blog.

     Hari ini hari ahad, kalau di Sabah memang time cuti hujung minggu. Sebagaimana info anak di Kelantan hari ahad hari bekerja. Masa cuti pada hari Jumaat katanya. Mood memasak mama agaknya bagus hari ini, roti paratha yang Etuza beli kemarin nampaknya hari ini diusaikannya sehingga anak-anak menjilat jari. Sedap lembut halal lagi cepat masak dan mudah cara penyediaannya.

    Roti Paratha ada berbagai harga dan saiz, Etuza pilih yang sederhana saja harga RM 6.35 sen sahaja sebungkus mengandungi 5 keping Roti Paratha sahaja. Lebih murah agaknya kalau di Tanah Semenanjung. Di Sabah mahal lah sedikit. Inilah nasib kami di Sabah. tak apa lah lupakan itu. Nampak kuah kacang beli lah setin kuah kacang dalam tin.

   Cara memasaknya pula. Sangat mudah  sekali tidak membazir tenaga.
1. panaskan kuali
2. Bila dah agak panas letakkan sekeping roti paratha.
3. masukkan ke kuali secara satu persatu dan saling terbalikkan.
4. Lihat sehingga perang angkat dan tekan sisi tepi bulatan roti paratha.
5. Atau lipat dua kemudian potong belah dua dapat dua bahagian.
6. Panaskan kuah kacang ( panaskan ya ) baru sedap.
7. Angkat kuah kacang tadi dan hidangkan kepada seisi keluarga.
8. Cara makan cecah ke kuah kacang guna tangan makan dengan penuh lazat. Hingga menjilat jari..simanja menjadi sayang kepada ibu dan ayah.

Cubalah hari ini.

Catat Ulasan

18 Ulasan

  1. Rasanya saya baru jer tinggalkan komen entri berkaitan Zizan Raja Lawak, tup2 ada entri baru, chaiyokkkk.. cikgu memang hebat..

    BalasPadam
  2. Kalau tidak silap saya, kat sini harganya di bawah RM5.00

    Kalau roti Paratha, semasa 1/2 masak, saya letak hirisan daging ayam (ada jual kat kedai), hirisan keju, letak sos (apa jerlah -mayonis, sos cili, tomato dsb), tabur serbuk lada hitam/putih, lipat..

    (kalau nak masukkan daun salad, hirisan tomato, timunpun boleh, sesudah angkat dari kuali, kemudian gulung..)

    ia menjadi kesukaan anak2 di rumah..

    BalasPadam
  3. sebungkus rm6.35...ada 5 kepng..taklah mahal cikgu..

    BalasPadam
  4. @umi alya
    Wah murah kan UMi tulah Etuza kata kat sana murah..ada tambahan menu resipi nak lagi sedap..ok akan cuba ya nanti Etuza bagi tau mama..

    BalasPadam
  5. oh ya.. jika tiada hirisan daging ayam, guna jer sosej yang didadukan kecil2, tabur atas roti paratha sebelum diletak keju & sos.. pastinya anak2 suka..

    BalasPadam
  6. @❤Kamsiah❤
    Madam Kamsiah kat sana agaknya lagi murah Umi dah bagitau tadi murah lagi...kat sana..

    BalasPadam
  7. Mungkin sini harga murah sikit kot..memang sedap makan roti ni..

    BalasPadam
  8. roti paratha? tak pernah makan..biasa mkn roti canai je

    BalasPadam
  9. ehh..roti paratha dan roti cnai sama ke lain..ishh...terukl ha JM ni kan

    BalasPadam
  10. ahahaah...JM ingatkan mama yg buat sendiri roti parathan tu...rupanya ready made..boleh lah cari kat sini..

    BalasPadam
  11. Selalu ada stok kat rumah...sekarang dah jarang beli roti pratha ni...memang mudah penyediaannya dan sedap..

    BalasPadam
  12. Roti Paratha ..bestnyerr ..Nampak sedap dan rasa nak makan laaa Cikgu hehehe ... Mintak sikit

    BalasPadam
  13. Siap bagi resipi lagi tuu ..Lepas ni boleh la cuba ya kawan2..

    BalasPadam
  14. @Jari Manis

    Lebih kurang jer cuma Roti Paratha lebih lembut dan nipis, mudah nak dibentuk..

    BalasPadam
  15. Roti Paratha tu sama ngan roti canai ke? mkn ngan smbal kacang. nmpk sedap....

    BalasPadam
  16. Banyak hari terfikir nak beli untuk stok kat rumah tapi tak terbeli, malasnya nak singgah pasaraya.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.